Thursday 30 December 2010

2011 Goals!!!


Tinggal satu hari lagi kita akan berada di ambang tahun baru. Baru sahaja beberapa hari lalu di bulan sama kita menyambut Maal Hijrah.. kini pastinya ramai telah bersiap sedia dengan keazaman dan niat baru sempena menempuh tahun yang bakal menjelang tiba.

Bagi yang belum, masih belum terlambat untuk anda renungkan sejenak, fikirkan sejenak ... apa yang mahu anda capai dan tempuhi pada 2011 ini. Mungkin ada yang tak berapa nak tahu mcm mana atau apa yang patut di tulis... di sini saya letak sediit panduan , moga-moga dapat sama-sama membantu.

1. Matlamat
- biasanya untuk permulaan perlu disetkan atau ditetapka matlamat apa yang ingin kita capai
- matlamat biasanya secara umum boleh di bahagi kepada kesihatan, kekayaan / kesenangan, dan perhubungan.

Kesihatan : catatkan dari segi kesihatan apa yang ingin anda capai, tentang penyakit yg dihadapi kah, tentang tabiat tertentu kah atau apa saja..

Kekayaan (wealth) : biasanya menceritakan tentang pendapatan (income), hutang, strategi kewangan, kenaikan gaji, bonus dan lain-lain.

Perhubungan : Perhubungan ini harus ditekankan pada diri sendiri dahulu. Hubungan anda dan diri anda. Org yang bagaimana yg anda hendak jadi atau tonjolkan pada tahun hadapan. Seorang yang serius, kelakar, bijaksana atau bagaimana?

Selain dari 3 perkara utama di atas , anda juga boleh menceritakan atau menuli tentang perkara-perkara lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian anda.

1) Kerjaya / Bisnes : mahukan kenaikan pangkat/gaji? target atau matlamat untuk perniagaan anda dan sebagainya.

2) Spiritual /kerohanian : Biasanya org yang tinggi kerohaniannya akan kurang stress dan lebih bahagia. Jadi anda boleh jugak catatkan kemahuan anda untuk jadi insan yang lebih patuh dan taat pada Tuhan dan agama dan sebagainya.

3) Kebajikan : Perlu juga kita sering mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan bantuan dari kita. Oleh itu set kan matlamat anda untuk cuba berbuat sedikit kebajikan (jika banyak lebih baik) untuk kita lebih mensyukuri segala nikmat yang ada.

4) Pengalaman :  Anda boleh jugak tulis mengenai pengalaman bagaimana anda ingin lalui di tahun yang akan datang ini. atau apa perkara yang ingin anda miliki. Pengalaman dari segi berkayak kah. melancong, rock climbing kah, menulis buku atau pelbagai lagi perkara-perkara yang belum anda buat dan rasai pengalaman tersebut. Tulis dan catatkan.

5) Legacy /Kebanggaan :  Anda mahu orang ingati anda bagaimana? seorang yang dermawan kah? pemarah kah? Aktif dalam kebajikan kah atau bagaimana? Nyatakan dan letakkan ia sbg salah satu matlamat anda.

Faktor Penting:
1) Sistem Kepercayaan & Habit
   - anda perlu percaya pada apa yang anda tulis. percaya yang anda berhak untuk mendapatkan semua itu dan anda perlu bersedia untuk menerimanya pada bila-bila masa sahaja.

2) Tarikh Penentu
    - anda boleh gariskan tarikh tertentu untuk anda menerima perkara tersebut berlaku. Namun anda perlu berlaku adil pada diri sendiri. Jika pada tarikh pertama tidak dpt mencapai, gariskan untuk tarikh ke dua dan ketiga. Cuba untuk mencapai target anda pada tarikh2 yang telah anda tentukan. Apabila anda berjaya, anda akan rasa hebat sekali. Hebatkan bial menjadi seorang juara? Anda juara bila anda dpt mencapai target pada tarikh yang anda sendiri tetapkan!

3) Strategi & taktik
   - setelah meletakan target dan sasaran, berusahalah dgn cara yang dpt mendorong anda mendapatkannya. Anda tidak bolehlah lalai dan menyerahkan pada takdir semata. Walau pun sedikit, pastikan usaha anda itu mendekati matlamat anda tiap hari. Yang penting anda buat, daripada langsung tidak peduli.

Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk mencapai matlamat dan hajat masing-masing dalam menempuh tahun baru yang pastinya menjanjikan pelbagai pengalaman.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 !!!!

