Friday 28 December 2007

Bahang Bora Asmara

Yehaaa..hujung-hujung tahun ni ramailah yang akan berpesta atau berparty meraikan macam2lah..dan salah satunya annual dinner...so aku pun tak ketinggalan pada esok malam , di Bora Asmara , Damansara akan diadakan makan malam bersama warga IQBC ..tempat aku selalu melepak bila tak ada apa nak buat..hehe..lepak?? no no no..bukan lepakan kosong... IQBC adalah centre tempat aku belajar Reiki lah... nak jadi cerita tema untuk malam esok adalah malam Emas dan Perak.. mmm.. congak punya congak i think gold lagi sesuai lah dgn aku ..ni part yang best..preparation nak pi dinner... ala2 meriahlah kan..tapi aku masih keep it simple..tak percaya? tgklah di gambar2 ni...





Baju emas siap!



Tudung emas siap!!





Beg emas siap!!!




Kasut emas siap!!!!



Barang kemas emas pun siaaappppp!!!!!!
Hahahaa...apa komen anda? menepati tema tak??

Rahsia Kejayaan

Salam... di sini saya nak berkongsi sedikit artikel yang saya copy dari seorang tenaga pengajar yang di usia muda telah menempa beberapa kejayaan dan rasanya boleh lah kita jadikan contoh dan idol...
Sila lah baca ok..dan moga sama2 kita dapat manfaatnya...

http://amarmahmood.com/2007/12/27/27122007-berkongsi-rahsia-kejayaan-kuasa-minda/

Selepas 34 tahun ini, saya melihat kejayaan yang saya telah lalui. Syukur saya dengan setiap detik dan saat terhadap peluang2 yang Allah telah berikan untuk saya nikmati kemakmuran-Nya.
Memang saya bersyukur..tetapi adalah cukup hanya di sini? Bersyukur dan meletakkan sasaran yang lebih tinggi adalah dua pekara yang berlainan. Bersyukur adalah kuasa positif yang memfokus kepada pekara2 kebaikan yang telah kita lalui. Dan kita perlu meletakkan sesuatu yang lebih baik pada esok hari.
Hari ini, saya ingin berkongsi satu rahsia BESAR yang mungkin anda tidak sedari. Satu rahsia kejayaan yang telah saya gunakan untuk mencapai pelbagai kejayaan yang kadang kala macam sukar tetapi telah berjaya.
Saya telah melalui pengalaman istimewa mempunyai 50-70 orang staff yang di bawah kendalian saya. Saya telah meniti jalan-jalan kejayaan untuk saya tiba pada sasaran tersebut. Pada masa itu, saya hanyalah seorang kaum Melayu yang duduk pada jawatan tersebut. Adakah itu nasib saya?
Saya tidak pernah “bayangkan” sebelum itu untuk dapat melawat ke Jepun dan bukan dengan hal2 kerja tetapi jalan-jalan “makan angin” tanpa mengeluarkan sesen pun segala perbelanjaan di sana termasuk mendapat belanja tambahan untuk ke berbelanja (kecuali mengunakan wang untuk membeli cenderahati).
Saya bukan seorang pakar memasak. Juga tidak cerewat dalam pemakanan. Tetapi sekarang saya mempunyai satu Restauran Makanan dan Minuman yang semakin berkembang dengan baik. (Insya Allah, tahun hadapan saya akan membuka satu lagi Restauran di tengah Bandar Melaka).
Saya juga bukan pakar kecantikan. Apatah lagi seorang yang tahu pasal herba-herba kesihatan. Tetapi, hari ini saya mempunyai sebuah perniagaan yang menjalankan bisnes tersebut. Insya Allah, sebulan dua ini akan bertukar menjadi sebuah butik kesihatan dan kecantikan.
Setahun yang lepas, saya berjaya menghasilkan satu buku yang sebelumnya saya tidak mempunyai sebarang “network” atau mereka yang saya kenali dalam penerbitan. Apatah lagi untuk menulis di sebuah Publising yang sangat ke depan dalam pengalamannya?
Setahun dahulu, saat ditanya oleh Managing Director saya (Mr Koroda), kenapa saya mahu berhenti pada post yang telah cukup selesa? Saya juga diasak dengan pujukan oleh General Manager saya (Mr Clearence Chai) supaya saya menarik semula surat peletakan jawatan saya. Tahukah anda apa jawapan yang saya berikan?
“Saya mahu jadi seorang coach yang berkaliber dan dihormati dalam bidang personal growth di Malaysia”
(walaupun saya masa itu adalah seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan)…pelik tak?
Tetapi itu lah kejayaan yang telah saya lalui. Saya telah melalui proses-proses untuk saya berjaya dalam perjalanan kehidupan saya. Tidak ada short-cut. Tidak ada alasan. Dan tidak ada perkataan kecewa. SAYA PASTI MELALUI PROSES KEJAYAAN tersebut!!!
Rahsia besar saya adalah PROSES. Kita tidak boleh lari dari melalui satu PROSES utk berjaya. TETAPI ramai orang tidak sanggup melalui proses tersebut. Mereka mencari short cut. Mereka mencari jalan pintas. Mereka mencari formula-formula yang boleh mempercepatkan mereka mencapai kejayaan. Nanti dulu…sebentar lagi saya akan memberikan anda satu FORMULA untuk anda berjaya dengan mempercepatkan PROSES tersebut..sabar.
Tahukah anda , manusia gagal kerana mereka kata belum bersedia? Mereka selalu menangguh-nagguhkan kejayaan yang sebenarnya mereka sudah sepatutnya meraikannya.
“Nanti bila aku dah tahu berniaga, aku mesti akan berniaga kedai”
“Nanti bila aku dah ada duit, aku akan membeli kereta idaman aku”
“Nanti bila aku dah ada masa menulis aku akan tulis sebuah buku yang hebat”
“Nanti bila aku ada masa, aku akan menulis setiap hari di Blog aku”
“Nanti bila aku dah kurus badan, aku akan pakai baju yang cantik-cantik”
Nanti…nanti….nanti dan nanti.
Jadi bila akan jadinya?
Anda sebenarnya menangguhkan kejayaan dan impian yang anda inginkan semata-mata tidak pasti dengan satu PROSES. Anda sebenarnya boleh berniaga sekarang tanpa perlu nanti-nantinya. Anda boleh memendekkan PROSES tersebut. Semenjak 5 tahun yang lepas, saya telah memendekkan proses tersebut.
Anda boleh menjadikannya hari ini. Ye.. hari ini. Saya menjadi penulis bukan tahun lepas tetapi dua tahun lepas. Jika saya NANTIkannya, mungkin hari ini saya masih belum ada buku “Rahsia Minda Jutawan”. Begitu juga restaurant saya, saya telah menjadi peniaga Restauran 3 tahun lepas. Walaupun saya belum mepunyai modal hingga 80 ke 100 ribu ringgit malaysia. Jika tidak saya mungkin belum mempunyai Restauran tersebut hari ini. Jadi apakah rahsianya?
Sebenarnya..RAHSIA BESAR itu adalah anda MESTI menjadi apa yang anda mahukan mulai HARI INI JUGA. Ia adalah dengan memasukkan PROSES perjalanan kejayaan itu ke dalam minda anda dahulu!!!!
Bila proses tersebut telah berlaku dalam minda anda, ia telah memendekkan tempoh kejayaan anda. Anda tidak menunda dan menangguhkan tempoh tersebut. Ingat buku “One minutes Millionaire”. Hanya dalam seminit anda telah menjadi seorang Jutawan. Bagaimanakah caranya? Dengan mejadikan diri anda jUtawan dalam Minda anda!!!
Moga anda berjaya…dan TERIMA KASIH dengan ucapan dan kata-kata RAngsangan dari teman2 di artikel lepas.

Love,Abundance&Prosperity
AMAR MAHMOODMind Power CoachYour coach for Success!!!

Wednesday 19 December 2007

"Super Handbag"

Salam kembali...hari ni nak bercerita pasal handbag la pulak.. well, women and handbag mana mungkin dapat dipisahkan..hehe.. actually baru sahaja menonton satu siri di tv yang membincangkan tentang handbag..oops bukan sekadar handbag tapi 'super handbag'. Mmm mulanya tidaklah begitu berminat namun semakin lama semakin hangat pulak topiknya dengan info yang mengejutkan . Wah rupanya kategori yang dimaksudkan 'super handbag' ni adalah kategori handbag yang harganya bukan saja ribu-ribuan malah mencecah ratusan ribu! Selama ni ingat pakai Bonia ke, Guess ke...tak pun jenama2 seperti Prada, Gucci dah cukup hebat..rupanya ada jenama2 lain yang teramatlah mahalnya yang baru ku dengar..kihkihkih..Vintage, Birkin, Burberry..ish ish..buta jenama rupanya aku ini..yang lebih mengejutkan nak dapatkan handbag2 ini bukan sekadar kena ada duit yang banyak tapi ada waiting list la pulak. Nasib you baik , dapatlah...ada tu sampai RM50K, 100K etc..ish ish..


Dari perbincangan difahamkan ada yang memang betul2 minat dan pembelian handbag mahal ni adalah macam hobi dan untuk kepuasan diri. Sampai kadangkala sekadar suka beli saja, pakainya tidak. Saja suka nak buat collection..hihi..Memanglah puas kalau memiliki barang2 mahal dan mewah kan namun bagi yang tidak mampu , mana mungkin ianya dijadikan hobi.. telan air liur sajalah aku ini..Agak2nya bila aku akan dapat beli handbag berharga RM50k or RM100K ni??Menjadi tanda tanya jugak akan beli atau patut beli atau perlu beli jika memang benar2 mampu membelinya..dunia ini memang macam2..buat masa sekarang bagi aku kalau ada duit sebanyak itu memanglah tidak berbaloi jika hanya dibazirkan dengan sebuah handbag ..tapi masa akan datang wallahulam. Mungkinkah aku akan tergolong dalam golongan orang2 sedemikian? I wonder...

Cuma ingin diwar2kan di sini yang menjadi perhatian sewaktu rancangan ini ialah bagi handbag2 berjenama yang dijual secara tiruan , dikatakan industri ini menggunakan buruh kanak2 sebagai tenaga kerja mereka dan yang sadisnya lagi kanak2 ini dicacatkan , iaitu dipotong kakinya dan dipaksa bekerja..so jika benar ini yang berlaku maka bagi yang suka membeli bag jenama tiruan tolonglah henti dari menyokong jenayah ini..




Saturday 15 December 2007

Tugasan Akhir Tahun!

Salam! Selamat bertemu di penghujung tahun 2007.. Tahun baru 2008 bakal menjelma dan 10 hari kemudian Maal Hijrah 1429 pula bakal tiba.. maka sudahkah kita bersedia menghadapi satu tahun lagi yang mendatang? Apakah persediaan kita? Telah habis review kah pencapaian dan peningkatan diri untuk tahun ini? Ayuh! check! check! sekarang! Sebelum melangkah ke tahun yang baru sebaiknya adalah elok untuk kita menyediakan diri, menentukan matlamat dan hala tuju bagi mengharungi cabaran dan tanggungjawab di tahun hadapan. Semaklah semula apa yang kekurangan dan tidak kecapaian di tahun ini..review balik, dan siapkan senarai baru bagi tahun yang baru! Kenapa perlu kita buat begitu? Buat apa pulak nak tulis2 atau buat senarai semua ni? Haa anda akan rasa ada bezanya dengan tidak berbuat apa2.. Menyiapkan diri dan menentukan matlamat diri sebagai perancagan awal seolah2 anda berdoa dan parking siap2 apa yang anda ingini.. Segala apa yang anda hajati itu insyaallah akan menarik jalannya pada anda.. So lepas apa yang anda set kan atau tentukan matlamat atau azam baru anda itu, bertawakal lah..toksahlah pening2 memikirkan bagaimana atau bila ianya akan terjadi.. benarkan ianya flow dengan ritmanya sendiri tanpa keraguan dari anda yang hanya mengundang negativiti pada hajat anda itu sendiri... So tugasan pada hari ini adalah senaraikan segala apa yang ingin anda capai untuk tahun hadapan dan berdoalah pada Yang Maha Kuasa untuk menjadikannya..selepas itu let it go... kalau anda ingin ulang melihat apa yang anda tulis itu pastikan anda lihat ia seolah2 telah pun terjadi dan telah anda miliki..feel it..rasakan rasa memiliki atau mencapai impian anda itu.. anda boleh juga letakkan imej2 atau gambar2 yang berkaitan dan tatapilah ia selalu agar terakam atau register dalam minda separa sedar anda..
Insyaallah.. ia akan membawa anda pada laluan yang betul bagi memperolehinya.. So apa tunggu lagi..siapkan tugasan anda cepat!

Tuesday 11 December 2007

Aku dan pokok..??



Salam..hai..ada cerita yang ingin aku sampaikan di sini..aku dan pokok..mmm macam tak kena je..memang dari dulu aku tak pernah gemar dan minat untuk bercucuk tanam ni.Sampai pernah ada kawan aku kata" kau tak payah lah nak tanam2 pokok ni..nanti jadi satu penganiyaan pulak.." ..ish..haru .tapi something happened baru2 ni masa aku di ofis kuching..mm tau je la bila kat sana memang aku tension dan stress sangat2..mana taknya..dgn orgnya lah ..dgn site problemnya la..ni gambar site aku yg aku dok pi ngadap selalu tu ..termasuk jejaka2 idaman malaya yg ada kat sana lah.. Dek kerana tension sgt satu hari tu aku pi la nak buat air milo panas kat pantry ofis tu..sekali tu aku terpandang ada potted plant yang cute2 dan kecik2 kat situ.Sebelum ni tak ada pun. Mesti ada yang baru letak la tu tapi yg cutenya.kat bekas2 pokok tu semuanya berlabel or ada tulisan seperti 'Hi, smile always' , ' It's a good day today!', ' Enjoy your day', ..dan bermacam2 lagi..kecik je tulisan tu sesuailah dgn bekas tu ..rugi pulak tak capture gambar those plants. Maybe next time. Alkisahnya selepas tu rasa kusut masai kepala otak ni pun lega ..mmm..kesimpulannya..ada mcm2 cara kalau nak relax..salah satunya..kembali pada alam..sejak itu aku terus

minat dgn pokok ni..dan kesannya ..bersemangat lah sejak balik dari sana ni membeli pokok dan tanam dalam pasu di rumah..maklumlah apartment..tanam dalam rumah atau tepi balcony je lah.. Lihatlah..cantik tak?? ... pokok ke saya? hehe..


p/s: sempat posing
waktu site visit
baru2 ni..









Thursday 6 December 2007

andai kutahu... ungu (part 2)

ini sebenarnya yg ingin dikongsikan...

Spider - Salut (Full Song)

kalau ada video ni kat posting aku, wa salut wa..cubaan testing testing 1 2 3.. layannn

Tuesday 4 December 2007

andai ku tahu

Andai ku tahu kapan tiba ajalku, ku akan memohon;
Tuhan tolong panjangkan umurku. Andai ku tahu kapan tiba masaku, ku akan memohon; Tuhan jangan Kau ambil nyawaku. Aku takut akan semua dosa-dosaku, aku takut dosa yang terus membayangiku.
Andai ku tahu malaikatMU akan menjemputku, izinkan aku; mengucapkan kata taubat padaMU. Aku takut akan semua dosa-dosaku, aku takut dosa yang terus membayangiku. Ampuni aku dari segala dosa-dosaku.
Ampuni aku menangisku bertaubat padaMU. Aku manusia yang takut Neraka, namun aku juga tak pantas di Syurga. Andai ku tahu kapan tiba ajalku, izinkan aku; mengucapkan kata taubat padaMU. Aku takut akan semua dosa-dosaku, aku takut dosa yang terus membayangiku. Ampuni aku dari segala dosa-dosaku. Ampuni aku menangisku bertaubat padaMU.
(Masih tak berjaya nak upload kan video kat sini but check this out. Juz for you all..)

Seribu Harapan

Salam. Kembali lagi aku di tanah gersang ni..hihi..di kuching la..sori la org kuching..bukan apa..bosan sesorang ni.. nak pi jalan2 pun sorang mcm tak best jer.. tapi demi kerja..terpaksalah buat dunno je dulu..oleh kerana itu aku telah tanam azam bahawa tahun depan pak aji bayar awal pak aji tak kena saman lagi..eh silap line la..sapa masih ingat iklan tu?
actualy by hook or by crook tahun depan aku mesti have my own busines..tak kira.aku mesti!must!wajibulghonnah! tak boleh tidak...!

So busines apa ye aku nak buat? mmmm kalau dulu mcm blurr je..tapi sekarang aku rasa aku dah tau hala tuju aku...akan kujadikan impian satu kenyataan ..go! go! go! doakanlah kalian semua ya..

aku tak mau lagi terus2an bekerja dan terjebak dengan org2 yang kurang cerdik kat ofis aku tu..sungguh pun rezeki ku alhamdulilah setakat ini..cuma bila hati sudah tidak cinta mana bisa kutunggu lama2..ewah..
hati sabarlah..seribu harapan...satu kenyataan!