Friday, 29 July 2011

Cerita Bola...

Salam Akhir Syaaban buat semua...

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini stadium Bukit Jalil dibanjiri oleh penyokong-penyokong tegar skuad bolasepak kebangsaan yang menyaksikan perlawanan demi perlawanan. Jika minggu lepas beraksi dengan pemain international seperti Arsenal, Liverpool dan Chelsea.. minggu ni pula pusingan kelayakan piala dunia berentap dengan Singapura.

Rumahku hanya sepelaunglah bak kata orang dari stadium, jadi selalunya bila time bola ni riuh rendahlah dan bersesaklah jalan raya tutup sana sini sampai nak balik rumah sendiri pun kena buat pusingan jauh dari biasa.

Jika dahulunya nak dapat penuh stadium pun susahtapi sekarang, dari awal pagi lagi org ramai dah mula bertamu di hadapan stadium. Ada yang dtg dgn muka bercat , ada yang dtg dgn fesyen yang macam-macam ada. Soalnya kenapa sukan bola kini menarik di tonton. Menarik kerana aksi, menarik kerana seolah ada sikit kebangkitan berbanding beberapa tahun lepas sejak zaman kegemilangan bola arwah Mokhtar Dahari.

Kalau dilihat dari sejarah, ramai yang gerun dgn arwah di padang. Bukan sahaja pemain Malaysia malah pemain dari pasukan luar negara terutama Asia juga gerun dengan beliau. Ini kerana semangat permainan bola yang dipamerkan begitu berdaya juang yang tinggi. Semangat ini sebenarnya amat berbeza dengan semangat yang hangat2 tahi ayam kerana biasanya org yang mempunyai semangat ini adalah yang mencintai sukan itu sendiri, yang bermain dari dalam, yang meNGUASAI DIRInya sendiri.

Bagaimana mahu bermain atau apa pekerjaan sekalipun jika anda tidak kuasai diri sendiri? Sebaiknya para pemain boleh ditambahkan ilmu pada mereka selain aktif di padang, harus juga balance dengan kerohanian dalaman yang tinggi. Suka saya dengar ulasan dari pengulas sukan mengatakan, bahawa pemain harus percaya pada diri sendiri bahawa mereka boleh. Mereka harus percaya pada diri sendiri sahaja dan bukannya orang lain.

Pada pendapat saya , selain latihan fizikal seperti latihan ketenteraan dan juga latihan larian pecut seperti jaguh pecut 100m yang harus diajar pada para pemain (agar lebih fit dan mental lebih kental utk berjuang) harus juga diajar tentang bagaimana cara-cara untuk visualisation, membuat teknik kuasai minda , satu force yang dahsyat dari dalam utk memulakan dan menguasai permainan. Kalau dapat belajar Reiki lagi baguslah , senang untuk projekan energi secara berkumpulan dan healing pada mereka yg semangatnya lemah dan patah sebelum atau ketika bermain.

Saya faham akan perasaan ketika bermain di padang, dahulunya saya juga aktif, mewakili negeri sahaja tidaklah sampai mewakili negara, mungkin sebab saya tidak meneruskan agaknya haha. Bagaimana rasa jaguh apabila menang, dan bagaimana rasa kecewa ketika kalah. Dahulu juga saya tidak tahu akan rahsia penguasaan diri sebegini. Rupanya rasa sewaktu bermain, pemikiran haruslah lebih kreatif, bijak membuat keputusan akan tindakan, dan yang paling penting redha akan setiap langkah yang dibuat. Maka dengan itu , barulah dapat memahami konsep menang kalah adalah adat permainan dan setiap kekalahan pastinya akan membuahkan lagi kecermerlangan permainan berikutnya.

Biasanya teknik ini yang dikuasai oleh pemain-pemain dari Korea, Jepun dan China. Kenapa mereka bertahan dan semakin bersemangat hingga ke minit-minit akhir? Kerana mereka tidak kalah pada nombor jaringan, mereka tidak kalah pada penampilan luaran.Mereka percaya pada diri sendiri dan berjuang dan terus memberi yang terbaik. Jika itu sudah diberi dan tetap kalah maka, tidak harus ada kecewa dan tidak harus menangis duka.

Come on Harimau Malaya. Masih banyak masa yang ada untuk terus memperbaiki dari segala segi. Marilah belajar Reiki dan kuasai energi diri! :)

No comments: