Thursday 30 December 2010

2011 Goals!!!


Tinggal satu hari lagi kita akan berada di ambang tahun baru. Baru sahaja beberapa hari lalu di bulan sama kita menyambut Maal Hijrah.. kini pastinya ramai telah bersiap sedia dengan keazaman dan niat baru sempena menempuh tahun yang bakal menjelang tiba.

Bagi yang belum, masih belum terlambat untuk anda renungkan sejenak, fikirkan sejenak ... apa yang mahu anda capai dan tempuhi pada 2011 ini. Mungkin ada yang tak berapa nak tahu mcm mana atau apa yang patut di tulis... di sini saya letak sediit panduan , moga-moga dapat sama-sama membantu.

1. Matlamat
- biasanya untuk permulaan perlu disetkan atau ditetapka matlamat apa yang ingin kita capai
- matlamat biasanya secara umum boleh di bahagi kepada kesihatan, kekayaan / kesenangan, dan perhubungan.

Kesihatan : catatkan dari segi kesihatan apa yang ingin anda capai, tentang penyakit yg dihadapi kah, tentang tabiat tertentu kah atau apa saja..

Kekayaan (wealth) : biasanya menceritakan tentang pendapatan (income), hutang, strategi kewangan, kenaikan gaji, bonus dan lain-lain.

Perhubungan : Perhubungan ini harus ditekankan pada diri sendiri dahulu. Hubungan anda dan diri anda. Org yang bagaimana yg anda hendak jadi atau tonjolkan pada tahun hadapan. Seorang yang serius, kelakar, bijaksana atau bagaimana?

Selain dari 3 perkara utama di atas , anda juga boleh menceritakan atau menuli tentang perkara-perkara lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian anda.

1) Kerjaya / Bisnes : mahukan kenaikan pangkat/gaji? target atau matlamat untuk perniagaan anda dan sebagainya.

2) Spiritual /kerohanian : Biasanya org yang tinggi kerohaniannya akan kurang stress dan lebih bahagia. Jadi anda boleh jugak catatkan kemahuan anda untuk jadi insan yang lebih patuh dan taat pada Tuhan dan agama dan sebagainya.

3) Kebajikan : Perlu juga kita sering mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan bantuan dari kita. Oleh itu set kan matlamat anda untuk cuba berbuat sedikit kebajikan (jika banyak lebih baik) untuk kita lebih mensyukuri segala nikmat yang ada.

4) Pengalaman :  Anda boleh jugak tulis mengenai pengalaman bagaimana anda ingin lalui di tahun yang akan datang ini. atau apa perkara yang ingin anda miliki. Pengalaman dari segi berkayak kah. melancong, rock climbing kah, menulis buku atau pelbagai lagi perkara-perkara yang belum anda buat dan rasai pengalaman tersebut. Tulis dan catatkan.

5) Legacy /Kebanggaan :  Anda mahu orang ingati anda bagaimana? seorang yang dermawan kah? pemarah kah? Aktif dalam kebajikan kah atau bagaimana? Nyatakan dan letakkan ia sbg salah satu matlamat anda.

Faktor Penting:
1) Sistem Kepercayaan & Habit
   - anda perlu percaya pada apa yang anda tulis. percaya yang anda berhak untuk mendapatkan semua itu dan anda perlu bersedia untuk menerimanya pada bila-bila masa sahaja.

2) Tarikh Penentu
    - anda boleh gariskan tarikh tertentu untuk anda menerima perkara tersebut berlaku. Namun anda perlu berlaku adil pada diri sendiri. Jika pada tarikh pertama tidak dpt mencapai, gariskan untuk tarikh ke dua dan ketiga. Cuba untuk mencapai target anda pada tarikh2 yang telah anda tentukan. Apabila anda berjaya, anda akan rasa hebat sekali. Hebatkan bial menjadi seorang juara? Anda juara bila anda dpt mencapai target pada tarikh yang anda sendiri tetapkan!

3) Strategi & taktik
   - setelah meletakan target dan sasaran, berusahalah dgn cara yang dpt mendorong anda mendapatkannya. Anda tidak bolehlah lalai dan menyerahkan pada takdir semata. Walau pun sedikit, pastikan usaha anda itu mendekati matlamat anda tiap hari. Yang penting anda buat, daripada langsung tidak peduli.

Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk mencapai matlamat dan hajat masing-masing dalam menempuh tahun baru yang pastinya menjanjikan pelbagai pengalaman.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 !!!!

Friday 17 December 2010

Magika 10

Salam Asyura .. semalam asyura datang lagi .. pelbagai fakta dan sejarah boleh kita hayati mengenai kehadiran dan kemuliaan asyura itu sendiri. Ada yang kata bidaah, ada yang kata ikutan syiah. Apa pun , jika pengisiannya penuh dengan aktiviti keagamaan, kerohanian, keinsafan, dan ke arah memperbaiki diri, bukankah sewajarnya kita harus bersyukur menkmati dan menghayatinya... Bukan ikutan yang perlu kita pertikaikan.. tapi pengisian dalam mengajak semua ke arah Nya... lebih mendekatiNya.. berbanding perkara-perkara lagho lain yang bebas lepas berleluasa di hadapan mata.

Masyarakat kita mmg telah terdidik untuk sensitif pada perkara yang boleh memesongkan aqidah dan memporakan pegangan. Namun suasana ini mungkin boleh lebih diperbaiki dengan lebih menterjemah ketakbolehan akan sesuatu.. larangan dan ikutan yang memungkinkan kemungkaran..ilmu adn cahaya adalah perlu dlm setiap yang diusahakan dan bagi masyarakat sendiri perlu lebih mencari ilmu itu daripada hanya duduk diam memerhati dan melatah.

Apa pun antara kebaikan , antara perkara , antara sejarah yang dikatakan terbit pada Asyura ini ialah :
Hari pertama Allah menciptakan alam.


Petikan dari blog : http://mastershifoo.wordpress.com/

TANPA ALAM.. TIADALAH “PENGHUNI ALAM”


Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


TANPA RAHMAT.. TIADALAH “RAHMATAN LIL ALLAMIN”


Hari pertama Allah menurunkan hujan.


TIADA HUJAN.. TIADALAH KITARAN KEHIDUPAN ALAM


Allah menjadikan ‘Arasy.


TIADA ARASY.. TIADALAH LANGIT DUNIA YANG MELINDUNGI


Nabi Adam a.s. dicipta.


TIADA ADAM… TIADALAH “KETURUNAN ADAM”… yakni MANUSIA!!!


Allah menjadikan Luh Mahfuz.


Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Dan pelbagai lagi keajaiban yang boleh kita hayati....


Namun bagi aku sendiri, kehadiran10Muharram semalam dgn suasana cuaca yang cool, tenang , sejuk seharian, amatlah penuh dgn magiknya tersendiri. Bermula dari malam hari mata ini mmg tidak mau lelap , apatah lagi nyenyak tidur hingga ke pagi. Pagi yang tenang , bermula dgn segala urusan dipemudahkan dan titik tolak itu satu persatu perkhabaran gembira diterima... hingga ke malam yang merungkaikan segala cerita yang kusut selama ini.

Sungguh aku begitu insaf, aku takut dan syukur atas hari yang aku lalui...entah bagaimana aku ingin ungkapkan rasa yg aku rasa semalam.. dan aku nekad utk beberapa perkara yang perlukan perubahan , akan ku ubah serta merta... full stop..tiada lagi alasan utk aku tidak melaksanakannya..telah Dia sentuh, telah Dia tunjuk. telah Dia beri.. apa lagi yang harus aku tidak mahu buat utk Dia... Ampunkanlah segala kelalaian dan kelekaan selama ini... aku ingin hari ini lebih baik dari semlam...dan esok, lebih berkat drpada hari ini...Semoga aku sentiasa dalam kasih sayangNya....

Tuesday 14 December 2010

Kena check & balance

Kadang-kadang saya tak paham dgn sikap atau perangai sesetengah orang yang terlalu sangat suka berkira. Berkira dalam erti kata setiap perkara yang dibuat diambil kisah sgt yang dia buat, dia dapat, yang orang lain buat, org lain punya hal..maksudnya kalau sekali sekala keluar bersama atau buat sesuatu bersama, seolah-olah perlu ada kayu pembaris dan kalkulator untuk mengukur berapa banyak yang dia keluarkan , (tak kira titik peluh usaha atau wang ringgit ), dan berapa banyak yang orang lain keluarkan.

Biasanya orang yang berkira ni kalau boleh nak sama rata dan kadang-kadang mereka jadi bijak dgn seboleh-bolehnya orang lain yang lebih berbanding mereka. Kalau sesama rakan, atau sedara mara , atau adik beradik atau anak sedara dan bapa atau mak sedara, sekali sekala apa salahnya membelanjakan atau memberi sahaja dgn ikhlas, tambahan kalau orang itu byk kekurangannya daripada kita. Kalau sesama rakan, ambiklah giliran kalau kali ni dia belanja, next time kita pulak. Dan tak perlulah benda ni ditegaskan secara lisan pun. Sebagai dewasa yang matang, pandai-pandailah kita meletakan budi bahasa kita di mana.

Fahamilah bahawa alam kita ini ada hukum keseimbangannya,  ada hukum penarikannya... selagi kita ikhlas, selagi kita banyak memberi, insyaallah akan diisi semula ruang kosong yang telah kita keluarkan ke atas orang lain. Hidup ini adalah berkisar tentang keseimbangan. Jika kita terlampau sangat kaya dan sentiasa berada di atas, kenalah sering lihat ke bawah sekali sekala, kenalah selalu bersedekah dan zakat yang disyaratkan kepada kita. Untuk apa semua ini? Untuk mengimbangi semula energi sukses yang telah dianugerahkan kepada kita kerana jika tidak seimbang, salah satu nya terlampau lebih atau terlalu kurang, maka percayalah nescaya ada saja permasalahan yang akan timbul dan tak putus-putus walaupun kita hidup dalam kemewahan. Begitu juga jika kita sentiasa dirudung malang, kena recheck semula apakah yang tidak seimbang dalam perjalanan hidup kita ini.

Namun , walau apa sekalipun langkah kita janganlah sampai memudaratkan diri hingga memberi ruang pihak lain menindas kita. Kalau dah rajin belanja orang sampai ada yang mengambil kesempatan dan menjadikan mereka tidak berlaku adil, maka eloklah kita elakkan. Kena pandailah dalam hidup ini untuk menikmati hidup yang lebih bermakna, bahagia dan diberkati. Kerana ini juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita seharian. Kita akan lebih sihat, lebih tenaga positif dan lebih menjanakan tenaga kejayaan apabila kita dapat mengharmonikan tenaga dalam tubuh kita dgn cara mengimbangi segala perbuatan yang kita zahirkan.

Sentiasalah dalam senyuman dan sentiasalah dalam ketenangan! :)

Monday 6 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432



Tatkala ini ku mengsyukuri segala nikmat Ilahi..
Ku bahagia atas segala kurniaNya..
pun begitu jiwa masih meronta meminta-minta padaNya...
Saat-saat akhir putaran hari menggenapkan tahun hampir tiba
Saat kedatangan detik baru kan menjelma
Ada tanggungan perlu ku bereskan
Ada persoalan perlu ku jawabkan
Pun begitu hati ini lebih cemas menanti jawapanNya
Ku lepas segalanya
Ku tunggu hadirnya
Ku berserah padaNya
Mohon cahaya menerangi laluan ini
Mohon cahaya di kalbu, di hadapan dan dibelakang ku
Mohon cahaya di kiri dan kanan ku
Mohon cahaya pada setiap tutur tingkah ku
Magika itu kan terus sempurna
Indah itu kan terus terasa
Aku masih di sini..

Friday 3 December 2010

Update Wish List!


Kita makin menghampiri penghujung hijrah beberapa hari saja lagi dan pada akhir bulan, penghujung masihi pula.. di penghujung tahun ini pada kebiasaannya aku akan kembali buka buku hajat  (my wish list book).. buku hajat yg sering aku energizekan ..yang aku simpan rapi dalam kotak kayu yg cute.. kini masanya untuk kembali aku buka dan updatekan list baru dalam buku tersebut.

Hmm setelah ku belek-belek , untuk list tahun ini rupanya 3 sudah termakbul , alhamdulilah.. tanpa aku sedari dan tanpa aku merasa tertekan dengan hajat ku ini. Aku mula menulis dan memperkemas kinikan buku ini semula. Semoga akan tergapailah segala impian yang ku sematkan selama ini.

Sebaiknya tulis la hajat apa saja yang anda inginkan tanpa anda sendiri rasa was-was untuk mencapainya. Tak perlulah gusar bagaimana atau logik di mana untuk memperolehinya. Tenaga alam lebih mengetahui... namun jika anda kurang pasti maka mulakan lah dengan hajat yang anda rasa mudah dan yakin akan dapat mencapainya. Ini sebagai latihan untuk anda mengimpikan yang lebih besar, melatih minda anda untuk terbuka dan tidak ada halangan dalam apa saja yang anda hajati. Melatih diri untuk menggetarkan tenaga positif yang sempurna. Percaya dan lihat dalam kepala anda.Insyaallah, segalanya kan kita miliki.