Tuesday, 15 January 2008

Syukur!

Alhamdulilah syukur untuk segalanya pada hari ini. Sememangnya kita semua seharusnya senantiasa harus bersyukur atas segala yang kita nikmati dan perolehi sehingga ke hari ini. Adakalanya ada di antara kita terlupa atau terlalai seketika dengan segala kesenangan , kekayaan dan kedudukan yang dimiliki. Ada juga yang lalai dan tidak bersyukur dengan kepahitan dan kesempitan hidup yang dihadapi. Namun ketahuilah, dalam apa jua yang kita hadapi dan harungi, semuanya datangnya daripada Yang Maha Esa. Susah kita dariNya, senang kita jua dariNya.

Kalau kita banyak bersyukur sebenarnya kita mencipta atau mendatangkan satu rasa kesenangan dalam diri. Rasa ini sebenarnya berbentuk positif dan ianya merupakan satu bentuk tenaga yang kuat. Lebih banyak kita bersyukur maka lebih kuat tenaga ini digetarkan. Pentingkah menjana tenaga positif ini? hmm rasanya semua dah tau bahawa ianya akan berupaya menarik semua benda2 atau perkara positif untuk berlaku pada anda..

Kita sebenarnya boleh bersyukur dari sekecik2 benda sampailah sebesar2nya. Contoh : bangun pagi2 tu bersyukur kerana masih bernafas, bersyukur kerana masih cukup sifat dan anggota badan (walaupun berisi! hehe), bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan, dan bermacam2 lagilah. Kadangkala tu memang terasa jerih juga terutama kalau kita susah, pernah saya dalam poket ni tinggal rm10 saja untuk survive 2 3 minggu sebelum gaji, tapi saya fikir positif. I will survive kerana rezeki pasti ada untuk saya. Walau pun tak pasti tapi saya cuba mempercayainya sungguh2. So kesudahannya ada saja rezeki yang mendatang. Walaupun adakalanya bukan berbentuk wang ringgit tapi mungkin ehsan dan prihatin orang pada kita. Ada yang belanja itu lah, inilah.Its a matter of your mind setting. Kalau you set kan boleh, boleh lah ia..Insyaallah. Itu hanya contoh kecil lah.

So untuk hari ini sempena cakap pasal topik syukur ini, ada beberapa perkara yang saya amat bersyukur untuk hari ini. Pertamanya tadi lunch ada orang belanja makan..hehe..alhamdulilah..rezeki jugak tu..keduanya orang yang sama juga dengan tidak semena-menanya memberi hadiah pada saya. Hadiahnya ialah frame gambar Kaabah dalam Gold Color yang sungguh cantik sekali. Katanya beli masa dia outstation dan gold color sebagai simbolik bagi emas dan semoga kehadiran frame itu sebagai magnet menjana tenaga emas @ rezeki. Alhamdulilah syukur kerana dikurniakan sahabat yang sentiasa ikhlas pada kita.


Cantikkan? So apa yang anda syukuri untuk hari ini??

2 comments:

knv said...

syukur syukur kita masih bernafas dan tak makan siput bakar untuk terus hidup!

btw, itu muffin dah habis dah weh at 9.20am 16 Jan 08. hihihihihihi...

lain kali aku buat khas untuk hang!!

HUda said...

wei..terliuq aku tau tgk muffin hang.. takpa nanti aku nak rasa blueberry cake boleh? hihi... aku kurus aku kurus aku kurus hihi