Thursday 31 January 2008

REIKI THE HEALING TOUCH

Berikut adalah sedikit info mengenai Terapi Reiki yang boleh anda dapatkan dan kursus yang boleh dihadiri oleh anda sekelian.

TERAPI & KURSUS REIKI
SENI PENYEMBUHAN DIRI & KEHARMONIAN AURA

REIKI adalah suatu bentuk teknik penyembuhan BIO-ENERGY yang menggunakan tenaga alam (Universal Life Force Energy). Tenaga ini juga dikenali sebagai CHI dalam bahasa Cina, PRANA dalam bahasa Sanskrit, TENAGA ILAHI / QUDRAH dalam Islam. Reiki merupakan seni penyembuhan QUDRAH (ENERGI), LATA’IF (CHAKRA), NADIS (MERIDIAN) & NASMA (AURA). Terapi penyembuhan REIKI bertindak terhadap ke semua tahap iaitu pada tahap FIZIKAL, MENTAL, EMOSI dan SPIRITUAL (ROH) seseorang.

FAEDAH :
· MELEGAKAN KESAKITAN FIZIKAL, MENTAL & EMOSI
· MENGURANGKAN STRESS
· MENINGKATKAN TENAGA TATKALA LESU / LEMAH
· MENINGKATKAN DAYA FOKUS MINDA
· MEMBERI PANDUAN TATKALA KELIRU
· MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN
· MENGAWAL PENINGKATAN TAHAP PENYAKIT
· MENINGKATKAN KEROHANIAN DIRI & TAHAP KEYAKINAN
· MENINGKATKAN KEBERKESANAN UBAT / TERAPI LAIN
· MEMAGAR DIRI, RUMAH, KELUARGA & KERJAYA / PERNIAGAAN
· MENGELUARKAN SIHIR, SANTAU, JIN / MAKHLUK HALUS DLL.


KURSUS :
1. Reiki 1 & 2
2. Advanced Reiki
3. Reiki Master
4. Numerology (Basic)
5. Numerology (Advanced)
6. Kuasa~i Minda
7. Nur Reiki Salam
8. Karuna Ki
9. Imara Reiki
10. Applied Kinesology (Basic)
11. Sufi Meditation

*** Buat masa sekarang semua kursus dan latihan dijalankan di pusat terapi Shah Alam.

TERAPI :
1. Reiki Hands On (Cleansing, Energizing & Protection)
2. Distance Healing :
- Basic Case
- Extended Healing
3. Aura Photo (1/2 hour)
4. Aura Photo + Consultation (1 hour)
5. Consultation
6. Numerology
7. Energy Cleansing – House
8. Energy Cleansing – Office Premise
*** Bagi semua terapi dan rawatan kecuali khidmat aura photo anda boleh terus menelefon saya untuk mendapatkan khidmat rawatan yang diperlukan termasuk produk energi bagi menyokong sepanjang proses penyembuhan.

Master Nurul
019-2762006
INNERGY QUEST BIO CONCEPT
NO.24B, JLN. TENGKU AMPUAN ZABEDAH K9/K, SEKSYEN 9,
40100 SHAH ALAM, SELANGORTEL/FAX : 03-58804349

Saturday 26 January 2008

Sepagi Bersama PAK MENTERI

Salam selamat petang dan salam minum kopi teh! Minum kopi? Hehe..masa saya menulis catatan ni saya berada di Starbucks Coffee , Airport Kuching pada jam 4.15pm. Minum kopi mahal...secawan berbelas ringgit..hai kaya la katakan!? Hehe..Bukan apa sekali sekala apa salahnya memanjakan diri kan.. Flight pulang ke KL pukul 5.35pm kejap lagi. So saya ambil kesempatan ini untuk menulis sesuatu dan kisah untuk hari ini.


Ha amacam tajuk di atas? Tu la masin mulut Master Amar. Katanya kita ni kalau nak jadi apa sekalipun boleh dengan teknik dan ilmu yang betul serta fikiran yang sentiasa positif. Nak jadi menteri pun boleh. Haa tu la pasal menteri mai dah pagi tadi.Hihi..

Pagi tadi ada lawatan dari Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Abg.Johari Tun Abg.Openg (nama manja Abg Jo..auww!). Beliau nak melawat unit rumah Semi-D yang sedang dalam pembinaan dan kontraktor utamanya adalah company saya lah.Makanya pagi2 buta lah chek dah tercongok menanti kedatangan beliau.Semua kena dipastikan beres dan tiada kecacatan. Menteri nak datang ni! Mulanya press pun dipanggil tapi Abg Jo ni sedikit low profile so dia taknak. Keep it unofficial katanya. Akhirnya setelah naik lenguh jugak la kaki den ni, maka sampailah Abg Jo dgn baju melayu bersampin lagi you. Yang pakai spec hitam tu dialah orgnya. Wah sopannya dia dihari sabtu ni..rupa2nya ada kenduri lepas lawatan ni..







Nak dgr cerita kelakar? Abg Jo punya kereta ialah kereta Daimler jugak. Tapi model baru lah ..
So masa saya sampai pagi tadi bergegas dan kelam kabut sebab semua org dari Kementerian Perumahan ingat dia dah sampai..Tengok-tengok yang keluar cik adik jelitawan rupanya! Wakakaka...tu la penangan kereta Daimler punya pasal..Mmmm saya senyum kambing je la..teringat aura kaya dan di sangka Menteri!!

Alhamdulilah lawatan berjalan dgn lancar. Pak Menteri agak kelakar dan bersahaja. Memang pandai menawan hati para pengundi oops! hehe.. dan acara pagi tadi berakhir dgn majlis makan2 dan minum2 sedikit..mmm biasalah kan...


Moral of the story, nothing is impossible! Apa kita nak , nyatakan dan tentukan dengan jelas! Usah ragu bagaimana, usah gusar bila kan tiba dan usah was-was dengan Kekuasaan dan Kekayaan NYA!!!

p/s: slow betul loading kat starbucks ni so saya save kan n post bila sampai KL. Ooops..dah ada announcement. Got to go guys..Adios!

Thursday 24 January 2008

Aura KAYA Dah Mai!

Salam ceria dan salam rahmat buat semua.. Ha hari tu dah attend bengkel kuasa aura-magnet kekayaan kan..nah sekarang aura kaya dah mai dah... saya kini berada di kuching , sarawak. Outstation...memang itulah kerja saya setiap bulan berulang alik ke sana. Insyaallah tak ada apa aral, sabtu ni kembali ke KL sebab saya nak attend beberapa kursus lagi...bukan senang nak menimba ilmu ni. Siap bergaduh2 dgn bos pasal nak balik hehe..dugaan dugaan.

Aura kaya yang saya maksudkan ialah ..jeng jeng...biasanya kalau saya di kuching akan memandu kereta jenis 4 wheel la pasal nak ke site..tapi nak jadi cerita semua kenderaan diguna pakai makanya bos suruh guna kereta Daimler xj 4.8L dia...pergh... an antic and powerful car tu...harga asal dekat half million.. even agak kelakar jugak la perempuan jelita mcm saya ni yang bawa..tapi takpalah... energi kereta yang penting hehe... tak caya tgklah gambar kat bawah ni...

Amacam?? jgn gelak tau hihi

Tuesday 22 January 2008

BENGKEL KA-MK

Salam perpisahan buat kesusahan, kepayahan, keperitan,kemiskinan dan semua yang berkaitan kesedihan!! Ya..aku kini lebih bersemangat kental dan waja demi mencapai impian dan kecemerlangan hidup! Semua ini ku rasakan dan ku dalami sejak dua hari lalu sewaktu menghadiri bengkel Kuasa Aura-Magnet Kekayaan(19-20Jan 2008) di Shah Alam. Ha bunyi macam hebat bukan? Ya sememangnya ia sungguh hebat dengan dibimbing oleh Coach2 yang hebat2 iaitu Coach Hazil yang memang tidak asing lagi bagi ku dan Coach Amar yang baru ku berjinak2 mendalami dan menyelami ilmunya. Apa yang dibimbing adalah lebih kepada mengenali kelemahan diri dan blockages yang menghalang diri daripada menggarap impian dan harapan yang terpendam.


Di samping itu yang istimewanya peserta juga diberikan tunjuk ajar menggunakan tools atau teknik bagi mengenalpasti permasalahan, merawat , mengeluarkan dan mengalirkan energi atau recharge semula sebagai rawatan kepada permasalahan tersebut melalui kaedah R'ESQ56. Apa itu R'ESQ56? Makanya kenalah anda sendiri menghadiri bengkel tersebut untuk mempelajari dan merasainya. Anda boleh lah menghubungi talian berikut untuk jadual bengkel dan kursus yang berikutnya : 03-58804349, 017-3332349 Innergy Quest Bio Concept (www.7chakra/reiki.com) .


