Saturday, 28 May 2011

Mendamai Kerja

Salam.
Kerja. Kerja. Kerja.. hmm mungkin ramai yang sering mendengar keluhan seperti ini..dan acapkali digunakan juga dalam lagu-lagu nyanyian artis-artis kita.

Ada yang rajin berkerja sampai malam pun masih gigih berkerja. Tak kurang jugak yang malas berkerja dan mengharap belas kasihan dan bantuan sepanjang zaman.

Ada yang terlalu sayang akan pekerjaan yang dilakukan hingga dicurahkan segala keringat, minat, pengetahuan, usaha, doa dan segalanya bagi menjayakan kerja yang dipertanggungjawabkan. Ada bermacam-macam kerja dan bermacam bidang pekerjaan yang boleh kita lakukan.

Namun apakah kita melakukan kerja yang sama? Kenapa perlu ada pilihan antara kita? Dan adakala berlaku pertembungan ego dan kemanusiaan dalam kita mendalami perkerjaan hingga tidak sedar ada hati yang terasa, terguris dan terkecewa seolah dipersenda.

Sering berlaku persendaan pekerjaan seseorang oleh seseorang mungkin kerana merasakan apa yang dilakukan lebih hebat, lebih gah dan lebih berhasil. Namun kita sendiri tak pernah nak mendalami sesuatu pekerjaan selain apa yang sering kita lakukan. Kita kadangnya rasa apa yang lain buat tu tak menarik dan kita tak mungkin dapat lakukannya walaupun pekerjaan itu mungkin pada peringkat agak profesional. Kalau pekerjaan yang bertaraf buruh apatah lagi , bermacam rasa yang keluar.

Sesungguhnya kita harus senantiasa hormat dan akur dengan tiap apa yang seseorang itu lakukan kerana sesungguhnya kita tiada ilmu dalam pekerjaan mereka dan mana mungkin kita dapat memahami apatah lagi merasai nikmat kerja itu.

Baru-baru ini saya sendiri bertemu dengan agen insuran saya dan entah bagaimana saya rajin untuk berbual dengan beliau akan selok belok perkerjaannya. Kalau dahulunya pandangan saya tentang bidang ini agak sempit dan cetek sekali. Namun setelah mendengar dari mulutnya, saya rasakan agak 'cool' di situ. Sesiapa saja boleh lakukan dan cemerlang andai anda mahu berbuat demikian dan andai anda mahu menjadikannya pekerjaan yang menarik!

Kita harus ingat kini bukan lagi sebab kita buat sesuatu itu kerana jurusan pelajaran yang telah kita ambik dahulu yang menjerumuskan bidang pekerjaan kita sekarang. Kini adalah berkisar tentang pilihan kita dan amat penting untuk kita tahu apa yang kita mahu. Andai itu dapat kita kenalpasti maka jalan mana yang dipilih akan kekal damai. Carilah sesuatu yang anda suka lakukan dan dari situ usahalah sejujur dan gigihnya bagi mendamai kerja dan hati anda!

Mudah dan tidak memeningkan. Apa saja pekerjaan kita, sentiasa redha, tawakal, usaha dan terus usaha untuk menaikan ke tahap yang lebih tinggi hingga sampai matlamat. Cepat atau lambat adalah bukan di tangan kita. Oleh itu bergembiralah dikau wahai golongan yang berkerja moga segala rezeki mendapat keberkatanNYA.



- Moga masih belum terlambat untuk mengucapkan Selama Hari Buruh! :)

Tuesday, 3 May 2011

Aku dan Alam

Untuk hari ini,
 ku lepaskan segala resah gelisah ku....


Untuk hari ini,
ku lepaskan segala kemarahan ku....


Untuk hari ini,
ku ucap syukur atas segala nikmat dan rahmat Mu....

 

Untuk hari ini,
ku berlaku jujur atas setiap tugasan ku....



Untuk hari ini,
ku berlaku baik pada setiap insan dan makhluk....
-----------------------------------------------------------------------------


Sesuci dan sejernih air yang mengalir,
alirkanlah pada ku tenaga yang positif lagi memulihkan...
Sesungguhnya aku akur akan tiap kejadian...
Akan tiap kuasa yang dititipkan.....


Seindah sejuta permandangan... hati tetap pesona...
Keindahan tiada mungkin dijadikan oleh tangan-tangan yang sering membinasakan..
Kuasa hanya pada Yang Menjadikan....

Sebening senja menuju warna dasar ....
Sesyahdu detik dalam kalbu...
Tuju ku hanya pada Satu...
Sambutlah dengan Kasih dan Rahmat Mu....