Wednesday 29 September 2010

Sahabat

Salam.

Ada sebuah cerita yang jarang diceritakan.. cerita yang bila direnungkan..difikirkan... membuat hati sering rasa hiba..rasa sebak... tiba-tiba terasa amat sangat teringat akan cerita ini..akan dia yang menjadi tunggak isi cerita.. yang tiba-tiba namanya disebut2 hari ini....cerita mengenai seorang kawan.. yang dulunya begitu rapat. Sejak zaman persekolahan..sering bergurau senda ke sana ke mari bersama... makan minum bersama.. bertandang ke rumah, makan masakan maknya.. tanpa segan silu.. berkongsi rasa, berkongsi cerita, berkongsi rahsia...

Aku sendiri tak ingat bila cerita sedih ini bermula. Sedar-sedar dia menjauhkan diri. Langsung menutup tirai hubungan..langsung tiada komunikasi... langsung tiada khabar berita... cuba berkali-kali mendapatkannya..cuba berkali-kali mengirim berita..namun dia tetap membisu... dia tetap diam... dia membawa diri...

Aku tertanya-tanya hingga kini..apakah gerangan sebab musababnya..apakah kisah yang menjauhkan kita..apakah salah yang sama ada secara sedar atau tidak telah aku buat... semua bermain dibenak..membuat aku bingung..hairan...dan sedih.

Kini sudah hampir beberapa tahun kisah ini masih tiada penghujung.. kau tetap memilih untuk tidak bersua .. untuk mendapatkan kisah hidup mu jua terlalu sukar kerana kau tutup segala pintu kemungkinan bagiku..
Aku sedih..amat sedih... bagaimana mungkin boleh melupakan sebuah persahabatan.. yang tiada angin , tiada ribut..namun badai melanda... sungguh aku amat bingung...

Hari ini nama mu disebut-sebut..mengatakan kau telah pun berdua..aku gembira dengan perkhabaran itu..walau aku tiadk dapat bersama di hari bahagia mu.. walau aku tidak dapat membisikan ucapan tahniah ku pada mu... aku tetap bersyukur untuk mu..

Aku doakan kau sentiasa bahagia dalam lindunganNya... dan aku masih tetap mengharapkan agar kita dapat bersua satu hari nanti dan cerita ini gembira dihujungnya.... berbahagialah dikau wahai sahabat.

                                                             

Thursday 23 September 2010

Usaha

Salam dari Miri.

Hidup ini kadangkala agak pelik, kadangkala kita rasa tidak adil dan ada juga kadangkala kita rasa amat beruntung sangat... salah takdir atau salah nasib? kerapkali kita mempersoalkan kenapa jadi begini kenapa tidak begitu? kenapa dah diusahakan tetap jadi begitu?

Kerana kita sering lupa pada Yang Maha Kuasa yang menentukan hasilnya.. kerana kita yang meletakan jawapan pada setiap yang kita usahakan.. walau pun jalannya betul, berbuat banyak kebaikan, namun kita tidak pasrah, kita ternanti2kan ganjarannya...walhal kita harus tak jemu2 berusaha, tak jemu2 menghasilkannya.. maka jika sudah tiba masanya maka akan seperti air di sungai mengalir limpahan kesenangannya kelak...

Kita perlu berkali2 berbuat demikian agar pada tiap kali kita mengerjakan sesuatu, kita semakin dapat merasakannya, kita dpt memperbaiki jika ada kurangnya, kita dapat meningkatkan kekuatan batin dan kemurnian hati kita... kita dpt memberi lebih tenaga positif pada aura kita agar menjadi magnet lebih kuat dan hebat...

Usaha dan terus usahalah kita dan sentiasa memperbaiki diri..perlu ada peningkatan dari hari ke hari biar pun setitik, biar pun sekelumit, biar pun setapak.... maju dan terus maju ke hadapan.. bak kata pepatah jawa ' ora obah ora owah' yang bermaksud 'tidak bergerak maka tidak berubah'.

Bergerak bererti melakukan sesuatu..takkan berubah jika tiada tindakan diusahakan..maka tidak wajar kita mempersoalkan hasil pekerjaan kita selagi kita belum mengerjakan ...selagi kita belum bertindak...

