Saturday, 15 December 2007

Tugasan Akhir Tahun!

Salam! Selamat bertemu di penghujung tahun 2007.. Tahun baru 2008 bakal menjelma dan 10 hari kemudian Maal Hijrah 1429 pula bakal tiba.. maka sudahkah kita bersedia menghadapi satu tahun lagi yang mendatang? Apakah persediaan kita? Telah habis review kah pencapaian dan peningkatan diri untuk tahun ini? Ayuh! check! check! sekarang! Sebelum melangkah ke tahun yang baru sebaiknya adalah elok untuk kita menyediakan diri, menentukan matlamat dan hala tuju bagi mengharungi cabaran dan tanggungjawab di tahun hadapan. Semaklah semula apa yang kekurangan dan tidak kecapaian di tahun ini..review balik, dan siapkan senarai baru bagi tahun yang baru! Kenapa perlu kita buat begitu? Buat apa pulak nak tulis2 atau buat senarai semua ni? Haa anda akan rasa ada bezanya dengan tidak berbuat apa2.. Menyiapkan diri dan menentukan matlamat diri sebagai perancagan awal seolah2 anda berdoa dan parking siap2 apa yang anda ingini.. Segala apa yang anda hajati itu insyaallah akan menarik jalannya pada anda.. So lepas apa yang anda set kan atau tentukan matlamat atau azam baru anda itu, bertawakal lah..toksahlah pening2 memikirkan bagaimana atau bila ianya akan terjadi.. benarkan ianya flow dengan ritmanya sendiri tanpa keraguan dari anda yang hanya mengundang negativiti pada hajat anda itu sendiri... So tugasan pada hari ini adalah senaraikan segala apa yang ingin anda capai untuk tahun hadapan dan berdoalah pada Yang Maha Kuasa untuk menjadikannya..selepas itu let it go... kalau anda ingin ulang melihat apa yang anda tulis itu pastikan anda lihat ia seolah2 telah pun terjadi dan telah anda miliki..feel it..rasakan rasa memiliki atau mencapai impian anda itu.. anda boleh juga letakkan imej2 atau gambar2 yang berkaitan dan tatapilah ia selalu agar terakam atau register dalam minda separa sedar anda..
Insyaallah.. ia akan membawa anda pada laluan yang betul bagi memperolehinya.. So apa tunggu lagi..siapkan tugasan anda cepat!

No comments: