Tuesday, 14 December 2010

Kena check & balance

Kadang-kadang saya tak paham dgn sikap atau perangai sesetengah orang yang terlalu sangat suka berkira. Berkira dalam erti kata setiap perkara yang dibuat diambil kisah sgt yang dia buat, dia dapat, yang orang lain buat, org lain punya hal..maksudnya kalau sekali sekala keluar bersama atau buat sesuatu bersama, seolah-olah perlu ada kayu pembaris dan kalkulator untuk mengukur berapa banyak yang dia keluarkan , (tak kira titik peluh usaha atau wang ringgit ), dan berapa banyak yang orang lain keluarkan.

Biasanya orang yang berkira ni kalau boleh nak sama rata dan kadang-kadang mereka jadi bijak dgn seboleh-bolehnya orang lain yang lebih berbanding mereka. Kalau sesama rakan, atau sedara mara , atau adik beradik atau anak sedara dan bapa atau mak sedara, sekali sekala apa salahnya membelanjakan atau memberi sahaja dgn ikhlas, tambahan kalau orang itu byk kekurangannya daripada kita. Kalau sesama rakan, ambiklah giliran kalau kali ni dia belanja, next time kita pulak. Dan tak perlulah benda ni ditegaskan secara lisan pun. Sebagai dewasa yang matang, pandai-pandailah kita meletakan budi bahasa kita di mana.

Fahamilah bahawa alam kita ini ada hukum keseimbangannya,  ada hukum penarikannya... selagi kita ikhlas, selagi kita banyak memberi, insyaallah akan diisi semula ruang kosong yang telah kita keluarkan ke atas orang lain. Hidup ini adalah berkisar tentang keseimbangan. Jika kita terlampau sangat kaya dan sentiasa berada di atas, kenalah sering lihat ke bawah sekali sekala, kenalah selalu bersedekah dan zakat yang disyaratkan kepada kita. Untuk apa semua ini? Untuk mengimbangi semula energi sukses yang telah dianugerahkan kepada kita kerana jika tidak seimbang, salah satu nya terlampau lebih atau terlalu kurang, maka percayalah nescaya ada saja permasalahan yang akan timbul dan tak putus-putus walaupun kita hidup dalam kemewahan. Begitu juga jika kita sentiasa dirudung malang, kena recheck semula apakah yang tidak seimbang dalam perjalanan hidup kita ini.

Namun , walau apa sekalipun langkah kita janganlah sampai memudaratkan diri hingga memberi ruang pihak lain menindas kita. Kalau dah rajin belanja orang sampai ada yang mengambil kesempatan dan menjadikan mereka tidak berlaku adil, maka eloklah kita elakkan. Kena pandailah dalam hidup ini untuk menikmati hidup yang lebih bermakna, bahagia dan diberkati. Kerana ini juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita seharian. Kita akan lebih sihat, lebih tenaga positif dan lebih menjanakan tenaga kejayaan apabila kita dapat mengharmonikan tenaga dalam tubuh kita dgn cara mengimbangi segala perbuatan yang kita zahirkan.

Sentiasalah dalam senyuman dan sentiasalah dalam ketenangan! :)

No comments: