Thursday, 5 June 2008

Rilex Sebentar...

Mengingati kisah sekolah

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984..

MESTI KORANG INGAT NI !

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 pulak kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? Menda alah apa tu?CD? apa tu? kaset tape pernah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 ringgit je.kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm , 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.

Bila dah habis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dlm class.tapi bunyi loceng la yang paling best sekali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...lagi satu loceng masa nak pergi rehat. tinggal kan kerja sekolah, jom kita pergi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia! lipat kertas kecik2, lepas tu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 sekarang, bagi diorg, diorg mana pernah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ada satu je Vietnam.AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.dan diorg tak paham macam mana kita boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:

1. korg paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin

3. korg sure pelik bila tengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecik2, nakal2 dulu...yang sekepala la kan..

7. last skali, bila dah baca coretan ini, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lama korg. Sure diorg suka punya laa...heheh

Tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..mungkin ada di antara kita mengalirkan air mata..ye lah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu...Di manakah kita???

4 comments:

FAZA @ IMA said...

wow !!

betullah kak..
tapi tak aci.. zaman semua yg akak tulis kat atas tu saya pun merasa jugak. walaupun lahir tahun 1985. hahaha

( aku yang kecik..)
terimbas nostalgia sekolah dulu2..what a sweet memory..

muka akak mesti berhinguih kan ? hahahahaha...

cop2 ! part paling tak tahan, bila darjah 1 darjah 2 , ada kawan duk sebelah terberak.

aaagghh....

HUda said...

o cik timah..hahahaha..org saja taknak sebut part bau2an tu..hahaha..akak ada jugak pengalaman dalam bas masa darjah satu.. duduk kat depan ..tiba2 org belakang kecoh2 rupanya ada budak lelaki ni dah ter*****... hahaha...

Mana ada berhinguih..org 'macho' ooo.. nanti cari gambar darjah satu hahaha..

Bib said...

nak menyibuk gak letak komen kat sini..memang seronok bila teringat masa kecik2 dulu.

Dulu tak takut pun nak main kat taman tanpa mak bapak tengok..tp skang..even setakat luar pagar pun..anything boleh jadi..

Main zero point..main rounders..kepala pecah berdarah kena pukul..kekeke..

Naik bas tambang RM0.20 je dulu..skang..mak aihh..belanja RM0.30 pun leh survive and still boleh simpan dlm tabung..tp skang..beli gula2..dpt 6 bijik jer..huuhuhu

budak skang demand..guna hp mengalahkan org dewasa..Mak nye handphone tak secanggih dorang..huhuuh

Ude,
Rindu kan..jalan kaki je gi outing masa sekolah dulu..tak heran pun..tapi skang jalan sikit jer dah terasa jauh..

HUda said...

hai bib...
itulah tandanya kita dah ... senior!! hehe..
salah satu pengalaman indah dalam fasa kehidupan kita..
hargai setiap saat..
sementara harga nya masih murah! hihi..