Friday 17 December 2010

Magika 10

Salam Asyura .. semalam asyura datang lagi .. pelbagai fakta dan sejarah boleh kita hayati mengenai kehadiran dan kemuliaan asyura itu sendiri. Ada yang kata bidaah, ada yang kata ikutan syiah. Apa pun , jika pengisiannya penuh dengan aktiviti keagamaan, kerohanian, keinsafan, dan ke arah memperbaiki diri, bukankah sewajarnya kita harus bersyukur menkmati dan menghayatinya... Bukan ikutan yang perlu kita pertikaikan.. tapi pengisian dalam mengajak semua ke arah Nya... lebih mendekatiNya.. berbanding perkara-perkara lagho lain yang bebas lepas berleluasa di hadapan mata.

Masyarakat kita mmg telah terdidik untuk sensitif pada perkara yang boleh memesongkan aqidah dan memporakan pegangan. Namun suasana ini mungkin boleh lebih diperbaiki dengan lebih menterjemah ketakbolehan akan sesuatu.. larangan dan ikutan yang memungkinkan kemungkaran..ilmu adn cahaya adalah perlu dlm setiap yang diusahakan dan bagi masyarakat sendiri perlu lebih mencari ilmu itu daripada hanya duduk diam memerhati dan melatah.

Apa pun antara kebaikan , antara perkara , antara sejarah yang dikatakan terbit pada Asyura ini ialah :
Hari pertama Allah menciptakan alam.


Petikan dari blog : http://mastershifoo.wordpress.com/

TANPA ALAM.. TIADALAH “PENGHUNI ALAM”


Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


TANPA RAHMAT.. TIADALAH “RAHMATAN LIL ALLAMIN”


Hari pertama Allah menurunkan hujan.


TIADA HUJAN.. TIADALAH KITARAN KEHIDUPAN ALAM


Allah menjadikan ‘Arasy.


TIADA ARASY.. TIADALAH LANGIT DUNIA YANG MELINDUNGI


Nabi Adam a.s. dicipta.


TIADA ADAM… TIADALAH “KETURUNAN ADAM”… yakni MANUSIA!!!


Allah menjadikan Luh Mahfuz.


Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Dan pelbagai lagi keajaiban yang boleh kita hayati....


Namun bagi aku sendiri, kehadiran10Muharram semalam dgn suasana cuaca yang cool, tenang , sejuk seharian, amatlah penuh dgn magiknya tersendiri. Bermula dari malam hari mata ini mmg tidak mau lelap , apatah lagi nyenyak tidur hingga ke pagi. Pagi yang tenang , bermula dgn segala urusan dipemudahkan dan titik tolak itu satu persatu perkhabaran gembira diterima... hingga ke malam yang merungkaikan segala cerita yang kusut selama ini.

Sungguh aku begitu insaf, aku takut dan syukur atas hari yang aku lalui...entah bagaimana aku ingin ungkapkan rasa yg aku rasa semalam.. dan aku nekad utk beberapa perkara yang perlukan perubahan , akan ku ubah serta merta... full stop..tiada lagi alasan utk aku tidak melaksanakannya..telah Dia sentuh, telah Dia tunjuk. telah Dia beri.. apa lagi yang harus aku tidak mahu buat utk Dia... Ampunkanlah segala kelalaian dan kelekaan selama ini... aku ingin hari ini lebih baik dari semlam...dan esok, lebih berkat drpada hari ini...Semoga aku sentiasa dalam kasih sayangNya....

Tuesday 14 December 2010

Kena check & balance

Kadang-kadang saya tak paham dgn sikap atau perangai sesetengah orang yang terlalu sangat suka berkira. Berkira dalam erti kata setiap perkara yang dibuat diambil kisah sgt yang dia buat, dia dapat, yang orang lain buat, org lain punya hal..maksudnya kalau sekali sekala keluar bersama atau buat sesuatu bersama, seolah-olah perlu ada kayu pembaris dan kalkulator untuk mengukur berapa banyak yang dia keluarkan , (tak kira titik peluh usaha atau wang ringgit ), dan berapa banyak yang orang lain keluarkan.

Biasanya orang yang berkira ni kalau boleh nak sama rata dan kadang-kadang mereka jadi bijak dgn seboleh-bolehnya orang lain yang lebih berbanding mereka. Kalau sesama rakan, atau sedara mara , atau adik beradik atau anak sedara dan bapa atau mak sedara, sekali sekala apa salahnya membelanjakan atau memberi sahaja dgn ikhlas, tambahan kalau orang itu byk kekurangannya daripada kita. Kalau sesama rakan, ambiklah giliran kalau kali ni dia belanja, next time kita pulak. Dan tak perlulah benda ni ditegaskan secara lisan pun. Sebagai dewasa yang matang, pandai-pandailah kita meletakan budi bahasa kita di mana.

Fahamilah bahawa alam kita ini ada hukum keseimbangannya,  ada hukum penarikannya... selagi kita ikhlas, selagi kita banyak memberi, insyaallah akan diisi semula ruang kosong yang telah kita keluarkan ke atas orang lain. Hidup ini adalah berkisar tentang keseimbangan. Jika kita terlampau sangat kaya dan sentiasa berada di atas, kenalah sering lihat ke bawah sekali sekala, kenalah selalu bersedekah dan zakat yang disyaratkan kepada kita. Untuk apa semua ini? Untuk mengimbangi semula energi sukses yang telah dianugerahkan kepada kita kerana jika tidak seimbang, salah satu nya terlampau lebih atau terlalu kurang, maka percayalah nescaya ada saja permasalahan yang akan timbul dan tak putus-putus walaupun kita hidup dalam kemewahan. Begitu juga jika kita sentiasa dirudung malang, kena recheck semula apakah yang tidak seimbang dalam perjalanan hidup kita ini.

Namun , walau apa sekalipun langkah kita janganlah sampai memudaratkan diri hingga memberi ruang pihak lain menindas kita. Kalau dah rajin belanja orang sampai ada yang mengambil kesempatan dan menjadikan mereka tidak berlaku adil, maka eloklah kita elakkan. Kena pandailah dalam hidup ini untuk menikmati hidup yang lebih bermakna, bahagia dan diberkati. Kerana ini juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita seharian. Kita akan lebih sihat, lebih tenaga positif dan lebih menjanakan tenaga kejayaan apabila kita dapat mengharmonikan tenaga dalam tubuh kita dgn cara mengimbangi segala perbuatan yang kita zahirkan.

Sentiasalah dalam senyuman dan sentiasalah dalam ketenangan! :)

Monday 6 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432



Tatkala ini ku mengsyukuri segala nikmat Ilahi..
Ku bahagia atas segala kurniaNya..
pun begitu jiwa masih meronta meminta-minta padaNya...
Saat-saat akhir putaran hari menggenapkan tahun hampir tiba
Saat kedatangan detik baru kan menjelma
Ada tanggungan perlu ku bereskan
Ada persoalan perlu ku jawabkan
Pun begitu hati ini lebih cemas menanti jawapanNya
Ku lepas segalanya
Ku tunggu hadirnya
Ku berserah padaNya
Mohon cahaya menerangi laluan ini
Mohon cahaya di kalbu, di hadapan dan dibelakang ku
Mohon cahaya di kiri dan kanan ku
Mohon cahaya pada setiap tutur tingkah ku
Magika itu kan terus sempurna
Indah itu kan terus terasa
Aku masih di sini..

Friday 3 December 2010

Update Wish List!


Kita makin menghampiri penghujung hijrah beberapa hari saja lagi dan pada akhir bulan, penghujung masihi pula.. di penghujung tahun ini pada kebiasaannya aku akan kembali buka buku hajat  (my wish list book).. buku hajat yg sering aku energizekan ..yang aku simpan rapi dalam kotak kayu yg cute.. kini masanya untuk kembali aku buka dan updatekan list baru dalam buku tersebut.

Hmm setelah ku belek-belek , untuk list tahun ini rupanya 3 sudah termakbul , alhamdulilah.. tanpa aku sedari dan tanpa aku merasa tertekan dengan hajat ku ini. Aku mula menulis dan memperkemas kinikan buku ini semula. Semoga akan tergapailah segala impian yang ku sematkan selama ini.

Sebaiknya tulis la hajat apa saja yang anda inginkan tanpa anda sendiri rasa was-was untuk mencapainya. Tak perlulah gusar bagaimana atau logik di mana untuk memperolehinya. Tenaga alam lebih mengetahui... namun jika anda kurang pasti maka mulakan lah dengan hajat yang anda rasa mudah dan yakin akan dapat mencapainya. Ini sebagai latihan untuk anda mengimpikan yang lebih besar, melatih minda anda untuk terbuka dan tidak ada halangan dalam apa saja yang anda hajati. Melatih diri untuk menggetarkan tenaga positif yang sempurna. Percaya dan lihat dalam kepala anda.Insyaallah, segalanya kan kita miliki.

Tuesday 30 November 2010

Happy Birthday Mak!


Hari ini 29/11/10 merupakan ulangtahun kelahiran Puan Fazilliah Binti Ramli...yang juga merupakan insan tercinta yang paling ku sayang. Mak, seorang yang penuh kasih sayang dan cekal hati. Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya hinggakan tumpah dan melimpah pada insan-insan yang hadir dalam hidupnya.. Sejak kecil aku melihat mak membesarkan aku adik beradik dengan tidak pernah sekalipun meninggi suara, apatah lagi merotan atau memukul. Tutur kata yang lembut sering membuatkan ramai yang ingin bermanja dengannya hehe :)

Masa kecil dulu aku masih ingat, kalau bercakap, guna perkataan 'aku' pun dianggap kasar dan pasti kena marah. Apatah lagi kalau nak bercakap yang bukan-bukan seperti kabanyakan budak-budak sekarang yang makin luas tatabahasa walau di usia muda namun yang sedihnya tatabahasa yang kurang enak didengar.

Keramahan mak juga sering mengundang ramai org untuk sering berkunjung dan melawat tak kira di mana saja mak berada. Antara satu lagi tarikan mak ialah masakannya. Pergh! Memang tidak ada tolok bandingnya. Pada ku semuanya sedap-sedap belaka.. masakan yang penuh perasaan, penuh 'hadir' , penuh dgn kerelaan... aku tidak tahu entahkan bila akan menjadi seperti itu.. masak? hmm 'jarang-jarang'..bak kata pak belalang hehe...

Dan aku amat bersyukur di kala ini aku berkesempatan untuk hidup, tinggal bersama mak, menemaninya, berbual dengannya, cuba untuk sentiasa menggembirakan hatinya, menjaganya, cuba membeli apa saja yang dihajatinya malah kadang-kadang tidur dengan mak!!

Tiap hari aku berdoa agar dapat membahagiakan dan menggembirakan mak sehabis daya ku kerana aku tau aku pasti tidak dapat membalas segala jasa dan kebaikannya padaku selama hayat ku walau pun ku lambakkan segunung emas permata maupun wang berjuta.

Mak, ketahui lah, kau amat istimewa dan aku amat menyayangi mu. Selamat Ulangtahun Kelahiran!!!


Tuesday 16 November 2010

Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha buat semua.. semoga segala pengorbanan dan amal ibadat kita diterimaNya dan marilah kita sama-sama berazam bagi yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci agar sama-sama kita diberi peluang menunaikannya. Insyaallah.

Monday 15 November 2010

Saturday 13 November 2010

Ada Aku Kisah

"Eii apasal kau gemuk ah?
Apasal kau belum kawin?
Kau tau si Meon tu kawin dua!
Nak tau , anak si joyah tu SPM tak lulus.. bergaya je lebih..
Senang je si Ani tu naik pangkat..jangan-jangan ada skandal dengan bos tak?
Dll.."

Berikut adalah pernyataan-pernyataan yang rata-rata rasanya biasa kita dengar. Pernyataan yang biasanya mengundang umpat keji dan kemarahan.  Masyarakat kita terlalu banyak sangat membazir masa dengan melihat ke luar tingkap rumah mereka berbanding di dalam rumah sendiri. Persoalannya, 'Ada Aku Kisah?'

Banyak perkara lain boleh dimanfaat berbanding menyibuk hal orang lain. Ketahuilah untuk terus kekal maju jaya harus dari masa ke semasa muhasabah diri , mensyukuri nikmatNya, memperbaiki kelemahan diri, mendoakan tetangga dan taulan, memuliakan orang tua dan pelbagai lagi kebaikan-kebaikan yang boleh dibuat hanya dengan tidak memperkatakan perihal dan membuka pekung orang lain.

Sesungguhnya segalanya adalah ketentuanNya.. jangan sesekali lupa akan setiap yang berlaku itu adalah Qada' dan Qadar Nya... tiap kekurangan, tiap kepincangan, tiap masalah, dan apa saja yang mungkin menjelikkan hati dan mata, ada asbab musababnya yang tidak semua dari kita dapat meneroka ke dalam pengajarannya. Percaya pada KekuasaanNya..Percaya pada aturan susunan kejadianNya.... Jadi, kurangkan kerisauan , kebencian, kekepohan dan pembaziran akan perkara-perkara yang tidak perlu kerana 'Ada Aku Kisah?'..... :)

"Untuk hari ini, aku hilangkan segala kemarahan ku"
"Untuk hari ini, aku hilangkan segala kerisauan ku"
"Untuk hari ini, aku mengucapkan syukur akan segala nikmat dan rahmatNya"
"Untuk hari ini, akan berlaku jujur"
"Untuk hari ini aku akan berbuat baik pada semua makhluk"

Saturday 6 November 2010

Warna-warni Di Sebalik Solat Awal Waktu



Tubuh badan kita bekerja dengan menyerap tenaga daripada gelombang tenaga warna alam. Mungkin ramai yang mengetahui akan spektrum warna-warna pelangi dan dengan pantas sahaja boleh menyatakan warna-warnanya. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana gelombang tenaga ini berguna untuk tubuh badan, minda dan emosi kita. Keharmonian tenaga-tenaga ini pada tubuh kita membuatkan kita sentiasa dalam keadaan yang berfungsi dengan baik dan damai, namun apabila ketidakseimbangan atau sekatan berlaku maka itulah titik tolak segala permasalahan berlaku. Melalui terapi Reiki dapat membantu mengharmonikan kembali tenaga ini dan tubuh dapat berfungsi seperti sediakala. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya atau kunjungi pusat terapi Reiki di Bangsar. Layari http://www.reikibangsar.blogspot.com/ / http://www.goldmaplesynergy.com/

Wednesday 3 November 2010

Monday 25 October 2010

Alahai...

Oh pagi2 ni sudah berlaku kemalangan kecil... aku dah langgar devider daaa.. apa sudah jadi? padahal baru saja nak masuk parking...baru saja nak ambik mood kerja.. sekali gedegangggg!!! adusss terasa sampai isi perut... turun2 tgk depan , oh lega tak ada apa2 pun... pusing ke kiri aduh... duh duh duh.. blh buat lagu la.... mmg habisss kemek dan panjaaaanngggg yang tercalar ... kepala pusing kejap.. tarik nafas.. lepas... bertenang...tenang....
Tengok betul2 sekali lagi..ya memang sah la... dah sah kesannya... nak sedih tu , mmg la sedih tapi mcm tak tau nak rasa apa ...agaknya sbb sendiri yang buat kot ..
Lepas tu telefon sana sini la cuba minta bantuan..apa nak buat ni... maklum la bukan reti sgt repair merepair kereta ni..last2 ke workshop..katanya 2 hari boleh siap dgn RMXXX... Hmmm hbis tu camno...esok pagilah hantar kereta...jadi bermula esok patahlah sayap ku..sapa2 yg rajin nak menghangkut tu silalah jgn segan ya :)
adeh deh... sedehnyaaa...alahai...

Wednesday 20 October 2010

20.10.2010

Lagi mengenai tarikh.. dlm byk2 yg diperkatakan ini antara yang menarik perhatian saya. Dari MasterG Dr.MiR Hazil sendiri. Saya cut and paste utk tatapan bersama  :)

‎20102010 :

2 dan 1 MENGINGATKAN KITA kepada 2 BAHAGIAN DALAM SATU.

Sifatnya BERLAWANAN NAMUN KEHADIRAN KEDUANYA MELENGKAPKAN. Ketiadaan salah satunya mengakibatkan KEPINCANGAN kerana keduanya SALING
BERGANTUNGAN. Laksana SIANG tanpa MALAM, MATAHARI tanpa BULAN, DARATAN tanpa LAUTAN, ADAM tanpa HAWA, PANAS tanpa SEJUK, LANGIT tanpa B...UMINYA,
KIRI tanpa KANAN dan sebagainya lagi.


‎Jika INSAN PERTAMA ITU ADAM (lelaki).. insan KEDUA adalah HAWA (perempuan). Dari DUA insan ini HADIRLAH 'ZURIAT' iaitu INSAN KE TIGA.. Laksana susunan ANGKA 2 - 1 (2 menghasilkan 1) atau HAWA + ADAM = ZURIAT (2+1 = 3). Begitulah MULANYA KITA.. dan IA BERULANG-ULANG..BERULANG hingga kini. Hingga TAK TERHITUNG JUMLAHNYA. Hingga tak TERKESAN di jiwa (kerana sudah biasa atau selalu)..

MasterG

Tuesday 19 October 2010

19-10-2010 (Ulangtahun ke -2)

Alhamdulilah..hari ini genap 2 tahun pusat terapi Reiki di Bangsar beroperasi sejak dari dirasmikan. Masih tergambar peristiwa 2 tahun lepas, kemeriahan, suasana, kegembiraan, kesyukuran, rasa yang tak dapat nak dihuraikan dengan perkataan yang sesuai.

Syukur setelah dua tahun, walau pelbagai rintangan, walau pelbagai cubaan yang datang... jiwa ini, jasad ini masih teguh..masih bertahan..masih senyum untuk meneruskan.. walau tiada acara istimewa, namun di hati tetap mengenangkan. Tetap melaksanakan rutin harian.Tetap bersedia menerima sesiapa yang mencari penawarnya. Tetap mahu terus beraksi dgn kapasiti lebih besar lagi.. Insyaallah.. ku mohon padaMu...

Pelbagai tetamu, pelbagai ragam, pelbagai permasalahan yang singgah di sini. Pelbagai usaha, pelbagai cara yang dilakukan untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dibentangkan. Ku mohon segala kekuatan, segala kemampuan, untuk terus berjuang, untuk terus mewarnai , untuk terus menyampaikan...dan untuk terus dekat dengan mereka.

Dan aku berazam untuk menghadiahkan sesuatu untuk perjalanan dan pengalaman Reiki ini. Semoga dipermudahkan segalanya. Pada Guru yang terus menerus memberi tunjuk ajar, pada ibu yang tak jemu menyokong, pada rakan-rakan dan pada semua yang percaya pada diri ini... jutaan terima kasih dan doa buat kalian menemui segala penyembuhan dan segala apa yang dihajati.

Thursday 7 October 2010

Jadilah Orang Hebat

Hari ni berjumpa kawan-kawan lama. Tak ramai , adalah beberapa orang.. cukup untuk menghiburkan dan pecah tawa. Masing-masing mengimbau dan berceloteh sakan tentang dunia hari ini, semalam dan akan datang.

Alhamdulilah, hebat-hebat semuanya. Kalau dibelek dan disingkap kisah zaman sekolah dulu, mmg tak sangka mereka akan jadi orang-orang yang hebat pada hari ini. Ada yang jadi peguam, doktor, pensyarah, ahli perniagaan dan banyak lagi.

Samalah jugak dengan persekitaran kita sekarang ini. Banyak perkara yang antara sedar atau tidak, berlaku. Kadang kala kita tak sangka pun. Kadang kala kita tak pernah termimpi pun. Kita takut untuk berangan besar, kita risau jika kita gagal, kita lebih suka ambik jalan mudah dan senang.

Sampai ada yang berkata, 'buat apa nak belajar memandu, ambik lesen. Membazir saja. Kita bukan mampu nak beli kereta pun'... begitu kecil semangat orang kita. Kalaulah benar kita mmg mampu utk belajar memandu, maka alangkah ruginya jika kita berfikiran cetek sebegitu. Rezeki , ajal maut, jodoh, bukankah antara rahsia Yang Maha Kuasa menentukan. Siapa tau kalau2 ada keperluan kecemasan yg perlu utk bawa kereta, tak kiralah kereta siapa pun, bukankah senang jika kita ada ilmu tentang pemanduan itu? Apatah lagi jika lulus sehingga mendapat lesen...

Itu analogi kecil. Bagaimana dgn perkara-perkara besar pulak. Masih ramai orang kita yang tak nak bersusah. Tak sanggup untuk berusaha lebih untuk menikmati untung besar. Malah ada yang naik takut kalau-kalau mendapat kesenangan akan bertukar menjadi perwatakan berbeza. Kenapa? Kenapa harus risau masa akan datang dengan vibrasi negatif? Bukankah kita seharusnya sentiasa berusaha danndi samping itu sentiasa mensyukuri dan dekat padaNya. Kalau itulah pegangan dan amalan kita, nescaya lebih ramai yang tampil hebat dewasa ini. Lebih banyak kepakaran yang bakal kita nikmati.

Janganlah bersikap dan berfikiran negatif wahai sahabat sekelian. Ayuh , bangun, kuatkan semangat.tidak kira siapa kita, apa pekerjaan kita, baik kecik mahupun besar,...kita sempurnakan apa saja tanggungjawab kita dgn hati yang ikhlas, pasrah dan berserah padaNya. Cuba untuk tidak terlalu memikirkan apa akan berlaku, keputusan atau outcome..hanya perlu buat dan buat... Kita sama-sama kurangkan rasa untuk komplen sepanjang masa sebaliknya fokus pada apa saja yang kita usahakan. Keluarkan yang terbaik dari diri anda. Nescaya kita akan lebih tenang, lebih gembira dan jadi HEBAT!

Renung-renungkan! :)

HEBAT BEGINI?



ATAU BEGINI? :)

Friday 1 October 2010

111

Hari ini hari 111, iaitu tarikh yang jika disusun menjadi 01-10-10... hari yang aku harapkan menjadi permulaan yang baik bagi bulan yang baru ini.. umpama pasak, umpama tiang..menjadi penahan buat aku lebih tegak, lebih kukuh, lebih kuat meniti hari-hari di bulan ini.

Makin hari terasa makin pantas masa berlalu. Makin nak di kejar, makin berlari pantas. Makin banyak episod yang mendatang tanpa sempat menghabiskan episod lama. Aku harus lebih gigih..lebih fokus dan lebih tenang.