Berusaha, dan pasrahkanlah diri... berserah hanya padaNya...dan ikhlaskan hati seikhlas ikhlasnya...insyaallah sama-sama kita lakukannya...

Wednesday 22 September 2010

Aku Dia

Banyak yang berlaku sejak kembali dari bercuti raya. Sejak hari raya lagi banyak perkhabaran yang diterima agak menggusarkan..terlalu banyak yang ingin diusahakan ..terlalu ghairah dengan itu ini dalam perancangan..hakikatnya aku masih belum mampu menyempurnakan kesemuanya..namun aku terus berdoa diberikan kekuatan agar segala yang telah bermula, disudahkan dengan cemerlangnya..biar yang datang telah pun pergi.. biar yang melihat telah pun berpaling...

Buat saudara perempuan ku yang tak jemu2 membantu, semoga selamat pemergian mu di sana nanti..semoga kau menemui sesuatu dalam hidup mu yang membawa erti bagi meneruskan perjalanan hidup ini... bukan selalu peluang datang.. maka rebutlah peluang ini...insyaallah aku akan sentiasa mendoakan semoga kau gembira dan selesa di sana...

Sunday 12 September 2010

Raya (day2)

Salam Syawal... hari kedua agak mencabar... menduga kesabaran... konon2 nak menziarah pak sedara di seberang sana...sekali terperangkap dalam jam atas jambatan la pulak...akibat kabel TNB terbakar seawal jam 10pagi... berderetan kereta tersadai utk ke seberang pulau sana hingga ke senja... huish berpeluh jantan betina semua keluar... lagi siksa bila panggilan alam dtg...aduh... sengsara menahan... merah muka, rasa nak marah ada, rasa nak menangis pun ada ...hehe..bila direnung balik memang kelakar lah...

Apa pun syukur semuanya selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan...

Friday 10 September 2010

RAYA (day 1)

Takbir bergema seawal pagi. Masing-masing bergegas menyiapkan diri menyambut dan merai hari yang dinanti. Bertemu jiran dan sanak saudara di hari mulia. Memakan juadah dan hidangan yang berbilang tidak terhingga. Ada mi kuah, lontong, bihun sup, rendang ketupat semestinya, laksa , kuih muih dan bermacam lagi.

Hati berbunga melangkah segak dan berseri, bersalam-salaman sesama kita, memohon ampun pada bonda tercinta... hati sebak hampir menitis air mata. Dalam hati terus mensyukuri peluang yang diberiNya.

Ziarah menziarah adat kita..beramah tamah bertukar cerita..namun ada yang sempat mencuit rasa ..menegur org tanpa terasa di dada... ada yg langsung tak melihat pada rupa hanya ikhlas menjamu dan menerima tetangga.

Dalam suasana riang pelbagai rupa, byk kisah boleh direnung bersama. Ada yang lebih lagaknya namun berhati mulia dari mereka yang santun namun berpura.. semua ini iktibar di hari mulia bagi menambah ilmu dan pengalaman di dada...

Hari pertama raya hampir senja.. menerima segalanya dengan sederhana.. Alhamdulilah pada Yang Esa... asam garam kehidupan menambahkan 'rasa'.....

SELAMAT HARI RAYA

Thursday 9 September 2010

Raya datang lagi..


Ramadhan sudah melabuhkan tirainya...dgn berat hati melihat kepergian bulan yang penuh kemuliaan dan keajaiban, hati ini tetap merelakan... dan disambut pula kedatangan Syawal yang diringi dgn doa dan harapan.. serta bunyi2an letupan mercun dan bunga api diluar sana.Walau pun telah diberi amaran, namun masih ada yg berdegil... alhamdulilah setelah hampir 2 hari di kampung, hati lebih tenang dan tenteram. Persiapan bersama ibu, walaupun ibu sentiasa ada bersama, dirasakan begitu nyaman sekali..kami hanya ala kadar.. balik kampung utk tujuan menziarahi rumah yg lama ditinggalkan, pusara arwah ayah, sanak saudara dan yang penting menyemarakan hubungan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga dilimpahi penuh keberkatan dankasih sayang pada hari raya tahun ini buat semua. Selamat Hari Raya!