Thursday 26 June 2008

'Lepak'ing at Kopitiam

Salam...

Hamboi hamboi.. bahagia je rasa dapat duduk melepak minum kopi bersama kawan2 setelah sekian lama tak lepak ha ha ha... cumanya kali ni bukan kat kedai mamak tapi salah satu kopitiam yang berdekatan.. konon2 nak suasana yang lebih rileks dan tak crowded sgt...

Maka berhimpunlah kami sorang demi sorang lepas waktu kerja seawal jam 5.30pm saya dan Y tiba dahulu. Kemudian disusuli dgn A,G, R,K dan J. Ramai lah pulak kan ..maklumlah dah lama tak bersua...Di antara kami ada speach therapist, remiser, stewardess, engineer dan elegant housewife... Ada yang sudah berkahwin anak 4, anak 1, kembali solo dan single mingle...he he.. Biasanya kami ni amat gemar minum kopi la kat kopitiam ni...tapi kalau kedai mamak , teh tariklah menjadi menu utama.. Dah berhimpun mulalah kecoh masing2 dgn cerita2 masing..well... girls kan...

Sebenarnya bukanlah bermaksud menyokong budaya lepak ni..cuma kalau sesekali dapat berkumpul sesama kawan terutama female friends.. wah.. rasa macam theraputic session pulak.. mana taknya bermacam2 topik yang dibualkan dan bermacam2 new things and experience boleh dicedok.. baik dari segi teknikal, financial, current market price, isu penjagaan anak2, dan mcm2 lagilah... biar pun tak faham semua janji kami menyokong dan bertukar2 pendapat antara satu sama lain!

Jadi buat rakan2 di luar sana, kalau anda rasa kesepian atau bermasalah, keluarlah hang out with outside world... with your friends.. rasakan kelainan pengalaman hidup org lain dari kaca mata yang berbeza...

"Seek out that particular mental attribute which makes you feel most deeply and vitally alive, along with which comes the inner voice which says, 'This is the real me,' and when you have found that attitude, follow it."

"There are obviously two educations. One should teach us how to make a living and the other how to live."

The greatest sweetener of human life is Friendship.
To raise this to the highest pitch of enjoyment, is a secret which but few discover."


"You live and learn... At any rate, you live"

Update!

Salam kedamaian...,

Sejak tarikh keramat 20hb Jun 2008, tetiba pulak jadi 'busy gaban' (phrase yg my friend ana selalu guna hehe), lalu diam menyepi beberapa hari. Hari ini alhamdulilah 'kegabanan' telah berakhir. Baru sahaja tiba di KL lebih kurang jam 7.15pm pada 25hb.Jun 08... alhamdulilah selamat balik dah..mcm lah pi jauh sgt kan hihi.. Anyway sedikit update utk past few days...

20.06.08 -
Pagi2 budak2 ofis wish me birthday dan tak sangka2 depa pakat2 kutip duit pulak nak buat sikit makan2 katanya.. Hehe..terharu la pulak kan...terubatlah sikit hati yang rindu nak balik ni... dan sepanjang hari busy lah menjawab ucapan2 yang dihulurkan..terima kasih semua.. Yang termanis ucapan ulangtahun kelahiran dari bonda tercinta yang menelefon pada tepat jam 12.45pm iaitu waktu kelahiran pada puluhan tahun lepas...cayalah mak! moga doa mak dan kalian dimakbulkan hendaknya..InsyaAllah...

21.06.08-
Ada tender nak kena submit 25hb, so busy la dok mengira itu ini dan mcm2 lagi sampai lewat petang baru balik dari ofis walaupun hari sabtu..tak best betul tapi nak buat mcm mana kerja kannnnnn.....

Petang keluar ke pasar satok, pasar mcm pasar malam yang macam2 ada ,cuma lebih besar dari pasar malam yang biasa kita pergi kat KL tu dan segala benda yang hendak dicari mungkin sebahagian besar boleh dijumpai di sini.. barangan kraftgn srwk paling byklah. Biasanya saya jaranglah nak ke satok ni pasal org gerenti ramai gila..tapi pasal adalah satu dua benda yang nak dicari..so pergilah jugak.

Yang pelik atau kebetulan..jeng jeng jeng..most of gerai yang saya singgah lampunya akan berkelip atau padam! Haa..sapa nak jawab tu? suratan atau kebetulan? hihi...

Bila dah dapt apa yang dicari so, pulanglah ke rumah dan spent the rest of the nite sorang2 ..uwaaa... call jugak nak jumpa few friends termasuk Dr.S yang baru bertukar kesana dan J, yang bertugas di situ juga tapi masing2 busy gaban lah jugak adanya....

22.06.08-
Rehat aje di rumah....

23.06.08-
Birthday of my cute and beautiful niece... dok sibuk tanya apa saya beli hadiah utk dia..mmm was thinking nak belikan anak turtle! ok tak? hihi

24.06.08-
Wah ketegangan melampau... bos tak setuju dgn pricing utk tender... bertekak sekejap dan akhirnya menang..well..ya..selalu melawan bos! hihi..lepas tu rushing keluar sebab kena pi melayan org2 gomen yang datang..mmm sedikit timing out... nasib baiklah dah siapkan last part of the tender.. so tinggalkan kat bebudak ofis to compile..
Took them pusing2 bandar Kuching ...shopping tikar, kain, etc..then sent them back to hotel and keluar balik for dinner... dinner kami cuma jalan kaki dan naik sampan utk ke seberang dari hotel H.inn...Excited gila semua org dapat naik sampan! tambang 30sen aje..he he...makan, jalan lagi sampai kampung boyan beli kek lapis yang tersangatlah glamour tu. 11pm baru balik.

25.06.08-
Submit tender... siap2 utk balik...dan akhirnya 5.35pm tepat belon pun bertolaklah...
7.15pm...landed kat KL... and here i am again! i m back!!! Oh so good to be home! yang nak belanja lunch tu haa jgnlah malu2 call haaa....

Hari ni jugak birthday Master G!! Happy Birthday Master.. semoga sukses selalu dan tahniah atas pelancaran buku sabtu ini!

Itu aje setakat ini....Chow!

Friday 20 June 2008

Happy Birthday to Me!

Hey its my birthday! 20062008...

I'm feeling thankful
for the small things, today
I'm feeling thankful
for the good things, today
Happy, Happy Birthday to me
Happy Birthday to me
and (to you)

Always remember :

We have no choice of what color we're born or who our parents are or whether we're rich or poor. What we do have is some choice over what we make of our lives once we're here.

We must always change, renew, rejuvenate ourselves; otherwise we harden.

We turn not older with years but newer every day.

When it's all over, it's not who you were. It's whether you made a difference.

So cheer up! Even i am all alone here in Kuching on this special day of mine
...kuang kuang kuang....sedih jugak ni..sob sob...

Me luv myself...so very much!

Monday 16 June 2008

Selamat Hari Bapa


Ayahanda Tercinta....

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
terbayang ketenangan yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan kau setia mengajar ku erti kekuatan

terpancar kebanggaan dalam senyum mu
melihatku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan
semangat restu dan doa kau iringkan

pengorbanan mu ayah tercinta tak dapat ku gambarkan
semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di jiwa

air mata ini mengalir lagi
tidak berupaya membedungnya

ayah,
diri ini terlalu merindui mu
bilakah kita kan bersua?

ayah,
anak mu ini terlalu sayang pada mu
mengapa kita terpisah?
terlalu dalam kerinduan ini

ayah,
diri ini ingin mengucup pipimu..
mengucup dahimu...
diri ini ingin bersama meluangkan masa denganmu..

tapi...

apa kan daya ku ayah...
kau telah pergi untuk selamanya..
tika diri ini baru mula mengenal erti kehidupan
tika diri ini baru mula berdiri atas kaki sendiri

Ayah...
tiap saat , tiap ketika..
tak pernah sekali pun kau luput di minda
ku iringi sentiasa doa dan harapan
agar kau sentiasa bahagia di sana
bersama Dia Yang Maha Esa...


***Selamat Hari Bapa pada semua yang bergelar bapa, ayah, abah atau apa saja gelaran anda. Semoga anda sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. Teristimewa buat ayahanda tercinta... allahyarham azizan mohd.desa... moga damai dalam dakapanNya....
al-fatihah.

Sunday 15 June 2008

Salam Dari Kuching



Kucing di Bandar Kuching.. hehe..




Bandar Kuching waktu malam...


Salam hujung mingu buat semua!

Sekali lagi saya bermaustatin di bumi kenyalang untuk sekian kalinya dan untuk jangka masa yang tak tau berapa hari. Mungkin 1 minggu atau 2 minggu. Baru 3 hari saya di sini. Bila dah selalu sangat ni yang seronok pun mula lah rasa jemu kan..Padahal diberi guna kereta mercedes s320 ..pergh ..punyalah besar sampai tak ke mana lah saya ni..takut nak parking susah..hehe..(berlagak ni berlagak..hehe...saya sendiri rasa kelakar.
Dari luar mcm tak ada driver je ...hihi )

Alhamdulilah segala progres kerja dan projek saya berjalan lancar. Semuanya kini berada di penghujung. Tak lama saja lagi semuanya akan siap dan bolehlah diserahkan pada pemilik projek. Moga2 tiada masalah akan timbul dari sekarang hinggalah hari yang dinantikan tiba.

Mungkin saya agak bernasib baik dan mungkin juga berkat kerjasama dari semua pihak. Ini akan merupakan projek pertama yang akan siap dari beberapa rangkaian projek lain milik client saya. Jadi semuanya ternanti2. Dan ini juga merupakan projek pertama yang kurang bermasalah dan lancar sepanjang pembinaannya baik dari segi fizikal mahupun kewangan.

Saya memulakan projek ini dulu masa saya sudah mula menguasai Reiki dan penggunaan seni ilmu energi. Projek ini asalnya sudah sangkut lama akibat tiada peruntukan dari client. Punyalah send energy dan berkat pertolongan ramai pihak juga yang turut send energy bersama. Setelah itu dgn mudah sahaja dapat closed deal utk projek ini dan seterusnya masa nak mula dulu buat cleansng habis2an termasuklah energized jadual kerja atau work programme. Tak lupa juga kini..teknik resq56..tap jgn tak tap...

Ha..antara yang menarik, awal2 dulu masa earth work, siap jumpa bom mortar lama masa zaman jepun. huh nasib tak meletup masa tgh korek2 tu. Panggil skuad bom dan diletupkan di situ juga. Satu pengalaman yang menarik. Mungkin juga hasil dari buat cleansing! Mungkin!

Sebab itu saya suka untuk mewarwarkan pada semua bahawa sekiranya anda minat atau menceburi bidang ilmu perawatan energi ini ia bukanlah saja tertumpu pada perawatan tubuh fizikal sahaja. Anda boleh gunakan ia untuk pelbagai kegunaan yang lain untuk peningkatan diri dan kerjaya anda juga.. sebab itu juga saya telah menghasilkan kertas kerja reiki untuk kerjaya. namun itu masih dalam tilikan dan penelitian master G. hehe.. Insyaallah akan saya kongsikan jua kelak...dan kini sedang dalam persiapan untuk satu lagi tajuk yang lebih besar.. ...doakan ianya sukses!!

Bagi sesiapa yang ingin bertanyakan atau memberi pendapat aplikasi reiki utk perkara2 lain, boleh lah menghubungi saya. Juga boleh jika ada permasalahan lain. Jangan malu dan segan. Kerana saya juga aktif dalam perawatan...ceh.. promo diri ni.. tapi insyaallah..saya hanya mencuba..selebihnya terserah padaNya.

Bagi yang di Kuching... boleh buat temujanji terus dgn saya.. malah produk 7chakra juga boleh anda dapati !!

Adios!


Mstr.HUda



Laksa penang tak ada, laksa sarawak pun jadilah...

Thursday 12 June 2008

Renungan Bersama

Tulisan Mufti Perlis- Harga Minyak dll, bacalah utk renungan "Agama bukan mengkhayalkan orang miskin."


Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?


Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).


Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya.

Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.


Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini.

Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat?

Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat?

Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak?

Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil!

Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab. Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Thursday 5 June 2008

Rilex Sebentar...

Mengingati kisah sekolah

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984..

MESTI KORANG INGAT NI !

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 pulak kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? Menda alah apa tu?CD? apa tu? kaset tape pernah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 ringgit je.kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm , 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.

Bila dah habis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dlm class.tapi bunyi loceng la yang paling best sekali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...lagi satu loceng masa nak pergi rehat. tinggal kan kerja sekolah, jom kita pergi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia! lipat kertas kecik2, lepas tu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 sekarang, bagi diorg, diorg mana pernah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ada satu je Vietnam.AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.dan diorg tak paham macam mana kita boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:

1. korg paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin

3. korg sure pelik bila tengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecik2, nakal2 dulu...yang sekepala la kan..

7. last skali, bila dah baca coretan ini, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lama korg. Sure diorg suka punya laa...heheh

Tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..mungkin ada di antara kita mengalirkan air mata..ye lah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu...Di manakah kita???

Malaysia Kini

Ha ha ha ha ha.. kali ini tiada sembah salam yang saya mampu lontarkan.. hanya ketawa dan gelak sinis sahaja.. kenapa? gara2 buka tv tepat pukul 6petang 4hb Jun 2008 .. berita terkini..minyak naik lagi!! Ooo bukan sikit2 naik.. sampai 41%!!.. oh itu pun masih ok apa compare dgn singapore..tak sampai rm5 lagi.. Eh helloo!! dah buat kira-kira comparison duit depa dgn duit kita keseluruhan ka? RM5 dari gaji depa rm6 tujuh ribu duit kita dgn RM5 dgn RM seribu dua duit kita...

Kenapalah naik sikit sgt tu.. naikkan saja terus rm10! senang cerita..alang2 derita dan sengsara..baru lah puas hati kan?

Lepas umum, ckp harap tak ada demontrasi jalanan.. hahaha...buat kelakar lah.. jolok sarang tebuan lepas tu berdoa tebuan duduk dalam sarang tu senyap2..

Lagipun tak boleh nak puaskan hati semua katanya lagi..betul!!! betul sangat2..hanya boleh puaskan hati dia dan kaum kerabatnya saja!

Pandai sgtlah hari sebelumnya kata bulan 8, tup2 hari ni announce! baguih! semua jadi kecoh! bukannya dia nak beratur panjang2 isi minyak pun! yang beratur panjang tu ingat suka2 ke? pasal ada yang nak berjimat walau pun seringgit cek oi.. dek kerana kekangan dan tuntutan keperluan hidup.. tak faham2 dan saja tak nak faham yang rakyat dah tak mampu sangat dah nak menanggung semua ini.. ada ke dia turun padang tgk station2 minyak waktu malam mcm mana? kekalutan, keributan, kesesakan, ada yg balik sampai lewat malam dan ada yang sampai nak bergaduh pasal stesen minyak tak nak terima kredit kad hanya cash! tu kalau ada yg accident ke, mati ke sebab berebut2 mmglah tak seorg pun rasa bersalah kan.. salah org yg mati jugak.. tak cukup itu..nak suruh pilih subsidi minyak atau makanan?? ada ka masuk akai ??

Banyak jugaklah projek2 yang sedang dan dalam perancangan akan tergendala dek kerana kena revise harga. Apa ..ingat minyak naik lepas ni semua benda lain dok diam2 je ke? huh..hampeh! bank negara pun nak naik kan interest pulak.. tu tarif elektrik tunggu masa saja nak naik! memang makan ubi kayu lah semua org lepas ni.tu pun kalau sempat nak tanam ubi kayu.nak tanam kat mana pun tak tau. makan ubi kayu mcm zaman jepun dulu..kira samalah pemerintahan skrg ni ala2 mcm zaman jepun dulu lah.

Pasal isu penggagihan tanggungan pendidikan pada melayu dan bukan melayu..dah sah2 majoriti lebih ramai jumlahnya ..kenapa perlu disama rata??.. dari 10% ke 45%.. alang2 naikkan je 50-50..senang cerita. 45% dari minoriti tak ke lebih byk dari 55% majoriti dapat?? lepas ni ingat percentage tu nak senang2 dapat diturunkan tanpa kekecohan?? huh..lu pikir la sendiri...

Bodoh kah?? siapa ckp? mana ada bodoh.. buat2 saja tu..lagi cerdik adalah ..hebat kerana mengalahkan pemerintahan yang wujud sebelum ini.. hebat sebab semua org susah dan resah tapi dia cool saja.

Pasti ramai yg rasa membara di kala ini yang bakal mewujudkan getaran hebat dan kuat. Maka jangkakan lah lebih banyak malapetaka dan bencana alam akan menimpa negara ini. Hujan, banjirlah, gegaran lah dan mcm2 lagi yg tak ada dulu kini bila2 masa saja boleh berlaku. Kerana org2 yg mendiami bumi Malaysia ini byk yg panas, menyumpah seranah lah dan pelbagai lagi. Pun begitu, takpa...konsep takpaaaa...

