Wednesday 28 December 2011

Ilmu Pelengkap Kehidupan

Salam.Namaste..

Pada kebiasaan bila saya mengalami kegusaran, kesedihan atau sesuatu yang merunsingkan fikiran maka saya akan cuba hiburkan hati. Selain berserah dan pasrah, biasanya saya akan cuba bertemu rakan-rakan dgn tujuan melupakan seketika keadaan yang saya alami sekarang. Namun seringkali hasilnya alhamdulilah, kerana pertemuan dgn rakan tidak mengecewakan. Seringkali ada saja info terbaru yg boleh dipelajari atau ada saja sesuatu yang boleh direnungkan.

Untuk hari ini saya bersyukur utk sesuatu yg boleh saya renungkan dan buat bekalan utk peringatan buat diri sendiri. Harga kopi secawan takkan sama dgn nilainya dgn harga pengalaman hidup seseorang. Seorang rakan merupakan surirumah tangga sepenuh masa, seorang lagi merupakan seorang juruterapi utk kanak-kanak istimewa termasuk austisme, dll.

Menarik kerana topik yang dibualkan berkenaan bagaimana kanak-kanak istimewa termasuk yang hyper atau speech problem atau autisme atau lain-lain yang tergolong seangkatan dgnnya hendak diajar atau diberitahu tentang aktiviti berkaitan seksual. Menuju kedewasaan seperti kanak-kanak lain, mereka juga akan mengalami perubahan fizikal dan pada jiwa mereka, merasai keterujaan dan ransangan , namun bezanya bagaimana bagi mereka bagaimana utk menangani, mengenalpasti situasi dan mengendalikannya.

Amatlah senang bagi ibu bapa yang mempunyai anak normal utk berkomunikasi dan bercerita atau berkongsi tentang seksual atau aktiviti menuju kedewasaan ini kerana pemahaman agak mudah bagi mereka. Namun bagi yang istimewa, cabarannya adalah lebih kerana tiap masa mereka perlu mengawasi anak-anak ini dan kenal pasti keadaan-keadaan yang tertentu kemudian haruslah disampaikan agar mereka faham akan situasi itu. Tidak cukup dgn pengetahuan ilmiah, pengetahuan tentang agama juga harus kukuh utk diterapkan pada mereka. Tentang masturbation, tentang kissing, tentang bersentuhan, dan lain-lain lagi, merupakan topik yang agak mencabar utk disampaikan pada anak-anak biasa yang normal, apatah lagi bagi yang istimewa. Maaf kiranya topik ini agak keterlaluan namun sekadar berkongsi apa yang dibicarakan bersama rakan.

Point utama saya adalah ibu bapa harus melengkapkan diri dgn ilmu-ilmu sebegini maka senanglah bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak tak kira istimewa atau tidak , mendidik anak-anak atau mendedahkannya pada dunia kedewasaan. Mungkin dahulunya ibu bapa agak konservatif dan malu utk berkomunikasi dlm perkara ini, namun di zaman serba moden yang terdedah pada sumber media yang mengundang pelbagai perkara negatif mahupun positif, ibu bapa harus menambah ilmu dan lebih bersedia ke arah mendidik anak-anak masa kini.

Dengan ini generasi muda kita akan lebih terdidik dan terbentuk dari setiap aspek dan sudut. Saya bersyukur utk pertemuan singkat bersama rakan dan bersama pengalaman masing-masing yang dikongsikan hinggakan rentak dlm hati sendiri seakan tiada kerunsingan lagi. Syukur kerana langkah utk melupakan gerhana hati mengundang satu perspektif baru dlm pemikiran dan pemahaman diri.

Sesungguhnya ilmuNya terlalu banyak utk dihayati. Lengkapi diri dgn ilmu yang ada, maka lengkaplah kehidupan yang sememangya tidak sempurna namun sempurnakanlah pada kemampuan kita.

Tuesday 6 December 2011

Hadiah Asyurah

Salam Asyurah...

Sudah 10 hari tahun baru Hijrah menjengah kita. Diam tak diam sepuluh hari sudah berlalu. Sejak hari pertama..malah sejak sebelum awal Muhaaram 1433, terasa benar akan getaran energinya. Bukan saja saja mereka cerita namun dalam hati yang merasa... getaran membawa khabaran bawa haluan...namun ada yang masih samar..ada yang sudah menyerlah sinarannya..dalam jiwa masih kuat degupan..

Hari ini sekali lagi situasi demi situasi datang menduga...Ya Allah ..apa lagi yang aku mahu dari Mu...sudah terang lagi nyata akan kuasa Mu..akan kasih sayang Mu.. akan petunjuk Mu.. syukur ku hanya Milik Mu...

Tak pernah kehilangan kata ..tak pernah tak merasa apa..namun buat seketika tadi aku bagai hilang dlm masa.. alam menemukan dua jiwa yg lama diam.. walau dlm keadaan yg sangat janggal dan tak terduga..

Apakah ini tanda masa utk melupa... apakah ini tanda masa utk memenuhi jiwa..
Ya Tuhan.. Peristiwa dan ajaib pada Asyurah, Kau titipkan walau secebis bagi diri ini..
Kekentalan, ketaatan, kekuatan, kasih sayang, pengorbanan dan segala yang diri ini memerlukan.. biarkan arus itu berlalu dan melalui...

Syukur dan sujud ku ...untukMu..

Salam Asyurah...

Tuesday 8 November 2011

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua. mungkin agak beberapa hari lewat namun didoakan semuanya mendapat manfaat dan keberkatan di hari mulia ini.

Ramai yang turut menyertai ibadah korban dan kelihatan ramai sekali umat Islam turun beramai-ramai bersama-sama bergotong royong dalam acara penyembelihan lembu atau kambing biasanya untuk diagih-agihkan kepada orang ramai. Alhamdulilah sungguh gembira melihat suasana ini yang jarang dapat dilihat terutama di kota-kota dan di bandar-bandar besar.

Pada kebiasaannya hanya kesibukan dgn pekerjaan masing-masing dan jarang sekali dapat beramai-ramai beramah mesra sambil bergotong- royong.Teringat akan peristiwa korban nabi Allah Ismail dna Ibrahim. Bertapa jauh lagi makna korban kita dengan makan korban yang telah diperintahkan terhadap mereka. Bertapa ujian paling tinggi bagi seorang bapa untuk mengorbankan seorang anak, dan bertapa ujian seorang anak patuh pada perintah Allah dan rela dijadikan korban. Masyaallah... masih jauh lagi keimanan kita ..apakah sanggup bagi kita diuji seumpama demikian..wallahualam..

