Thursday, 30 December 2010
2011 Goals!!!
Tinggal satu hari lagi kita akan berada di ambang tahun baru. Baru sahaja beberapa hari lalu di bulan sama kita menyambut Maal Hijrah.. kini pastinya ramai telah bersiap sedia dengan keazaman dan niat baru sempena menempuh tahun yang bakal menjelang tiba.
Bagi yang belum, masih belum terlambat untuk anda renungkan sejenak, fikirkan sejenak ... apa yang mahu anda capai dan tempuhi pada 2011 ini. Mungkin ada yang tak berapa nak tahu mcm mana atau apa yang patut di tulis... di sini saya letak sediit panduan , moga-moga dapat sama-sama membantu.
1. Matlamat
- biasanya untuk permulaan perlu disetkan atau ditetapka matlamat apa yang ingin kita capai
- matlamat biasanya secara umum boleh di bahagi kepada kesihatan, kekayaan / kesenangan, dan perhubungan.
Kesihatan : catatkan dari segi kesihatan apa yang ingin anda capai, tentang penyakit yg dihadapi kah, tentang tabiat tertentu kah atau apa saja..
Kekayaan (wealth) : biasanya menceritakan tentang pendapatan (income), hutang, strategi kewangan, kenaikan gaji, bonus dan lain-lain.
Perhubungan : Perhubungan ini harus ditekankan pada diri sendiri dahulu. Hubungan anda dan diri anda. Org yang bagaimana yg anda hendak jadi atau tonjolkan pada tahun hadapan. Seorang yang serius, kelakar, bijaksana atau bagaimana?
Selain dari 3 perkara utama di atas , anda juga boleh menceritakan atau menuli tentang perkara-perkara lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian anda.
1) Kerjaya / Bisnes : mahukan kenaikan pangkat/gaji? target atau matlamat untuk perniagaan anda dan sebagainya.
2) Spiritual /kerohanian : Biasanya org yang tinggi kerohaniannya akan kurang stress dan lebih bahagia. Jadi anda boleh jugak catatkan kemahuan anda untuk jadi insan yang lebih patuh dan taat pada Tuhan dan agama dan sebagainya.
3) Kebajikan : Perlu juga kita sering mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan bantuan dari kita. Oleh itu set kan matlamat anda untuk cuba berbuat sedikit kebajikan (jika banyak lebih baik) untuk kita lebih mensyukuri segala nikmat yang ada.
4) Pengalaman : Anda boleh jugak tulis mengenai pengalaman bagaimana anda ingin lalui di tahun yang akan datang ini. atau apa perkara yang ingin anda miliki. Pengalaman dari segi berkayak kah. melancong, rock climbing kah, menulis buku atau pelbagai lagi perkara-perkara yang belum anda buat dan rasai pengalaman tersebut. Tulis dan catatkan.
5) Legacy /Kebanggaan : Anda mahu orang ingati anda bagaimana? seorang yang dermawan kah? pemarah kah? Aktif dalam kebajikan kah atau bagaimana? Nyatakan dan letakkan ia sbg salah satu matlamat anda.
Faktor Penting:
1) Sistem Kepercayaan & Habit
- anda perlu percaya pada apa yang anda tulis. percaya yang anda berhak untuk mendapatkan semua itu dan anda perlu bersedia untuk menerimanya pada bila-bila masa sahaja.
2) Tarikh Penentu
- anda boleh gariskan tarikh tertentu untuk anda menerima perkara tersebut berlaku. Namun anda perlu berlaku adil pada diri sendiri. Jika pada tarikh pertama tidak dpt mencapai, gariskan untuk tarikh ke dua dan ketiga. Cuba untuk mencapai target anda pada tarikh2 yang telah anda tentukan. Apabila anda berjaya, anda akan rasa hebat sekali. Hebatkan bial menjadi seorang juara? Anda juara bila anda dpt mencapai target pada tarikh yang anda sendiri tetapkan!
3) Strategi & taktik
- setelah meletakan target dan sasaran, berusahalah dgn cara yang dpt mendorong anda mendapatkannya. Anda tidak bolehlah lalai dan menyerahkan pada takdir semata. Walau pun sedikit, pastikan usaha anda itu mendekati matlamat anda tiap hari. Yang penting anda buat, daripada langsung tidak peduli.
Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk mencapai matlamat dan hajat masing-masing dalam menempuh tahun baru yang pastinya menjanjikan pelbagai pengalaman.
SELAMAT TAHUN BARU 2011 !!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment