Monday 28 July 2008

Menjelang Ogos 2008

Salam ceria dan salam kedamaian...

Alhamdulilah setelah berbusy gaban akhirnya ada kesempatan menulis di sini...

Menjelang ogos 2008 ini merupakan satu debaran bagi saya... sesuatu yang saya sedang usahakan bakal menjadi kenyataan...

Masih ingat kah akan post saya tentang my wish list? mmm antara yang tersenarai dalam list itu bakal terkabul dan moga segala proses berjalan lancar.. mungkin tidak seawal ogos namun harapan agar bila2 masa saja yang sesuai...

Dalam list saya itu...tercatat perkara ini dalam saya inginkan terjadi dalam bulan ogos..jadi masa yang akan menentukan..insyaallah... mulanya agak tak percaya..betul ke ini berlaku..namun setelah semuanya berlaku dgn cepat sekali..maka saya terima dgn ikhlas, pasrah dan redha akan segala kemungkinan yan gakan terjadi...

Apa?? haa...akan saya announcekan kelak bila ianya telah termaterialise ke alam nyata... insyaallah...

Tentukan kehendak anda... tuliskan bila yang anda inginkan ianya berlaku... usaha, redha, pasrah , doa dan tawakal.... getarkan segala kehendak anda itu..mungkin tak semua akan berlaku mengikut kehendak anda dan mungkin ianya berlaku tidak mengiukt tarikh atau masa yang anda kehendaki..tapi percayalah..insyaallah ianya akan tetap menjadi milik anda andainya anda benarkan ia berlaku... jgn ragu, jgn was-was... think positif selalu... jgn putus asa...bertahan... bina kekuatan dan ambil peluang yang menjelma di depan mata.....

Setengah org mohon murah rezeki, tapi bila ada org nak belanja dok tolak dan berebut2 nak bayar jugak..Jangan...jangan mcm tu...kalau ada yang nak belanja..terima saja (asalkan tak ada niat lain lah)..ucap syukur...rezeki jugak tu...kalau asyik tolak saja peluang dan rezeki yang ada makanya peluang itu pun akan merajuk dan tak nak mucul dah...

Apa pun, all the best to me hehe...dan anda juga...

p/s: psst psst..tapi saya selalu je minta org belanja ...hehe...

Friday 18 July 2008

Di Mercu



Bagai ribut dan taufan di langit


Bagai badai menghempas tepian

Begitulah gelora rasa dalam diri ini tika ini......


Demi segunung impian yang melangit tinggi....




Ku paksa kaki ini menapak tinggi..

Walau ku tidak mengerti jarak yang harus ku daki..






Akan ku terus melayari dan menyusuri

Merendah aliran tercipta untuk diri ini....









Kejayaan itu pasti ku genggami...


Pasti ku MILIKI!!!














Kerana berada di mercu begitu indah sekali...

Rasa enak yang haqiqi....

Tuesday 15 July 2008

15 Julai Ulangtahun Kelahiran Ayahanda


15 Julai tiba lagi..
kiranya jasad mu masih tegar di hadapan mata ku...
usia mu pasti mencecah 64 tahun..
kematangan dan kebijaksanaan mu pasti menapak lagi
bak seorang tokoh disanjungi..
akan lebih nasihat dan kata hikmat terhambur dari mulut mu untuk ku..
akan kau lebih gembira dan tersenyum melihat daku kini
akan kau lebih bahagia bersama wanita setia di sisi
tak lupa jua.. akan lebih rambut putih di kepala mu ku kira..

Namun itu hanyalah anganku
Sekiranya sekujur tubuh mu masih di alam nyata
Walau kini kau tiada
Aku tau kau senang di sana
Kerana aku sentiasa mendoakan
Dan aku akan terus mendoakan
Ketenangan mu dan kerahmatan buat mu
Moga sentiasa di bawah kasih sayangNya...

Semoga kau jua sentiasa bersama ku
Memberi kekuatan dan mengiringi setiap kejayaan ku
Menjadi pelengkap sumber kebahagiaan ku
Walau dari kejauhan
Walau dari alam berlainan
Walau dari taman syurga loka mu....

Ayahanda...
selamat hari ulangtahun
tetap subur dalam ingatan

Sayang ini dari kami
dari bonda dan anakanda sekelian...

Khas buat Allahyarham Ayahanda Azizan Desa
(15 Julai 1944-12 Januari 2000)

Sunday 13 July 2008

Enjoying the Unpleasant Moment

Salam...

Mmmm saya tak tak tau mcm mana nak mula tulis pasal ni.. mungkin ramai yang dok terfikir-fikir mcm mana enjoy kalau dah 'unpleasant moment'.. hehe..tapi itulah hakikat...

Saya berhujung minggu kali ini sekali lagi di kuching.. yang bezanya adalah..2 hari ni saya tak ada kereta!!!! Uwaaaaa.. ala2 menyayat hati lah pulak kan..Asalnya ada kenderaan tapi oleh kerana ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan ..makanya terpaksalah saya terperuk kat rumah saja dua hari ni.

Rumah yang ada dapur tapi tak ada gas hahaha ...memang tak pernah masaklah kat sini kan..syyy... so tinggallah makanan2 segera je yang ada..bayangkanlah dok mengunyah kacang,buah dan lain2 yang mana ada saja.. nak keluar boleh dgn teksi..tapi ala2 malaslah pulak pasal boleh pergi satu tempat je..so decided, just be at home...

Mmm dalam kebosanan, kekurangan makanan berkhasiat hehe dan kesepian (kena tgk movie sepi ni)..saya taknak mengaku tewas pada keadaan dan sebab itulah saya membuat keputusan utk enjoy saat2 ini tak kira dalam keadaan mana sekali pun, cara mana sekali pun.. Alhamdulilah.. byk yang dapat saya pelajari dan simpulkan dalam 2 hari ni..

Memberi lebih byk masa pada saya utk membaca buku2 yang saya bawa, memberi byk masa utk saya berfikir dan mendapat idea tentang perancangan dan pekerjaan yang sedang saya rancangkan...(Insyaallah nanti saya umumkan apa plan rahsia itu...tungguuu...) dan juga kesempatan utk buku yang sedang saya tulis..ha satu lagi projek X....

Jadi, walau apa jua keadaan kita, kita yang nak tentukan. Jgn mudah putus asa, tewas pada keadaan dan tutup minda kita. Haruslah lebih kreatif, jiwa kental dan tak mudah beremosi pada perkara yang tak seharusnya kita sensitifkan... apa jua yang ada di hadapan kita,apa yang kita tonton, yang kita baca dan dengar bolehkita analisakan dan ambil dari sudut atau perspektif yang berbeza.

Jaga hati sendiri..jika sedih dan berduka lara, maka cepat2lah ubah mode itu dan cuba hiburkan hati sendiri..cara terbaik..boleh dgn aktiviti fizikal seperti senaman, mendengar muzik, menyanyi dgn kuat... dan pelbagai lagi langkah boleh diambil utk melapangkan dan melegakan perasaan dan fikiran...

Oleh itu, jika anda terperangkap dalam situasi yang kurang ceria, kurang menyenangkan...usah gusar... sentiasalah kreatif ke arah membentuk suasana yang lebih harmoni dan kondusif!

Saya boleh! Anda pasti Boleh!!!

Friday 11 July 2008

Thursday 10 July 2008

Hanya Coretan


Di perjalanan hidup ini kita kecapi pelbagai suka duka dan peristiwa...
Ada kenangan bertahun bertahta, ada hanya sepintas lalu...dan lalu akan terus kita lalui pengalaman-pengalaman baru yang bakal tiba ...pada detik, pada perkiraan dan saat berikutnya..

Dalam perenungan, hidup ini begitu indah sekali dengan warna-warna dan corak kehidupan di dalamnya. Ada masa kita kecewa, ada masa kita gembira, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah, ada masa kita menang, ada masa kita kalah, ada masa rasa manis, ada masa rasa pahit, ada masa kita ramai, ada masa kita berdua, ada masa kita satu sahaja...

Penghayatan pada arus, pada gelombang, pada aliran, pada arah, pada nafas, pada objek, pada rasa, pada dia pada mereka pada semua... semula pada titik mula... suatu kitaran...suatu pusaran...satu corak...satu gerakan...suatu aturan...

Pabila mengingati dan menghayati, pabila bersatu dan terisi, pabila sedar dan mengetahui, pabila berada di dalam jua di luar... pabila hanya menuju situ... maka ini tiada lagi maknanya... maka ini tiada lagi kekangannya ... maka ini hanya sesuatu.. hanya itu..hanya ini...

Andai kau rasa apa yang aku rasa.... aku ..dia...kamu...mereka...aku jua kembali.. tiada...

Tuesday 8 July 2008

Ironic nya hidup......

Men :

1. All men are extremely busy.
2. Although they are so busy, they still have time for women.
3. Although they have time for women, they don't really care for them.
4. Although they don't really care for them, they always have one around.
5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.

Women :

1. The most important thing for a woman is financial security.
2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff.
3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.
4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.
5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "an old rag".
6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.
7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.

**ha ha ha ada komen??

Sunday 6 July 2008

Sirna Malam

Siang berarak menyendiri
Malam menyusul lagi
Gelita menyelubungi
Langit berhias neon bintang sepi
Bumi berlampukan cahaya rembulan seni

Ku singkap diari lalu
Bila pula kan bersua kesiangan
bila kan ku lihat mentari jingga
bila langit kembali membiru ceria
Mungkinkah kan kutatapi lagi dian-dian mentari
Mungkinkah akan terus merindui 7 warna pelangi

Badai menghembus lilin cerlang
mindaku ditutup selubung kegelapan
Diariku terhenti bertinta
Peti hati membuka durja
Adakah siang kan sirna lagi
Sampai bila mentari sembunyi diri

Bawakan aku
tunjukkan aku
hantarkan aku
oh pimpinlah aku
tuju ke sinar keinsafanMu

-Seabad Fajar

Thursday 3 July 2008

Hari Ini Cabut Gigi

Hari ini setelah sekian lama sejak dari kecik.. kena cabut gigi..haha..musim agaknya..2 hari lepas k.Nor, lepas tu awal pagi tadik.hasilah, last week my sister in law..semua kena cabut..

Mula tu cemas jugak..yalah memori dulu kata cabut gigi sakit! so dgn berdebar2..tapi dah send energy jugak ni awal2... pergilah mengadap doktor..kena injection 2 jarum.. lepas tu mulalah dia menggodek gigi saya.. aik? sekejap saja sudah? wah bagus betul sekarang..mcm ni selalu2 datang pun takpa hahaha..

Jadi moral of the story, gigi memang nak kena penjagaan rapi jugak. Sekurang2nya 2 kali setahun kita kenalah pergi melawat doktor gigi.. supaya lebih terjaga dan elak dari kesakitan yang amat sangat.. jgn jadi mcm saya ..rasanya last saya pergi jumpa doktor gigi ialah lima tahun lepas..haa ambik kau! Sebabt tu sabtu ni kena pergi lagi!!! Ada satu lagi kena cabut!! kuang kuan kuang....

Tuesday 1 July 2008

Majlis Pelancaran Buku "Aura Penyembuhan Reiki" dan Graduasi Juruterapi M.I.R.

Salam Aura Kedamaian ...dan Salam Penuh Keceriaan!!

Alhamdulilah pada sabtu yang lepas iaitu pada 28hb.Jun 2006, telah berlangsung dengan jayanya pelancaran Buku Pertama Dr.Mir Hazil Azran Ramli yang juga merupakan guru saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya selama ini. Buku beliau bertajuk "Aura Penyembuhan Reiki" adalah terbitan pihak PTS Milenia S/B.Majlis yang telah dilaksanakan mendapat kerjasama baik daripada pihak penerbit buku sendiri iaitu dari PTS Millenia S/B, dengan dirasmikan oleh En.Jaafar Lassa , Ketua Cawangan dan Dasar Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dihadiri juga Pengurus PTS , En.Fauzul , dan tetamu2 kehormat yang lain serta para Graduan dan Juruterapi IQBC.


Malam yang penuh gemilang (yang mana saya juga menjadi pengacara majlis untuk persembahan ceh wah) telah berlangsung di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Para yang hadir dengan warna yang serba merah memandangkan tema pada malam itu ialah - Merah, Aura Membara! Bayangkan mcm sambutan Gong Xi Fa Cai pun ada..he he...
Apa pun tahniah atas pelancaran buku ini. Pastikan anda diluar sana segera mendapatkannya di kedai2 buku kelak kerana ini merupakan buku yang pertama berkenaan ilmu Reiki di tulis dan dikupas seumpamanya di dalam bahasa malaysia, hasil tulisan org melayu muslim! Dapatkan dan bandingkan dengan buku2 lain yang ada dipasaran..anda pasti tidakkan menyesal..hanya rm25...(sungguhpun saya merasakan value buku ini lebih daripada itu..apa pun ianya hadiah utk anda diluar sana..bak kata penulis..)..
Bahagian kedua majlis menyaksikan majlis penyampaian sijil pada para graduasi IQBC yang telah tamat dan bergelar Juruterapi kini. Tahniah pada semua..termasuk pada diri saya sendiri yang turut pada malam itu menerima Anugerah Khas kategori Juruterapi kanan! Ehem ehem.... sungguh tidak menyangka dan syukur teramat sangat!

Akan saya upload kan gambar2 sekitar majlis berkenaan kelak!

Ayuh! Kembara bersama REIKI!