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Tahu akan setiap rahsia perintahNya.. namun kita masih boleh berusaha ke arah itu dengan setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri sebagai hambaNya. Berusaha untuk lebih dekat padaNya, untuk lebih patuh pada tiap suruhanNya, untuk menghormati kedua ibu bapa, untuk lebih melakukan kebaikan pada tiap kehidupan, untuk lebih mensyukuri tiap nikmat mahupun ujian yang diberi. Mari kita sama-sama berdoa dan berjuang ke arah pembentukan dalaman yang lebih tinggi kekuatanya. Yang lebih mampu seiring dengan kekuatan tubuh fizikal kita. Jika fizikal begitu gagah  mengharungi segala penat lelah, dalaman juga harus gagah mengalun tiap gelombang yang mendatang. Moga titik keseimbangan dapat kita capai dalam diri, dalam kehidupan seharian dan dalam mengharungi tiap detik dan tiap ketika.

Salam Aidil Adha.

Tuesday 1 November 2011

1.11.11

Hari ni 1 haribulan 11 tahun 2011... Salam November buat semua dan salam 5hb Zulhijjah 1432 buat semua...

Ramai yang ternanti-nanti akan kehadiran november, terutama bila tiba pada 11/11/11 dan 20/11/2011 nanti... namun dalam kesukaan menanti hari yang memiliki nombor berulang ini jgn kita lupa akan kalendar hijrah yang mencatatkan bulan haji yang penuh baraqah. tak lama lepas itu pula menjelmalah bulan baru di tahun baru...

Sudah kah kita bersedia utk kehadiran tahun baru hijrah ini? sudahkah kita review dan melihat kembali kejadian hampir setahun di tahun ini? sukses kah kita? gagal kah kita? atau kita biasa-biasa saja...
Ini masa terbaik mempersiapkan diri dan energi bagi mengembalikan keseimbangan yang telah kita hilang sepanjang tahun ini. Mungkin jalan ada yg tersasar, mungkin target ada yang terlepas... mungkin harti ada yang terluka..

Ayuh... kembali kita recheck segalanya dan kembali menyatakan resolusi baru...perkemaskan segala yang longgar, perelokkan segala yang cerla...

Moga kitakan sentiasa dalam keberkatanNya dan dimakbulkan segala hajat kita. Arahkan kiblat hasrat hati anda dgn tepat tanpa wasangka!

Friday 30 September 2011

Shanghai 2011


Salam akhir Syawal buat semua..

Wah diam tak diam berlalu sudah Syawal yang dinanti. Moga dtgnya penuh bermakna di hati kita semua.
Buat diri saya, energi melancong dan menimba pengalaman di tempat org bersambung lagi. Tak semena-mena tanpa prepation dan plan yang sempurna saya telah menjejakkan kaki di bumi China, iaitu di Shanghai.. tempat yg saya mmg ingin pergi, terutama di Beijing, Guangzhou dll lagi. Tapi utk permulaan Shanghai tak menghampakan.

Terlalu byk yang boleh diamati, dihayati dan diiktibari. Bumi yang penuh umat manusia, jalan dan bangunan yang besar belaka..namun masih bersistem. Semangat juang utk mencapai matlamat yang tinggi walau adakalanya tidak mempedulikan yang lain-lainnya.

Syukur atas pengalaman ini dan saya selitkan di sini sedikit gambar dan momen di sana.


 Pudong - kaw. yg sgt pesat..

 Pudong

 Nanjing Road -  tarikan utama pelancong

 Nanjing Road

Old Shanghai - berhampiran Yuyuan Garden

Yuyuan Garden


Tuesday 6 September 2011

Tuhan Beri Aku Cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Sunday 4 September 2011

Salam Aidilfitri

Senyum Di Pagi Raya..cehwah..

Salam Syawal 1432 dan salam lebaran buat semua. Sedar tak sedar sudah 6 hari berlalu sejak 1 Syawal yang lalu.. Alhamdulilah.. Ramadhan yang lalu berlalu dgn pelbagai kisah dan wajah.. moga ada sesuatu utk semua di sepanjang Ramadhan lalu...

Syawal tiba bagi saya dan keluarga yang tidak berapa besar, dalam keadaan serba sederhana. Alhamdulilah syukur kerana masih bersama keluarga dapat menyambut Aidilfitri tahun ini. Kami beraya hanya di kota tanpa pulang ke kampung halaman, kerana semua ahli keluarga berada di kota. Suasana sememangnya berbeza berbanding desa namun pengalaman baru dan tetap indah tatkala menziarah mereka yang beraya di kota. Penghayatan pada tahun ini lebih pada penghargaan dan kesyukuran dapat bertemu antara satu sama lain. Maklumlah jika di kampung, ramai sanak saudara berkumpul hingga kadang-kadang terlupa makna dan harga ziarah itu sendiri.

Alhamdulilah masih ramai kawan2 yang sudi menerima kunjungan dan ramai juga yang sudi berkunjungbalas. 


Ku mohon kemaafan di pagi Syawal
Tatkala menulis coretan ini, sambil mendengar dan mengikuti perkembangan berita tentang korban dan pemergian seorang wira negara iaitu allahyarham Noramfaizul, wartawan Bernama yang terbunuh di Mogadisu, Somalia dua hari lepas. Sungguh menggemparkan dan menghibakan seluruh rakyat di kala Aidilfitri masih dirayakan. Apatah lagi keluarga beliau yang menerima berita ini. Didoakan agar mereka redha dan tabah menghadapi segalanya. Namun semangat dan pengorbanan , keberanian beliau haruslah dicontohi dan menjadi tualadan buat kita semua.

Al Fatihah buat allahyarham.


Sunday 28 August 2011

Menjelang Hari Kemenangan

Salam Lebaran yang kian memuncak. Hanya 2 hari saja lagi Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita. Suasana dan mood raya mula terasa. Namun apakah iktibar, apakah manfaat, apakah rasa yg kita perolehi semasa meniti Ramadhan tahun ini?

Ada yg rasa amat manis sekali dek usaha dan ibadah yang berterusan, ada yang rasa biasa biasa saja...dan ada yang tak bisa rasa apa...
Sebilangan mungkin terasa manisnya...kebanyakan mungkin yang biasa biasa...yang tak rasa..ada juga..

Pun begitu, tidak kira siapa kita, apa usaha kita, apa rasa kita..kita tak seharus bermusuh.. kita tak seharus lupa pada mereka yang memerlukan...
Andai harta tidak mampu kita dermakan, maka titipkanlah bait-bait doa buat mereka...
Andai ada onar dan sakit dlm hati , maka lepaskan dan berilah kemaafan...buat diri mengisi semula ruang kasih dan kesayangan...

Bagi ku, Ramadhan kali ini amat berbeza. Mungkin diri lebih memahami..mungkin juga kerana tak mau yang biasa-biasa, lalu ku gagahi diri mencari manis itu, pun jua aku tak pasti akan manisnya...mana layak ku..

Masih terlalu sedikit usaha ini, masih terlalu kurang amalan dan pujaan ini, pada Dia Yang Maha Segala... oh Tuhan ...jangan Kau tak memandang diri ini, aku meminta minta... Jangan Kau tutup segala pintu yang ada... bukalah untuk hamba Mu ini...

Pun walau sedikit, aku tetap merasa banyak...besar dan banyak sekali kasih dan sayangMu...Sungguh Kau Maha Hebat.... Rahmatilah aku... ampunkanlah daku... ibu bapa ku...adik beradikku...famili dan taulan ku...

Makbul dan berkatilah segala doa mereka... hilangkanlah segala gundah dan sengsara mereka... kurniakan lah kami cahaya... disetiap getaran tubuh dan nyawa...

Pujaan ku..doa ku....kasih ku...ingatan ku..cinta ku... pada MU....

Tuesday 9 August 2011

U

U wish..
U send the energy..
U let it flow...
U let it go...
U wait....
U receive...
U give thanks...
And u continue do good to others..

Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan Al Mubarak....

Sesungguhnya ia kembali lagi. Syukur alhamdulilah atas kesempatan lagi ditemukan dgn bulan yang mulia ini. Selesai sudah sehari berpuasa pada hari ini. 30 hari lagi hari merdeka. Entahkan sempat entah kan tidak..entahkan bahagia dan gembira atau sebaliknya.

Namun bukan itu gusaran utama kerana kita hidup untuk hari ini dan untuk hari ini ku mohon cahaya itu ...Nur itu.. mohon disegenap jasad dan rohani ku..di dalam ku...mohon nur itu di luar ku...di hadapan ku..di belakang ku...di atas ku dan di bawah ku...di qalbu ku dan di lisan ku....

Dikesempatan ini jua ku mohon agar diri ini menjalani pembersihan dan penyucian sesuci sucinya... kikiskan lah tiap debu hitam yang meliputi hati ku, minda ku, jasad ku, dan seluruh aura ku yang menjadi punca segala amarah dan engkar padaMu Ya Tuhan ku....

Dan ku mohon jua Nur itu pada seluruh ahli keluarga ku terutama pada kedua org tua ku yg ku cinta... pada guru dan rakan taulan...

Moga setiap detik tercipta pada saat bergerak tercipta hikmah dan baraqah....

Semoga alam ini aman dan damai selamanya...

Dan berilah kekuatan pada kami ini bagi menyempurnakan tugasan kami sesempurnanya...

Wahai Tuhan kami...kami amat berterima kasih atas kasih dan sayang Mu ini... syukur atas kehadiran Ramadhan ini buat kami....syukur atas peluang ini....syukur.....

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua!!!

Friday 29 July 2011

Cerita Bola...

Salam Akhir Syaaban buat semua...

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini stadium Bukit Jalil dibanjiri oleh penyokong-penyokong tegar skuad bolasepak kebangsaan yang menyaksikan perlawanan demi perlawanan. Jika minggu lepas beraksi dengan pemain international seperti Arsenal, Liverpool dan Chelsea.. minggu ni pula pusingan kelayakan piala dunia berentap dengan Singapura.

Rumahku hanya sepelaunglah bak kata orang dari stadium, jadi selalunya bila time bola ni riuh rendahlah dan bersesaklah jalan raya tutup sana sini sampai nak balik rumah sendiri pun kena buat pusingan jauh dari biasa.

Jika dahulunya nak dapat penuh stadium pun susahtapi sekarang, dari awal pagi lagi org ramai dah mula bertamu di hadapan stadium. Ada yang dtg dgn muka bercat , ada yang dtg dgn fesyen yang macam-macam ada. Soalnya kenapa sukan bola kini menarik di tonton. Menarik kerana aksi, menarik kerana seolah ada sikit kebangkitan berbanding beberapa tahun lepas sejak zaman kegemilangan bola arwah Mokhtar Dahari.

Kalau dilihat dari sejarah, ramai yang gerun dgn arwah di padang. Bukan sahaja pemain Malaysia malah pemain dari pasukan luar negara terutama Asia juga gerun dengan beliau. Ini kerana semangat permainan bola yang dipamerkan begitu berdaya juang yang tinggi. Semangat ini sebenarnya amat berbeza dengan semangat yang hangat2 tahi ayam kerana biasanya org yang mempunyai semangat ini adalah yang mencintai sukan itu sendiri, yang bermain dari dalam, yang meNGUASAI DIRInya sendiri.

Bagaimana mahu bermain atau apa pekerjaan sekalipun jika anda tidak kuasai diri sendiri? Sebaiknya para pemain boleh ditambahkan ilmu pada mereka selain aktif di padang, harus juga balance dengan kerohanian dalaman yang tinggi. Suka saya dengar ulasan dari pengulas sukan mengatakan, bahawa pemain harus percaya pada diri sendiri bahawa mereka boleh. Mereka harus percaya pada diri sendiri sahaja dan bukannya orang lain.

Pada pendapat saya , selain latihan fizikal seperti latihan ketenteraan dan juga latihan larian pecut seperti jaguh pecut 100m yang harus diajar pada para pemain (agar lebih fit dan mental lebih kental utk berjuang) harus juga diajar tentang bagaimana cara-cara untuk visualisation, membuat teknik kuasai minda , satu force yang dahsyat dari dalam utk memulakan dan menguasai permainan. Kalau dapat belajar Reiki lagi baguslah , senang untuk projekan energi secara berkumpulan dan healing pada mereka yg semangatnya lemah dan patah sebelum atau ketika bermain.

Saya faham akan perasaan ketika bermain di padang, dahulunya saya juga aktif, mewakili negeri sahaja tidaklah sampai mewakili negara, mungkin sebab saya tidak meneruskan agaknya haha. Bagaimana rasa jaguh apabila menang, dan bagaimana rasa kecewa ketika kalah. Dahulu juga saya tidak tahu akan rahsia penguasaan diri sebegini. Rupanya rasa sewaktu bermain, pemikiran haruslah lebih kreatif, bijak membuat keputusan akan tindakan, dan yang paling penting redha akan setiap langkah yang dibuat. Maka dengan itu , barulah dapat memahami konsep menang kalah adalah adat permainan dan setiap kekalahan pastinya akan membuahkan lagi kecermerlangan permainan berikutnya.

Biasanya teknik ini yang dikuasai oleh pemain-pemain dari Korea, Jepun dan China. Kenapa mereka bertahan dan semakin bersemangat hingga ke minit-minit akhir? Kerana mereka tidak kalah pada nombor jaringan, mereka tidak kalah pada penampilan luaran.Mereka percaya pada diri sendiri dan berjuang dan terus memberi yang terbaik. Jika itu sudah diberi dan tetap kalah maka, tidak harus ada kecewa dan tidak harus menangis duka.

Come on Harimau Malaya. Masih banyak masa yang ada untuk terus memperbaiki dari segala segi. Marilah belajar Reiki dan kuasai energi diri! :)

Sunday 24 July 2011

Ku Punya Mimpi



Ku punya mimpi
Ku ingin mengecap mimpi
Ku mau terus mimpi
Pada jalan mimpi
Ku punya mimpi
Mimpi bukan ku punya
Ku percaya
Ku punya mimpi
Ku mengecap mimpi
Ku punya mimpi
Ku mahu mimpi
Ku lagukan mimpi
Ku bermimpi

Wednesday 13 July 2011

Andai dapat ku....

Salam...

Siang tadi saya didatangi oleh client yang bukan berbangsa melayu. Masih terbayang-bayang lagi keadaannya yang agak kurang tenang dan bernafas turun naik dgn cepat. Setelah menjalani terapi Reiki, beliau lebih tenang..wajah bertambah merah dan hidup..nafas tidak sekencang tadi.

Beliau sudah boleh tersenyum dan dgn tenang mula meluahkan isi hati akan permasalahannya. Dari pengamatan saya, beliau sememangya memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberi kata-kata semangat pada beliau untuk lebih yakin dan ceria.

Dalam hati kecil saya berkata-kata... siapalah aku ini untuk seseorang yang seumur hidup ini tak pernah bersua tiba-tiba datang dan dapat meluahkan segala yang terbuku didada... ada sebak di wajahnya..ada duka yang terselindung dan ada senyuman menghela kelegaan.

Begitulah serba sedikit rutin dan tanggungjawab saya bersama client.. harus lebih positif...harus lebih kuat...harus tahu apa perkataan yang patut dan sesuai untuk dilontarkan..dan harus dapat memahami emosi yang ada pada masa itu..

Sesungguhnya saya juga manusia biasa dan adakalanya saya juga akan berada dalam keadaan emosi yang di bawah , namun saya akan cuba dan harus bangun dan memastikan kestabilan diri terus terjaga. Ya, ianya tidak mudah namun ini jalan yang saya pilih..

Saya selalu berdoa , kiranya dengan sumbangan kecil ini dapat saya bantu ramai di luar sana, maka dipermudahkanlah bagi saya untuk terus menyusuri jalan ini...cabaran ini..tanggungjawab ini...

Tidak kira apa bangsa, agama mahupun latarbelakang, jika Dia mengkehendakkan saya membantu mereka, maka saya harus akur... saya harus jujur.. saya harus lakukan...

Namun hati saya amat sedih akan peristiwa beberapa hari lepas yang mana kita dapat lihat ramai yang berkumpul dan terutamanya bangsa melayu sendiri, di atas jalanan, berjihad untuk keadilan dan tuntutan... siapakah yang harus dipersalahkan itu? mengapakah ini harus berlaku? manakah kedaulatan undang-undang yang kita tegar dlm prinsip rukun negara? kepercaayaan kepada raja dan negara? ke manahkah menghilangnya? Sedih dan amat sedih peristiwa ini terjadi lagi....

Andai saya dapat merawat keadaan ini... andainya...  :(

Thursday 7 July 2011

Penyerahan

Salam... ingin saya sambung coretan saya mengenai kehidupan..yang mungkin sedikit sebanyak boleh dibuat renungan buat semua..paling tidak, bekalan dan peringatan untuk diri sendiri.

Bercakap tentang kesempitan hidup, masalah dan pelbagai situasi menghimpit diri, sekarang ini seolah keadaan ekonomi bukan sahaja menghimpit dan merunsingkan individu, ekonomi juga sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan dan pembangunan sesebuah syarikat akibat kurangnya projek2 yang baru, akibat ekonomi sejagat dan pelbagai lagi. Apatah lagi kita yang kecil ini untuk survive dan hidup bersama keluarga. Makan ..pakai dan sebagainya... Adakalanya tak tertahan dan tak terbendung adanya.

Apa yang harus kita buat? Jika hari ini hanya ada RM10 dalam beg duit kita untuk meneruskan hidup sebulan? Jika hari ini byk pihak datang menagih hutang dari kita? Jika hari ini pelbagai usaha dah dibuat namun semua masih sia-sia? Dan jika hari ini ada pula pihak yang datang meminta pertolongan dan sungguh tak sampai hati melihat keadaan mereka yang lebih teruk dari kita namun kita tak berdaya.

Namun apakah itu sahaja yang mampu kita buat ? Bagaimana dgn masalah kita? Apa kita harus lakukan ni??

Pertama sekali, kita acknowledge bahawa , ya kita mmg ada masalah sekarang ini. So what? Sedih? mmg kita terganggu tapi kita mahu elakkan itu dari berterusan mengganggu kita. Sebaiknya kita jangan buat apa-apa. Bertenang. Bernafas dengan tenang dan rehat. Rehatkan minda.

Inilah masanya kita hanya bertumpu padaNya... hanya Dia saja boleh mendatangkan miracle atau magik pada ini. Inilah masanya untuk kita benar-benar membuat penyerahan sebulatnya tanpa ragu tanpa kecewa tanpa risau kerana Dia itu Maha Segalanya...hanya kita yang sering lupa..sering ragu akan kekuasaanNYA.

Bertenang dan berdoalah. Berkata-katalah padaNya. Hidup masih perlu diteruskan oleh itu teruskan dengan penuh semangat dgn yakin dan tawakal bahawa pertolongan segera akan pasti ada. Percayalah!
Kalau hari ini anda hanya ada rm10, anda yakinlah esok anda akan ada rm100 jika itu yang anda perlukan!
Yakinlah bahawa pertolongan dariNYA akan datang dari pelbagai cara, sudut dan dari mereka yang anda tak terfikir pun. Anda perlu terbuka untuk menerimanya sahaja.

Mintalah padaNya... hanya Dia yang Mampu...hanya Dia yang Layak...hanya Dia yang Ada...

Rendahkan diri, bangunlah di tengah malam untuk extra homework. Berdoalah padaNya...ceritakan semua masalah anda. Kemudian usah gusar dan rasa gelisah. Usahlah anda tidak percaya pada doa anda sendiri. Usahlah anda ragu pada Tuhan anda Yang Maha Kaya.

Mintalah, untuk dikurniakan cahaya pada lisan , pada pandangan, pada hati, cahaya di dalam dan diluar, cahaya di sekeliling ....cahaya untuk menerangi jalan menujuNya. Kerana cahaya itulah Nur QasehNya...

Mintalah dan mintalah... Biar merengek bagai anak kecil, biar seperti si pengemis di jalanan... kerana hanya ada kamu dan Dia.

Berserahlah dgn benar-benar penyerahan tanpa sekelumit kerisauan , kemarahan, atau lain-lain rasa yang bisa merosakan penyerahanmu. Yakin dgn sebenar-benar yakin... sayang dgn sebenar-benar sayang....

Nescaya jika anda dapat lakukan ini, anda akan lalui kesusahan anda dgn jayanya.. dgn penuh kerohanian.. dgn penuh kejiwaan... dan barulah anda dapat nikmati musibah itu tidak sepahit yang disangka.