Moga di hari 1, di bulannya pun satu, terlahirlah sesuatu yang unggul, di tempat teratas, no 1!

Wednesday 29 September 2010

Sahabat

Salam.

Ada sebuah cerita yang jarang diceritakan.. cerita yang bila direnungkan..difikirkan... membuat hati sering rasa hiba..rasa sebak... tiba-tiba terasa amat sangat teringat akan cerita ini..akan dia yang menjadi tunggak isi cerita.. yang tiba-tiba namanya disebut2 hari ini....cerita mengenai seorang kawan.. yang dulunya begitu rapat. Sejak zaman persekolahan..sering bergurau senda ke sana ke mari bersama... makan minum bersama.. bertandang ke rumah, makan masakan maknya.. tanpa segan silu.. berkongsi rasa, berkongsi cerita, berkongsi rahsia...

Aku sendiri tak ingat bila cerita sedih ini bermula. Sedar-sedar dia menjauhkan diri. Langsung menutup tirai hubungan..langsung tiada komunikasi... langsung tiada khabar berita... cuba berkali-kali mendapatkannya..cuba berkali-kali mengirim berita..namun dia tetap membisu... dia tetap diam... dia membawa diri...

Aku tertanya-tanya hingga kini..apakah gerangan sebab musababnya..apakah kisah yang menjauhkan kita..apakah salah yang sama ada secara sedar atau tidak telah aku buat... semua bermain dibenak..membuat aku bingung..hairan...dan sedih.

Kini sudah hampir beberapa tahun kisah ini masih tiada penghujung.. kau tetap memilih untuk tidak bersua .. untuk mendapatkan kisah hidup mu jua terlalu sukar kerana kau tutup segala pintu kemungkinan bagiku..
Aku sedih..amat sedih... bagaimana mungkin boleh melupakan sebuah persahabatan.. yang tiada angin , tiada ribut..namun badai melanda... sungguh aku amat bingung...

Hari ini nama mu disebut-sebut..mengatakan kau telah pun berdua..aku gembira dengan perkhabaran itu..walau aku tiadk dapat bersama di hari bahagia mu.. walau aku tidak dapat membisikan ucapan tahniah ku pada mu... aku tetap bersyukur untuk mu..

Aku doakan kau sentiasa bahagia dalam lindunganNya... dan aku masih tetap mengharapkan agar kita dapat bersua satu hari nanti dan cerita ini gembira dihujungnya.... berbahagialah dikau wahai sahabat.

                                                             

Thursday 23 September 2010

Usaha

Salam dari Miri.

Hidup ini kadangkala agak pelik, kadangkala kita rasa tidak adil dan ada juga kadangkala kita rasa amat beruntung sangat... salah takdir atau salah nasib? kerapkali kita mempersoalkan kenapa jadi begini kenapa tidak begitu? kenapa dah diusahakan tetap jadi begitu?

Kerana kita sering lupa pada Yang Maha Kuasa yang menentukan hasilnya.. kerana kita yang meletakan jawapan pada setiap yang kita usahakan.. walau pun jalannya betul, berbuat banyak kebaikan, namun kita tidak pasrah, kita ternanti2kan ganjarannya...walhal kita harus tak jemu2 berusaha, tak jemu2 menghasilkannya.. maka jika sudah tiba masanya maka akan seperti air di sungai mengalir limpahan kesenangannya kelak...

Kita perlu berkali2 berbuat demikian agar pada tiap kali kita mengerjakan sesuatu, kita semakin dapat merasakannya, kita dpt memperbaiki jika ada kurangnya, kita dapat meningkatkan kekuatan batin dan kemurnian hati kita... kita dpt memberi lebih tenaga positif pada aura kita agar menjadi magnet lebih kuat dan hebat...

Usaha dan terus usahalah kita dan sentiasa memperbaiki diri..perlu ada peningkatan dari hari ke hari biar pun setitik, biar pun sekelumit, biar pun setapak.... maju dan terus maju ke hadapan.. bak kata pepatah jawa ' ora obah ora owah' yang bermaksud 'tidak bergerak maka tidak berubah'.

Bergerak bererti melakukan sesuatu..takkan berubah jika tiada tindakan diusahakan..maka tidak wajar kita mempersoalkan hasil pekerjaan kita selagi kita belum mengerjakan ...selagi kita belum bertindak...

Berusaha, dan pasrahkanlah diri... berserah hanya padaNya...dan ikhlaskan hati seikhlas ikhlasnya...insyaallah sama-sama kita lakukannya...

Wednesday 22 September 2010

Aku Dia

Banyak yang berlaku sejak kembali dari bercuti raya. Sejak hari raya lagi banyak perkhabaran yang diterima agak menggusarkan..terlalu banyak yang ingin diusahakan ..terlalu ghairah dengan itu ini dalam perancangan..hakikatnya aku masih belum mampu menyempurnakan kesemuanya..namun aku terus berdoa diberikan kekuatan agar segala yang telah bermula, disudahkan dengan cemerlangnya..biar yang datang telah pun pergi.. biar yang melihat telah pun berpaling...

Buat saudara perempuan ku yang tak jemu2 membantu, semoga selamat pemergian mu di sana nanti..semoga kau menemui sesuatu dalam hidup mu yang membawa erti bagi meneruskan perjalanan hidup ini... bukan selalu peluang datang.. maka rebutlah peluang ini...insyaallah aku akan sentiasa mendoakan semoga kau gembira dan selesa di sana...

Sunday 12 September 2010

Raya (day2)

Salam Syawal... hari kedua agak mencabar... menduga kesabaran... konon2 nak menziarah pak sedara di seberang sana...sekali terperangkap dalam jam atas jambatan la pulak...akibat kabel TNB terbakar seawal jam 10pagi... berderetan kereta tersadai utk ke seberang pulau sana hingga ke senja... huish berpeluh jantan betina semua keluar... lagi siksa bila panggilan alam dtg...aduh... sengsara menahan... merah muka, rasa nak marah ada, rasa nak menangis pun ada ...hehe..bila direnung balik memang kelakar lah...

Apa pun syukur semuanya selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan...

Friday 10 September 2010

RAYA (day 1)

Takbir bergema seawal pagi. Masing-masing bergegas menyiapkan diri menyambut dan merai hari yang dinanti. Bertemu jiran dan sanak saudara di hari mulia. Memakan juadah dan hidangan yang berbilang tidak terhingga. Ada mi kuah, lontong, bihun sup, rendang ketupat semestinya, laksa , kuih muih dan bermacam lagi.

Hati berbunga melangkah segak dan berseri, bersalam-salaman sesama kita, memohon ampun pada bonda tercinta... hati sebak hampir menitis air mata. Dalam hati terus mensyukuri peluang yang diberiNya.

Ziarah menziarah adat kita..beramah tamah bertukar cerita..namun ada yang sempat mencuit rasa ..menegur org tanpa terasa di dada... ada yg langsung tak melihat pada rupa hanya ikhlas menjamu dan menerima tetangga.

Dalam suasana riang pelbagai rupa, byk kisah boleh direnung bersama. Ada yang lebih lagaknya namun berhati mulia dari mereka yang santun namun berpura.. semua ini iktibar di hari mulia bagi menambah ilmu dan pengalaman di dada...

Hari pertama raya hampir senja.. menerima segalanya dengan sederhana.. Alhamdulilah pada Yang Esa... asam garam kehidupan menambahkan 'rasa'.....

SELAMAT HARI RAYA

Thursday 9 September 2010

Raya datang lagi..


Ramadhan sudah melabuhkan tirainya...dgn berat hati melihat kepergian bulan yang penuh kemuliaan dan keajaiban, hati ini tetap merelakan... dan disambut pula kedatangan Syawal yang diringi dgn doa dan harapan.. serta bunyi2an letupan mercun dan bunga api diluar sana.Walau pun telah diberi amaran, namun masih ada yg berdegil... alhamdulilah setelah hampir 2 hari di kampung, hati lebih tenang dan tenteram. Persiapan bersama ibu, walaupun ibu sentiasa ada bersama, dirasakan begitu nyaman sekali..kami hanya ala kadar.. balik kampung utk tujuan menziarahi rumah yg lama ditinggalkan, pusara arwah ayah, sanak saudara dan yang penting menyemarakan hubungan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga dilimpahi penuh keberkatan dankasih sayang pada hari raya tahun ini buat semua. Selamat Hari Raya!


Sunday 8 August 2010

Di Kala Rembulan Bermain Biola

Oh bidadari
Berulaskan syair oleh awan
Sang rembulan tidak putus menyeret tawa biola
Memujuk Bidadari

Agar tidak membilang lawan
Agar menghentikan getar-getar yang berkelana di ratusan jiwa
Si Bidadari (bidadariku)

Dan sang rembulan
Memujuk bidadariku
Agar tidak membilang lawannya.

Tidurlah bidadari agar kamu bermimpi si pujangga
Sehingga di pagi hari
Jangan lupakan kami yang bisa menemani
Hadirlah sebelum tika kala
Bawalah si pujangga bawalah dia bersama