Nak rebate pulak dgn kos insuran dan cukai yang hanya setahun sekali tu..yang dok kena tampung hari2 ni kira takpalah.. kira aci lah mcm tu.. kalau saya jadi tun M, agaknya menangis dan tak sanggup nak fikir pun.. tak kisahlah dia diktator ke, apa ke.. tapi sengsara ke kita? terbela tak nasib kita? tak siapa pun berani bersuara! always in control!!

Entahlah labu.. tak terkata apa lagi..tak tahu apa sebenar agenda..apa sebenar direction yang dibawa...mungkinkah tergadai semuanya?? mungkin jua tanda.. usia bumi dipijak menuju akhirannya..wallahualam.

Monday 2 June 2008

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

Bila Waktu Telah Berakhir
Artist: Opick
Song Category: Nasyid

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Sunday 1 June 2008

Reiki Retreat 31 Mei 2008

Salam.

Semalam berlangsung satu lagi Program Reiki Retreat di Centre IQBC, Shah Alam setelah pulang dari Pulau Langkawi. Alhamdulilah kedatangan student , reiki masters dan juga warga luar yang turut serta untuk mengenal reiki tidak mengecewakan walaupun di musim cuti sekolah ini.

Seperti biasa kami akan melakukan aktiviti self healing, meditasi ringkas, sesi perkongsian pengalaman, sedikit tazkirah, melakukan rawatan jarak jauh bagi yang tidak dapat menghadirkan diri dan pelbagai lagi termasuklah perancangan majlis pelancaran buku pertama Dr.Mir Hazil Azran bertajuk 'Aura Penyembuhan Reiki' dan sambutan graduasi bagi para juruterapi IQBC pada 28hb Jun 2008 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.

Berkenaan sesi retreat, saya agak bangga kerana para hadirin yang datang adalah dari pelbagai golongan latarbelakang. Ada yang dari bidang katering, pembekal kanopi, pengusaha atau pengedar kereta, bidang pembinaan, pelajar IPT, pengusaha spa dan salon, guru agama @ ustazah (yang agak sporting dan byk perkongsian yang diberi) , dan pelbagai lagi.

Umumnya yang datang dgn satu niat iaitu untuk menyelami dan mendalami ilmu perubatan atau penyembuhan reiki. Namun yang berlaku adalah lebih dari itu. Perkongsian dan perbincangan melewati hal2 kehidupan seharian dari urusan kendalian dan permasalahan keluarga dan anak2 sampailah kepada cara2 dan bagaimana mengecap impian dan cita2 masing tak kiralah dalam bidang perniagaan, pekerjaan mahupun bidang pelajaran.

Kami bagaikan sebuah keluarga yang meluahkan isi hati masing2 untuk didengari oleh ahli keluarga yang lain dan membantu bagaimana jalan penyelesaian boleh dicapai. Dan melalui sesi sebegini juga, amat jelas bahawa bidang perawatan energi ini bukan sahaja terbatas pada permasalahan penyakit fizikal tetapi lebih dari itu. Jika diselami lebih dalam ia juga merangkumi seluruh aspek kehidupan dan yang paling utamanya ia mengajar dan mendedahkan diri kepada belajar mengenal diri dan penciptaanNya.

Ada yang membangkitkan mengenai bagaimana untuk menguruskan pendapatan, mencipta keinginan untuk sukses, mengendalikan anak yang nakal, dan antara kes yang menarik dan pengalaman baru ialah bagaimana pengendalian permasalahan berkaitan energi atau soul dari masa lampau yang tidak bebas atau mengalami masalah untuk ke destinasi seterusnya. Ha sikit sajalah saya cerita nanti ada yang kerut dahi pulak apa pulak saya mengarut ni.

Apa pun syabas pada yang ikhlas dan menghormati ilmu itu sendiri dan harapan saya agar ianya disampaikan pada yang ingin mengetahui dengan sejujurnya dan dgn fakta yang benar dan bukannya atas dasar percaturan anda sendiri. Kebiasaannya ilmu2 sebegini meningkatkan lagi kerohanian dalam diri andai ianya dihayati sepenuhnya.

*Untuk yang ingin mengetahui tentang Ilmu Penyembuhan Reiki atau terapi energi ini bolehlah menghubungi saya atau IQBC sendiri.

Master Huda
019-2762006 /03-58804349