Jika sebenar-benar penyerahan.. maka sebut saja nama Dia akan buatkan anda sebak..  buatkan airmata bergenang tanpa bisa melakukan apa-apa...bolehkah kita? bolehkah kita dengan hanya melihat wafak namaNya, dgn hanya mendengar namaNya ..merasa sebak dan mengalirkan air mata? RahmatNya amat luas.. mengatasi kemurkaanNya.. kembalilah padaNya...

Wednesday 6 July 2011

Laluan Ini

Salam damai buat semua..

Bagaimana kadangkala ingin saya ceritakan sesuatu yang saya rasa tapi tiada cara ..tiada perkataan mahupun ayat sesuai mencorakan rasa itu..lalu hanya ada coretan sedaya upaya saya moga anda mengerti..

Di laluan ini, adakalanya kita didatangi dengan ketika atau peristiwa atau perkara yang kita tak jangka.. kita ada pilihan.. kita terus lalu pada laluan itu.... atau kita buat pusingan ke laluan lain atau berpatah semula...

Andai kita terus lalu, ada masanya laluan tidak selalu rata, ada liku dan ada bonggol..memenatkan ..meletihkan.... kita mahu terus lalu atau kita mula merapu?

Andai kita laluinya juga... maka nescaya kita sampai... maka kelegaan setelah satu laluan itu amat lebih ketara rasanya.. dan minda mula menilai semula dari permulaan.. oh rupanya itu.. rupanya ini...

Ya kita masih penat... namun senyuman mula terukir... kerana laluan ini yang mula anda pilih dan laluan ini yang mula detik rasa bergetar... dan pastinya sesuatu untuk anda di laluan ini...

Andai kita berpatah arah atau memilih laluan lain? 

Lencongan kan membawa pada detik yang getarannya berbeza..untuk anda kembali menilai pilihan..kembali mendengar pada getarannya..andai anda tidak menewaskan, anda akan tewas..

Saturday 2 July 2011

Sedetik Doa...

Buat seorang kenalan...saudara..umpama sedarah ...
Moga dikau tabah atas segala ujian menimpa diri mu..
Moga dikau dibekalkan ketebalan cahaya dari dalam dan di sekeliling mu
Moga cahaya menyuluh jalan yang terbaik buat mu dan dia dari Nya...
Setiap yang berlaku ada penyebabnya
Tiap penyebab ada musababnya
Teruskan menggali tanpa jemu
Terus perjalanan mu dgn semangat jitu
Walau diri mu berada nun jauh di bawah sana
Walau kadangkala rasa dihina..dicerca...ditertawa
Walau kau hilang segala..
Pun kau teruskanlah langkah mu
Dengan menelan dan mengunyah tiap satunya
Tanpa dendam atau bisa
Kau lepaskanlah semua...
Aku bangga ada sebak jua
Dengan iman di dada..dgn fikiran di minda
Muhasabahlah di tiap detik laku
Berkata-katalah dan terus berkata
Biar secara bisu.. biar Dia tahu
Aku di sini sentiasa menadah dua telapak yang ada
Untuk mu kutitipkan doa
Agar sinar bahagia sejati menjelma
Buat mu... buatnya.. buat ku... buat dia...buat mereka...
Dari Nya....

Wednesday 15 June 2011

Resonant Hidup

Benarlah kata orang 'jauh perjalanan luas pengalaman!'. 'Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China'.

Setelah meneliti perjalanan demi perjalanan, dalam dan luar negara.. walaupun tidaklah sekerap mana namun banyak sangat yang dapat disimpulkan. Pengalaman dan pemahaman amat berharga dan membuatkan minda lebih terbuka dan pemikiran lebih luas dan berbeza dari sebelumnya.

Dalam hidup ini yang penting bagaimana membawa atau menerajui diri kita terdiri dari tubuh fizikal dan kerohanian (roh) yang merangkumi minda, emosi dan keimanan (kepercayaan/pegangan). Kedua elemen ini harus harmoni , harus seimbang dan harus memenuhi fungsi yang telah ditetapkan bagi melengkapkan hayat. Seluruhnya bertanggungjawab pada Maha Pencipta. Segalanya berkisar tentang Maha Pencipta.


Apa yang berlaku di sekeliling kita umpama satu resonant yang berlaku pada masa itu, kemudian berlaku lagi resonant tersebut yang mempunyai makna masing-masing pada setiap resonant yang berbeza antara satu sama lain. Mempunyai episod tersendiri ekoran dari resonant sebelumnya. Punya bentuk cerita individual.

Apa yang saya cuba maksudkan bahawa, tiap detik ada sesuatu berlaku, tiap detik lain, sesuatu lain berlaku dan prosesnya berulang-ulang hinggalah usia kita dan semesta ke hujungnya. Maksudnya tiap saat dan ketika akan pasti ada sejarah yang diukir, akan ada momen atau peristiwa gembira dan akan juga berlaku kejadian sedih dan menyayat hati, contohnya kematian, perpisahan dan kegagalan.

Oleh sebab ini, jika kita ada peluang dan potensi hebat dalam sesuatu pada masa tertentu, sebolehnya cuba untuk kita penuhi peluang pada masa itu. Namun jika kita gagal, usah terlalu gusar, maka tunggulah pada kitaran peluang itu berlaku lagi walaupun mungkin agak berbeza kondisinya.

Begitu juga jika kita kecewa, bersedih atas apa saja sebab musabab, usahlah terlalu berputus asa dan berduka lara yang berpanjangan. Tidak akan kemana kalau kita asyik mengenang nasib lara, kerana fasa ini juga akan berlalu dan anda akan kembali bertemu kitaran gembira meninggalkan episod duka anda.

Jika kita jatuh, perlahan-lahan kita cuba untuk bangun semula. Jika kita masih di belakang, perlahan-lahan kita cuba mendepankan diri. Sekuat mana hati meronta, sekuat mana minda cuba memikirkan jawabnya, sesakit mana hati terluka, tiada apa pun yang boleh merubah kitaran yang telah berlaku.

Kita adalah hamba, yang meniti proses kehidupan, bernafas dengan udara yang sama, lalu terimalah segala kejadian dengan redha dan moderasi, tidak terlalu terlampau atau terjurus. Mulakan dengan bersyukur atas kehadiran nafas pada hari baru, minda sentiasa positif pada masa kini dan kehendak diri, perasaan sentiasa senyum dan hati yang sering bertasbih.

Andai anda faham, andai anda renungkan, andai anda ikut diam, andai anda hembuskan, andai anda rasa... kitakan bertemu pada titik itu.....


Salam damai dan sayang buat semua....

Saturday 28 May 2011

Mendamai Kerja

Salam.
Kerja. Kerja. Kerja.. hmm mungkin ramai yang sering mendengar keluhan seperti ini..dan acapkali digunakan juga dalam lagu-lagu nyanyian artis-artis kita.

Ada yang rajin berkerja sampai malam pun masih gigih berkerja. Tak kurang jugak yang malas berkerja dan mengharap belas kasihan dan bantuan sepanjang zaman.

Ada yang terlalu sayang akan pekerjaan yang dilakukan hingga dicurahkan segala keringat, minat, pengetahuan, usaha, doa dan segalanya bagi menjayakan kerja yang dipertanggungjawabkan. Ada bermacam-macam kerja dan bermacam bidang pekerjaan yang boleh kita lakukan.

Namun apakah kita melakukan kerja yang sama? Kenapa perlu ada pilihan antara kita? Dan adakala berlaku pertembungan ego dan kemanusiaan dalam kita mendalami perkerjaan hingga tidak sedar ada hati yang terasa, terguris dan terkecewa seolah dipersenda.

Sering berlaku persendaan pekerjaan seseorang oleh seseorang mungkin kerana merasakan apa yang dilakukan lebih hebat, lebih gah dan lebih berhasil. Namun kita sendiri tak pernah nak mendalami sesuatu pekerjaan selain apa yang sering kita lakukan. Kita kadangnya rasa apa yang lain buat tu tak menarik dan kita tak mungkin dapat lakukannya walaupun pekerjaan itu mungkin pada peringkat agak profesional. Kalau pekerjaan yang bertaraf buruh apatah lagi , bermacam rasa yang keluar.

Sesungguhnya kita harus senantiasa hormat dan akur dengan tiap apa yang seseorang itu lakukan kerana sesungguhnya kita tiada ilmu dalam pekerjaan mereka dan mana mungkin kita dapat memahami apatah lagi merasai nikmat kerja itu.

Baru-baru ini saya sendiri bertemu dengan agen insuran saya dan entah bagaimana saya rajin untuk berbual dengan beliau akan selok belok perkerjaannya. Kalau dahulunya pandangan saya tentang bidang ini agak sempit dan cetek sekali. Namun setelah mendengar dari mulutnya, saya rasakan agak 'cool' di situ. Sesiapa saja boleh lakukan dan cemerlang andai anda mahu berbuat demikian dan andai anda mahu menjadikannya pekerjaan yang menarik!

Kita harus ingat kini bukan lagi sebab kita buat sesuatu itu kerana jurusan pelajaran yang telah kita ambik dahulu yang menjerumuskan bidang pekerjaan kita sekarang. Kini adalah berkisar tentang pilihan kita dan amat penting untuk kita tahu apa yang kita mahu. Andai itu dapat kita kenalpasti maka jalan mana yang dipilih akan kekal damai. Carilah sesuatu yang anda suka lakukan dan dari situ usahalah sejujur dan gigihnya bagi mendamai kerja dan hati anda!

Mudah dan tidak memeningkan. Apa saja pekerjaan kita, sentiasa redha, tawakal, usaha dan terus usaha untuk menaikan ke tahap yang lebih tinggi hingga sampai matlamat. Cepat atau lambat adalah bukan di tangan kita. Oleh itu bergembiralah dikau wahai golongan yang berkerja moga segala rezeki mendapat keberkatanNYA.



- Moga masih belum terlambat untuk mengucapkan Selama Hari Buruh! :)

Tuesday 3 May 2011

Aku dan Alam

Untuk hari ini,
 ku lepaskan segala resah gelisah ku....


Untuk hari ini,
ku lepaskan segala kemarahan ku....


Untuk hari ini,
ku ucap syukur atas segala nikmat dan rahmat Mu....

 

Untuk hari ini,
ku berlaku jujur atas setiap tugasan ku....



Untuk hari ini,
ku berlaku baik pada setiap insan dan makhluk....
-----------------------------------------------------------------------------


Sesuci dan sejernih air yang mengalir,
alirkanlah pada ku tenaga yang positif lagi memulihkan...
Sesungguhnya aku akur akan tiap kejadian...
Akan tiap kuasa yang dititipkan.....


Seindah sejuta permandangan... hati tetap pesona...
Keindahan tiada mungkin dijadikan oleh tangan-tangan yang sering membinasakan..
Kuasa hanya pada Yang Menjadikan....

Sebening senja menuju warna dasar ....
Sesyahdu detik dalam kalbu...
Tuju ku hanya pada Satu...
Sambutlah dengan Kasih dan Rahmat Mu....





Friday 15 April 2011

The New Look!

Salam ceria dan salam sihat buat semua!

Berikut adalah hasil ubahsuai sikit-sikit pada Bilik Terapi di Bangsar....
Harapnya dapat memberi lebih keselesaan kepada client yang datang untuk mendapatkan terapi...
MARI MARI MARI...SILA JEMPUT DATANG SEMUA.... :)



Warna  biru lembut untuk lebih tenang dan membantu dalam terapi.

Tuesday 12 April 2011

Papan Visi: Selangkah Di Benua Eropah...

Salam penuh kesyukuran ke atas limpah rahmat dan kurniaNya. Pertamanya atas segala yang dinikmati oleh hari ini... syukur atas usia, nafas, rasa, bahagia, pahit, segalanya... Syukur juga atas beberapa agenda yang telah terlaksana dengan penuh hikmahnya. Jua turut mensyukuri kepulangan sifu saya dari tanah suci...alhamdulilah.

Awal tahun lalu saya telah membayangkan bahawa akan lebih banyak merantau dan tidak berada di rumah kerana andaian saya bahawa kerja akan membawa melangkah sini dan sana. Namun bukan atas dasar kerja sahaja , rupanya percutian jugak akan membawa saya ke tempat-tempat yang saya tidak sangka langsung akan menjejakkan kaki dalam waktu singkat di tahun 2011 ini.Syukur alhamdulilah.

Baru-baru ini saya telah bercuti dan membawa ibu tercinta bersama ke benua Eropah. Alhamdulilah rezeki  kami sampai ke sana. Seketika saya teringatkan akan sesuatu. Tentang vision board saya yang saya buat di awal tahun.. satu utk urusan kerja dan syarikat, satu lagi untuk peribadi. Dan bercuti di Eropah ni termasuklah dlm perancangan kehendak hati saya bersama perancangan yang lain-lainnya.



Vision Board saya  :)

Alhamdulilah kini tiap kali saya melihatnya saya akan terus tersenyum dan berdoa agar lain2 hajat saya tercapai. 

 Naik Gondola di Venice

 Di hadapan Leeds Castle

 Di kota London

 Rome

 Stonehenge

Paris

Thursday 10 March 2011

Coratan sahaja

Salam buat semua... wah pantas masa dan detik berlalu.. sudah sepurnama lamanya tidak bertinta di sini..sudah ku bilang tahun ini agak kecapekan berkerpergian ke sana dan ke mari...sudah seminggu di perantauan dan menghitung hari untuk kembali ..dan kemudian akan kepergian lagi...(apasal lak bahasa seberang ni,.. hehe)

Dalam kesibukan melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan pelbagai yang saya alami dan buat menambah ilmu di dada...walau ke mana saya pergi, walau di mana saya lihat... semuanya sama.. semuanya cukup haul aturannya.. cuma kita saja tak menyedari.. resah gelisah akan ketakpastian..sedangkan semuanya suatu yang pasti..  acapkali terjadi atas kebetulan yang mungkin hanya pada permainan fikiran...

Di mana saja, ada cinta...walau di mana kita ada dengki... ada suka... kehendak... ada duka dan ada keterharuan... rasa sama..riak sama.... ada menang dan ada kerugian...

Usah terlalu duka andai diri dikecewa..usah terlalu leka anda gembira membuak di dada...tenangkan jiwa, syukuri atas segalanya... kepayahan dan detik sukar kan berlalu jua.. apa yang penting ketabahan, kecekalan dan ketakwaan padaNya...

Saya masih di perantauan sudah hampir minggu kedua.. insyaallah esok akan kepulangan ke kota..ku jalani tanpa kuragui..ku percaya dgn apa yg ku rasa... ku yakin atas sgala kebaikan dan batilnya..

Kan temu jua pada hulunya...

Monday 14 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Rabiul Awal.. Salam Kelahiran.. jua Salam Kewafatan...

Bila tiba hari ini pasti masjid-masjid dan surau-surau mengadakan ceramah dan tazkirah bagi mengenangkan satu-satunya manusia agung yang pernah hadir di dunia ini. Dunia yang sama kita bernafas..dunia yang sama kita mencari rezeki...dunia yang sama kita memohon segala keberkatan...

Namun pastinya suasana agak berbeda..pastinya dugaan dan cobaan terlalu jauh lebih hebat dari kita yang begitu tipis keimanan dan sering mengeluh dgn ujian kecil. Manusia agung ini terlalu banyak kecintaannya..terlalu banyak jasa dan keringatnya.... tercurah untuk kita...untuk umatnya... hingga saat kematian masih lagi memikirkan nasib umatnya.

Amat hiba sekali tatkala membaca dan mengenang saat kewafatannya... hingga beberapa kali diulang dengari kisah itu masih jua tersentuh di hati. Apakah agaknya rasa dan gelora di hati mereka yang bersamanya ketika itu? Abu Bakar teman setia..Fatimah anak tersayang... dan lain-lain yang hadir.. sudah pasti menuntun jiwa saat melihat keberangkatan kembalinya baginda kepadaNya... kepada kekasih yang Maha Pengasih... Maha Hebat...lalu apa untungnya kita menunjuk2 kehebatan cinta sesama kita hanya sekadar membeli bunga ros yang mahal harganya dan merelakan diri menjadi ikut-ikutan budaya asing... dapatkah kita menandingi kasihnya Rasullullah S.A.W.?

Mengenang kelahiran...terlalu banyak untuk disyukurkan...mengenang kewafatan...sungguh pilu dan sebak hati ini...Keberangkatan baginda sudah pasti ada tempatnya... keberangkatan kita nanti? bagaimana? di mana tempat kita? cukupkah kasih kita mengasihi untuk menerima kasih?

Apapun, di hari mulia dan diraikan ini...bersamalah terus memanjatkan kesyukuran dan memberi puji-pujian pada yang diraikan... Moga kita semua senantiasa diberkati dan dirahmati dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.

Wednesday 9 February 2011

Terima Kasih Ku

Syukur ku ke hadrat Nya.. atas segala yang aku alami, atas segala yang aku rasai, atas segala yang aku dengari dan atas segala-galanya. Mungkin tidak cukup detik dan masa sehari,  untuk aku terus mensyukuri kerana segala nikmat, segala yang tersedia, tiada galang lawannya. Namun keterbatasan diri, atas dasar manusia alpa, adakalanya detik dan masa sehari terbuang begitu saja tanpa rasa syukur, tanpa rasa terhubung...

Hari ini ingin ku luahkan rasa syukur ku terutamanya kerana dikurniakan sahabat si sekeliling ku yang rata2nya cukup istimewa..cukup hebat.. lantaran aku sedikit malu kiranya tingkah diri tidak cukup untuk menyaingi dan tidak cukup untuk memberi semula atas kehebatan mereka ini.

Sesungguhnya kita tidak tahu erti sebuah persahabatan tanpa ada acara yang mencuit hati dan ingatan. Kita tidak akan tahu erti budi seorang sahabat kiranya kita tidak menerima budi itu sendiri... namun apakah harus kita menunggu untuk mendapat budi untuk diberi budi itu? Apakah sememangnya kita layak menerima segala kebaikan ini atas apa yang kita lakukan seharian? Pertanyaan demi pertanyaan.. sungguh kasih sayangNya melampaui segala.

Yang ku pelajari.. hati budi seseorang itu adakalanya boleh melampaui jangkaan diri sendiri.. hingga terfana rasanya diri ini atas segala pengorbanan, atas segala kesanggupan seseorang boleh lakukan atas insan lain hanya atas nama sebuah persahabatan dan kepercayaan. Rasa melimpah segala kasihNya melaluinya... rasa kerdil atas limpahan budinya... rasa acara ini tidak harus dipersia..kepercayaan harus dijayakan dan dilaksana sempurna.. kini kekuatan harus membentengi diri.. untuk menerus acara dari limpahan dia untuk terus mara..

Dia beri melalui dia... Dia menampakkan aku menerusi dia.. aku longlai cuba membendung rasa.. apalagi alasan ku..apalagi daya ku.. Dia Maha Hebat... dia ku hormat... ku muliakan di mata ini... dia ada istimewanya.... Ku terus mensyukuri.. ku mohon agar tiada tersasar diri ...

Syukur padaMu... terima kasih ku padanya....

Monday 31 January 2011

Reiki

Salam.

Sejak awal tahun, lama pulak rasanya tak menulis di sini. Saya perasan ramai yang melawat blog ini  pada artikel majalah MIDI. Artikel yang berkenaan dgn terapi Reiki yang saya tekankan tentang rawatan atau terapi bagi stress. Atau mungkinkah saya yang perasan sebab sebenarnya mungkin orang tertarik pada Majalah MIDI itu sendiri hehe.. tak kisahlah apa pun ianya telah menarik mereka untuk singgah sebentar di sini.

Buat yang masih baru atau pertama kali mendengar tentang Reiki, saya ceritakan serba sedikit di sini. Reiki merupakan salah satu cabang dalam terapi komplementari, yang asalnya dipraktikan di Jepun setelah dipercayai ditemui semula oleh Dr.Mikao Usui. Dari Jepun ianya berkembang kemudiannya ke Eropah dan kini hampir seluruh dunia mengetahui dan mengaplikasikan teknik penyembuhan ini.

Reiki itu sendiri bermaksud REI - semulajadi , KI- tenaga (atau chi- dlm bahasa cina, kudrah-dlm Islam, prana - dalam Sanskrit dan sebagainya). Keseluruhan maksud membawa erti Teknik atau Kaedah Terapi Reiki adalah dengan Tenaga Alam Semulajadi.

