Salam.
Ada sebuah cerita yang jarang diceritakan.. cerita yang bila direnungkan..difikirkan... membuat hati sering rasa hiba..rasa sebak... tiba-tiba terasa amat sangat teringat akan cerita ini..akan dia yang menjadi tunggak isi cerita.. yang tiba-tiba namanya disebut2 hari ini....cerita mengenai seorang kawan.. yang dulunya begitu rapat. Sejak zaman persekolahan..sering bergurau senda ke sana ke mari bersama... makan minum bersama.. bertandang ke rumah, makan masakan maknya.. tanpa segan silu.. berkongsi rasa, berkongsi cerita, berkongsi rahsia...
Aku sendiri tak ingat bila cerita sedih ini bermula. Sedar-sedar dia menjauhkan diri. Langsung menutup tirai hubungan..langsung tiada komunikasi... langsung tiada khabar berita... cuba berkali-kali mendapatkannya..cuba berkali-kali mengirim berita..namun dia tetap membisu... dia tetap diam... dia membawa diri...
Aku tertanya-tanya hingga kini..apakah gerangan sebab musababnya..apakah kisah yang menjauhkan kita..apakah salah yang sama ada secara sedar atau tidak telah aku buat... semua bermain dibenak..membuat aku bingung..hairan...dan sedih.
Kini sudah hampir beberapa tahun kisah ini masih tiada penghujung.. kau tetap memilih untuk tidak bersua .. untuk mendapatkan kisah hidup mu jua terlalu sukar kerana kau tutup segala pintu kemungkinan bagiku..
Aku sedih..amat sedih... bagaimana mungkin boleh melupakan sebuah persahabatan.. yang tiada angin , tiada ribut..namun badai melanda... sungguh aku amat bingung...
Hari ini nama mu disebut-sebut..mengatakan kau telah pun berdua..aku gembira dengan perkhabaran itu..walau aku tiadk dapat bersama di hari bahagia mu.. walau aku tidak dapat membisikan ucapan tahniah ku pada mu... aku tetap bersyukur untuk mu..
Aku doakan kau sentiasa bahagia dalam lindunganNya... dan aku masih tetap mengharapkan agar kita dapat bersua satu hari nanti dan cerita ini gembira dihujungnya.... berbahagialah dikau wahai sahabat.
3 comments:
sedihnye camtu.. :(
sucks! :P
knv: TST ...
Ima: ini bukan cereka tiruan..ini cereka, cereka menarrr :)
Post a Comment