Takbir bergema seawal pagi. Masing-masing bergegas menyiapkan diri menyambut dan merai hari yang dinanti. Bertemu jiran dan sanak saudara di hari mulia. Memakan juadah dan hidangan yang berbilang tidak terhingga. Ada mi kuah, lontong, bihun sup, rendang ketupat semestinya, laksa , kuih muih dan bermacam lagi.
Hati berbunga melangkah segak dan berseri, bersalam-salaman sesama kita, memohon ampun pada bonda tercinta... hati sebak hampir menitis air mata. Dalam hati terus mensyukuri peluang yang diberiNya.
Ziarah menziarah adat kita..beramah tamah bertukar cerita..namun ada yang sempat mencuit rasa ..menegur org tanpa terasa di dada... ada yg langsung tak melihat pada rupa hanya ikhlas menjamu dan menerima tetangga.
Dalam suasana riang pelbagai rupa, byk kisah boleh direnung bersama. Ada yang lebih lagaknya namun berhati mulia dari mereka yang santun namun berpura.. semua ini iktibar di hari mulia bagi menambah ilmu dan pengalaman di dada...
Hari pertama raya hampir senja.. menerima segalanya dengan sederhana.. Alhamdulilah pada Yang Esa... asam garam kehidupan menambahkan 'rasa'.....
SELAMAT HARI RAYA
2 comments:
selamat hari raya my dearest friend! love you lots! :D
Hi...salam hari raya to u too..nanti kita raya sama2.. :) and goss2 byk2 hahaha
Post a Comment