Kaedah Terapi Reiki adalah mudah dan selamat untuk semua golongan. Ianya secara konsepsual adalah dengan mengalirkan tenaga penyembuhan alam oleh juruterapi Reiki kepada tubuh pesakit. Ini boleh dilakukan dengan cara berbaring, duduk mahupun secara jarak jauh.

Pesakit hanya perlu berbaring atau duduk dengan tenang sambil cuba mengamati tenaga penyembuhan ini. Biasanya juruterapi akan alirkan tenaga penyembuhan ini dengan cara sentuhan tangan iaitu meletakkan tangan kepada posisi-posisi tertentu tubuh selama beberapa minit bagi setiap posisi. Pesakit pada kebiasaannya akan mula merasai kehadiran tenaga ini dengan pelbagai sensasi bergantung pada deria rasa masing-masing. Ada yang merasakan seolah-olah seperti tenaga magnet mengililingi tubuh, ada yang merasakan sedikit kepanasan atau haba pada bahagian-bahagian tertentu, dan ada juga yang dapat merasakan suasana yang sejuk atau dingin pada tubuh mereka. Ini tidak terbatas pada rasa panas sejuk atau seperti magnet sahaja, kerana pelbagai sensasi lain yang pesakit berkemungkinan dapat merasainya atau mungkin juga tidak merasa apa-apa. Namun, jika tidak merasa apa-apa bukanlah bererti sesi tersebut gagal atau tidak ada peyembuhan berlaku, kerana ini semua bergantung pada deria sensasi masing-masing. Tenaga tetap dialirkan sama ada secara anda sedar atau tidak kehadirannya.

Pengaliran tenaga positif ini akan mula bertindak balas dengan sistem tubuh anda, dan mula menghambat atau memecah segala kekangan atau 'blockage' yang ada pada aliran tenaga anda.  Anda akan mula merasa perubahan dari masa ke masa dan sekiranya perlu, ulangan sesi terapi boleh dilakukan untuk pembersihan tubuh atau mempertenagakannya semula dengan lebih efektif.

Penyembuhan juga berlaku pada setiap tingkatan tubuh  merangkumi minda, kerohanian, emosi dan juga fizikal. Seharusnya anda akan lebih positif, lebih bertenaga, lebih tenang, lebih mensyukuri persekitaran anda, lebih fokus, dan pelbagai lagi perubahan positif yang boleh berlaku.

Tempahlah sesi rawatan anda dan rasakan pengalaman Reiki hari ini!

Wednesday 12 January 2011

ceritera 11.1.11

 Alhamdulilah tahun ini bakal menyaksikan perjalanan saya yang akan lebih aktif dan bakal ke sana dan ke mari kerana tuntutan kerja. Kini bersiaran dari Bintulu. Setibanya dari KL smlm, terus kesibukan perlu menyelesaikan beberapa perkara utk agenda lawatan ke tapak bina dari pihak client. Tapak bina adalah beberapa blok tambahan sekolah.

Setibanya ke kawasan sekolah, saya merasa sungguh terpesona dan kagum kerana keperihatinan dan daya usaha dari pihak sekolah sendiri dlm menyediakan persiapan yang sungguh 'grand' bagi saya semata-mata menyambut ketibaan pegawai dari pihak client. Siapa kata seorang guru tidak boleh menyumbang banyak pada bangsa dan negara? Siapa kata pekerjaan seorang guru hanya terbatas di sekolah saja.. saya menyaksikan usaha dari pihak sekolah yang berjaya mengutip dana puluhan ribu ringgit demi menambahbaikkan perkhidmatan sekolah dan keperluan pelajar, saya menyaksikan 'presentation' melalui 'slide' yang begitu hebat mengalahkan seorang pereka grafik.. dan pelbagai lagi usaha-usaha hebat yang dilaksanakan.
Pun begitu , tidak semua pelajar mengalami nasib bertuah seperti sekolah di kawasan bandar. Masih ada sekolah di luar bandar yang memerlukan pihak pelajar dalam usia muda seawal umur 7 tahun untuk tinggal di asrama kerana lokasi dan kekurangan pelajar. Dan saya diberitakan, ada malam-malam yang pihak guru dan murid sama-sama menangis dan bersedih kerana pelajar yang masih muda ini terkenangkan keluarga masing-masing. Bayangkan adik-adik dan anak-anak kita di usia 7 tahun sudah berpisah dan mengharungi hidup berdikari sendirian bersama rakan-rakan. Dan oleh sebab ini juga ramai yang tidak meneruskan pelajaran.. sungguh tersentuh atas cerita yang diberitakan dari guru-guru ini.

Kemudian tiba waktu lawatan dari tetamu VIP yang ditunggu-tunggu. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Semua berpuas hati dan senyum sepanjang waktu itu.. Syukur ke HadratNya....

Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk berangkat ke Kuching. Malangnya diberitakan semua penerbangan dibatalkan akibat airport Kuching ditutup atas sebab berlaku kemalangan, Kapal Terbang Air Asia tergelincir ketika melakukan pendaratan pada malam sebelumnya. Syukur tiada kemalangan jiwa cuma beberapa kes kecederaan ringan sahaja.

Tuesday 4 January 2011

Monolog 2011

Alhamdulillah.. 2010 selamat berlabuh...2011 mula mengangkat sauh ... 'kick off' yang penuh tenaga positif bagi diri ini. Bermula dengan perjalanan pulang ke kampung sambil menyedut udara nyaman dari pokok-pokok dan sawah padi yang menghijau. Bersama hembusan ku cuba untuk mengeluarkan yang batil dan menyedut yang positif , bersih lagi menyegarkan. Moga diri ini men'discharge'kan tenaga yg tidak sihat yang tak diperlukan... semoga diri ini lebih bertenaga dan kekal positif. Semoga kepergian ini tak sia-sia.

Sekembali ke ibu kota, seawal permulaan kalendar Januari.. kalendar bekerja mula berdetik dan terus rancak bergerak. Sederetan senarai kemahuan hati dlm wish list yg ditintakan , begitu jua langkah mula mengorak seiring. Ya Allah moga tahun ini lebih baraqah dan bermakna segala pengisian dan tuturcara. Insyaallah its gonna be a great year yeah! Itu kata hati.

Teruskan percaya itu. Teruskan pencarian itu. Teruskan kesabaran itu. Suatu hari kan dtg pemahaman itu. Rasa itu. Pengalaman itu. Bagai ingin dilaungkan... bagai ingin dicanangkan... agar sama2 dpt beramal bersama ilmu yang ada...apakah mereka mendengar? apakah mereka mahu? apalagi ikhlas hati? Diri kan tetap tekun..janji pada diri.....

2011... salam sayangku..sambut hadir ku...dalam hadir mu...