"Sila baca tulisan ini"


"Cuba baca tulisan ini"


Apa hasilnya? Anda tetap baca bukan walaupun ada perkataan cuba di situ. Jadi samalah dalam kehidupan kita. Ramai yang masih gusar, was-was dan baru nak cuba-cuba melakukan sesuatu. Anda salah!! Usah cuba2. Ayuh terus lakukan segera dan lakukannya SEKARANG!!

Insyaallah anda pasti berjaya!


Anda pasti BAHAGIA!


Anda pasti KAYA!!!



Saturday 19 January 2008

Anak-Permata Hati

Buat seseorang yang dikasihi, lagu ini adalah untuk mu. Tabahkan dan cekalkan hati mu menghadapi hari yang mendatang. Sesungguhnya anak itu kurniaan Tuhan dan kepadaNya jualah tempat kembali, tempat kita semua kembali. Kita mampu merancang namun Tuhan jua yang menentukan segalanya. Kehilangannya dalam sekelip mata umpama berderainya seribu pengharapan dan angan2 untuk menimang, membelai dan menyayanginya..

Namun ketahuilah..yang pergi kan pasti berganti, yang hilang kan pasti ada ketemunya..moga ketemuan mendatang menggembirakan mu dan teman mu.. telah banyak dugaan dan cubaan yang ditempuhi dan aku yakin cubaan ini jua disaat2 getir ini jua kan pasti berjaya kau tempuhi dengan jayanya.. aku mungkin tidak bisa bermadah bicara sebaiknya..namun aku kan sentiasa berdoa pahit kan manis akhirnya...

Sesungguhnya tiada apa yang kita pasti sepastinya apa kan terjadi pada saat dan tika yang berikutnya..namun keyakinan dan kepercayaan yang kuat kan pasti memberi semangat, dorongan dan kekentalan dalam diri..

Untuk mu, untuk ibu , dan untuk semua... kau yang teristimewa

Friday 18 January 2008

I WAS In Danger!!!

Salam...wei syukur alhamdulilah semalam nak dijadikan cerita aku keletihan yang amat sangat , keletihan dan kemengantukkan. tapi dalam pada dok letih tu teringatlah pulak nak masak air panas buat air masak sejuk. Ha apa lagi..lepas masak air pi la rilex kat depan tv lalu dek kemengantukan dan keletihan yang amat sangat tadi aku pun kelupaaan dan ketiduran la... terlelap depan tv.. lebih kurang sejam lepas tu terjaga.. aduh lenguh la pulak tidur kat sofa je..so dengan senang hatinya bangun tutup tv dan masuk tidur kat bilik... ha...langsung lupa pasai masak air kat dapur tu ha ci bedah oi... bangun pagi2 tadi pi jenguk dapur barulah teringat masak air semalam...aku rasa adalah dalam 6 7 jam cerek tu dok mendidih sampai kering kontang la...nasib baik wei tak meletup..kalau tak naya..jadi mcm cik abang kat dalam gambar ni...hihi...

P/S: moral of the story jgn masak air waktu mengantuk or make sure cerek tu berbunyi bising gila bila mendidih or beli je la air mineral banyak2 simpan kat rumah hehe..


Thursday 17 January 2008

Agro time....pokok bunga kukuku...

Heellooo... hari ni mood agro la pulak.. mana tak nya..tadi balik rumah penat2 ..bila tgk pokok2 ku dan bunga2 ku yang dah dipetik siap letak dalam pasu lagi...terus senyum panjang...bangga dgn diri sendiri ahaks!...maklumlah selalu pokok2 ni tak tahan lama..tapi kali ni mcm pecah rekod je..hihi..they are lovely and beautiful mcm tuannya..hehe.. mcm yg pernah aku ckp sebelum ini..pokok2 ni pun terapi jugak...mengimbangi semula tenaga badan anda... antara yang panas dan yang sejuk , emosi dan jasmani, fizikal dan mental, chakra dan aura anda... Kata org kena rajin bercakap dgn pokok2 ni..nanti ia akan lebih subur dan segar... ya..sebenarnya pokok pun bernyawa dan juga mempunyai aura yang tersendiri. Dengan bercakap seolah2 membelai dan memberi tenaga hayat pada pokok2 ini... tak percaya?? kenapa? tak makan nasi ke? hihi...

So.. sapa yang suka bercucuk tanam ni? habaq mai sini?






p/s: gossip of the day..baru dapat tau late nite today... heard that the hiltons are leaving 97% of their cash n asset to charity, leaving paris and sister USD5M each only..betoi ka? sikit sgt tu. 50M ok la jugak..kasihan....











Tuesday 15 January 2008

Syukur!

Alhamdulilah syukur untuk segalanya pada hari ini. Sememangnya kita semua seharusnya senantiasa harus bersyukur atas segala yang kita nikmati dan perolehi sehingga ke hari ini. Adakalanya ada di antara kita terlupa atau terlalai seketika dengan segala kesenangan , kekayaan dan kedudukan yang dimiliki. Ada juga yang lalai dan tidak bersyukur dengan kepahitan dan kesempitan hidup yang dihadapi. Namun ketahuilah, dalam apa jua yang kita hadapi dan harungi, semuanya datangnya daripada Yang Maha Esa. Susah kita dariNya, senang kita jua dariNya.

Kalau kita banyak bersyukur sebenarnya kita mencipta atau mendatangkan satu rasa kesenangan dalam diri. Rasa ini sebenarnya berbentuk positif dan ianya merupakan satu bentuk tenaga yang kuat. Lebih banyak kita bersyukur maka lebih kuat tenaga ini digetarkan. Pentingkah menjana tenaga positif ini? hmm rasanya semua dah tau bahawa ianya akan berupaya menarik semua benda2 atau perkara positif untuk berlaku pada anda..

Kita sebenarnya boleh bersyukur dari sekecik2 benda sampailah sebesar2nya. Contoh : bangun pagi2 tu bersyukur kerana masih bernafas, bersyukur kerana masih cukup sifat dan anggota badan (walaupun berisi! hehe), bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan, dan bermacam2 lagilah. Kadangkala tu memang terasa jerih juga terutama kalau kita susah, pernah saya dalam poket ni tinggal rm10 saja untuk survive 2 3 minggu sebelum gaji, tapi saya fikir positif. I will survive kerana rezeki pasti ada untuk saya. Walau pun tak pasti tapi saya cuba mempercayainya sungguh2. So kesudahannya ada saja rezeki yang mendatang. Walaupun adakalanya bukan berbentuk wang ringgit tapi mungkin ehsan dan prihatin orang pada kita. Ada yang belanja itu lah, inilah.Its a matter of your mind setting. Kalau you set kan boleh, boleh lah ia..Insyaallah. Itu hanya contoh kecil lah.

So untuk hari ini sempena cakap pasal topik syukur ini, ada beberapa perkara yang saya amat bersyukur untuk hari ini. Pertamanya tadi lunch ada orang belanja makan..hehe..alhamdulilah..rezeki jugak tu..keduanya orang yang sama juga dengan tidak semena-menanya memberi hadiah pada saya. Hadiahnya ialah frame gambar Kaabah dalam Gold Color yang sungguh cantik sekali. Katanya beli masa dia outstation dan gold color sebagai simbolik bagi emas dan semoga kehadiran frame itu sebagai magnet menjana tenaga emas @ rezeki. Alhamdulilah syukur kerana dikurniakan sahabat yang sentiasa ikhlas pada kita.


Cantikkan? So apa yang anda syukuri untuk hari ini??

Wednesday 2 January 2008

Nyam! Nyam! Important message to Ana Miraa

Anaaa...aku tak kira..kau mesti buat cup cake ni untuk aku.. tak ada alasan lagi... Apa? Tak reti? argh...jgn ngada..ni aku dah cari resepi kat hang...hehe...


Ingredients
Makes 12 cupcakes

FOR THE BATTER
3 ounces unsweetened chocolate, chopped
1 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (1 stick) unsalted butter, softened
1 1/4 cups sugar
2 large eggs
1 teaspoon vanilla extract
1/2 cup sour cream

FOR THE FROSTING
1 3/4 cups sugar
3 large egg whites
1/4 teaspoon cream of tartar
1 teaspoon vanilla extract
1/2 teaspoon almond extract

FOR THE CHOCOLATE COATING
2 cups chopped (about 12 ounces) semisweet chocolate
3 tablespoons canola or vegetable oil

Directions
Preheat oven to 350 degrees with rack in center. Prepare the batter: Place chocolate in a medium heatproof bowl, and set it over a medium saucepan of barely simmering water; stir chocolate until melted and smooth. Remove bowl from heat, and set aside to cool slightly.
Meanwhile, whisk together flour, baking powder, baking soda, and salt in a medium bowl; set aside.

In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream butter and sugar on medium speed, scraping sides of bowl as needed, until light and fluffy. On low speed, mix in melted chocolate. Increase speed to medium, and add eggs, one at a time, mixing well after each addition. Add vanilla, and beat until mixture is creamy and color has lightened slightly, about 1 minute. Mix in sour cream. On low speed, add half of reserved flour mixture, beating until just incorporated. Mix in 1/2 cup water. Add remaining flour mixture, and mix until just incorporated.

Line a cupcake pan with paper liners. Fill each liner with enough batter to come 1/8 inch from top, about 1/3 cup. Bake, rotating pans halfway through, until tops are firm and a cake tester inserted in the center comes out clean, about 20 minutes. Transfer cupcakes to a wire rack to cool in pan for 10 minutes.

Use a small knife to loosen any tops stuck to the pan. Carefully invert cupcakes onto the wire rack. Turn cupcakes right side up, and let cool completely.
Prepare the frosting: In a large heatproof bowl, combine sugar, 1/4 cup water, egg whites, and cream of tartar. Using a handheld electric mixer, beat on high speed until foamy, about 1 minute. Set bowl over a pan of barely simmering water. Beat on high speed until frosting forms stiff peaks, about 12 minutes; frosting should register 160 degrees.on a candy thermometer. Remove from heat; stir in vanilla and almond extracts, and beat for 2 minutes more until frosting thickens.

Transfer frosting to a large pastry bag fitted with a 1/2-inch plain pastry tip. Leaving a 1/8-inch border on each cupcake, pipe a spiral of frosting into a 2-inch-high cone shape, using about 1/2 cup of frosting per cupcake. Transfer cupcakes to a baking sheet, and refrigerate while preparing the chocolate coating.

Prepare the chocolate coating: Combine chocolate and oil in a medium heat-proof bowl set over a medium saucepan of barely simmering water; stir until melted and smooth. Transfer to a small bowl, and let cool about 15 minutes.

Holding each cupcake by its bottom, dip cupcake in the chocolate to coat frosting, allowing excess to drip off. Transfer to a baking sheet fitted with a wire rack. Spoon more coating around edge of cupcake and any exposed frosting; none of the frosting should show. Let cupcakes stand at room temperature 15 minutes.

Carefully remove paper liners from cupcakes, and discard. Place cupcakes on a serving platter, and refrigerate for 30 minutes to let coating set. Cover, and refrigerate for 2 hours more. Serve cold. Cupcakes can be refrigerated for up to 3 days.

p/s: Ana si tukang buat cup cake ni memang terror..sebab tu lah nak paksa jugak dia buat cup cake ni...

Tuesday 1 January 2008

Selamat Datang 2008!




Salam Tahun Baru diucapkan pada semua.. hari ini merupakan hari pertama kita melangkah meninggalkan tahun 2007... Maka bermula dari pagi sinarilah hari ini dengan energi-energi yang bahagia, gembira dan makmur. Moga ianya terus terusan menarik dan menjanakan segala impian dan harapan kita untuk tahun 2008 ini. Ayuh fikirkan dan motivasikan diri dengan perkara-perkara yang positif di hari pertama ini... lepaskan segala kemarahan, kerisauan dan kekusutan dalam diri...maafkan lah sesiapa sahaja yang menimbulkan kemarahan anda sebelum ini... terus bersyukur dengan segala rahmat dan penghidupan yang anda hadapi hari ini... Ayuh sama2 kita janakan Kuasa dan Magnet Emas dan Perak untuk tahun ini ...Semoga lebih banyak rezeki, lebih banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita capai...kekayaan dan kejayaan... dan tidak lupa juga buat tahun 2007 yang ditinggalkan...ku ucapkan salam terima kasih di atas segala kejayaan yang telah terukir sepanjang tahun 2007...




Akhir kata...semoga sukses semuanya...diriku dan dirimu jua....