Friday 30 May 2008

Oprah's Guest

In April, Maya Angelou was interviewed by Oprah on her 70+ birthday. Oprah asked her what she thought of growing older.

And, there on television, she said it was "exciting."

Regarding body changes, she said there were many, occurring every day...like her breasts. They seem to be in a race to see which will reach her waist, first.

The audience laughed so hard they cried. She is such a simple and honest woman, with so much wisdom in her words! Maya Angelou said this:

"I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."

"I've learned that you can tell a lot about a person by the way he/she handles these three things: a rainy day, lost luggage, and tangled Christmas tree lights."

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life."

"I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'."

"I've learned that life sometimes gives you a second chance."

"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one."

"I've learned that every day you should reach out and touch someone."

"People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."

"I've learned that I still have a lot to learn."

"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

Thursday 29 May 2008

Terang Dalam Gelap

Dua hari lepas saya ada teman kawan saya pergi shopping. Pergh mcm best je bunyi ..shopping! Heaven je rasa hihi. Sebenarnya dia baru pindah rumah so banyaklah barang2 keperluan nak kena beli..

Saya pun saja lah ambil kesempatan pusing-pusing, belek-belek barang-barang yang tak perlu pun tapi syok tengok..pompuan biasalah.. Bukan selalu nak ke Mid Valley tu yang penuh sesak musim cuti sekolah ni.. Sambil saya asyik dok tengok kasut2 kat satu kedai ni.. datanglah seorang perempuan dengan dua org anaknya..

Saya terdengar yang perempuan iaitu si ibu bertanya pada anaknya..

"kasut apa ni? jenama apa?"

Lepas tu dgrlah anaknya mengeja jenama kasut tersebut.. maklumlah budak tu baru berumur 7 atau 8 tahun rasanya.

Tiba2 terdengar bunyi bising sebab ada beberapa kasut jatuh dari tempat yang disusun. Saya menoleh..

Baru lah saya perasan yang si ibu dan anaknya yang besar dalam lingkungan belasan tahun tu buta! Hanya tangan mereka saja yang dok meraba2 bagi membelek bentuk kasut yang mereka pegang.

Cuma yang adik tu yang dapat melihat dan dialah yang mengeja dan jadi mata pada ibu dan kakaknya. Saya beristigfar. Rasa kasihan pun ada dan rasa kagum pun ada. Saya kasihan kerana saya perasan si sales girl yang ada tu mcm rasa tak puas hati je dgn kehadiran mereka. Patutnya dia datang dan tolong golongan org yang mcm ini lebih daripada org yang celik. Beri bantuan dan penerangan akan jenis kasut yang sesuai, size kasut dan lain2 lah.

Tapi saya kagum kerana mereka tidak malu dgn keadaan diri mereka dan masih keluar untuk bertemu dunia luar dgn cara mereka sendiri. Tidak seperti sesetengah dari kita yang malu akan diri sendiri walau pun sempurna anggota.

Mulanya saya sendiri nak bergerak dan menyapa mereka tapi tidak sempat, mereka telah berlalu. Dalam hati saya mendoakan mereka sentiasa bahagia dan dapat merasai nikmat bershopping macam org lain juga.

Setiap kita mempunyai naluri dan kehendak. Tak kiralah si celik atau si buta. Yang penting kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan pada kita. Syukur dan yakin pada diri sendiri tidak kiralah kita ni putih ke, hitam ke, gemuk ke, kurus ke... kerana setiap kekurangan kan pasti ada kelebihannya.. setiap kelemahan kan pasti ada kekuatannya.

Wednesday 21 May 2008

Langkawi The Magical Island



Salam... sudah dua hari selamat kembali ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari bermaustatin di bumi kelahiran Mahsuri. Alhamdulilah program Retreat dan Recharge berjalan dengan sempurna bermula pada 16hb Mei 2008 bertolak pada jam kira-kira 10.30malam dan tiba semula di Shah Alam (IQBC centre) pada kira-kira juga jam 10.30malam 19hb Mei 2008.

Keletihan masih terasa kerana dah lama tak naik bas untuk long distance ni.. tapi menarik jugak sekali sekala ramai2 dalam bas. Semasa di Pulau Langkawi walaupun tak semua tempat dapat dilawati namun saya tetap berbangga kerana menjejakkan kaki ke sana. Penuh dengan pelbagai rahsia dan ceriata tersendiri. Energi yang begitu menenangkan dan melegakan.

Samalah juga dengan program retreat dan recharge yang dilaksanakan. Bermula dengan kursus Resq 56 dan Resq HU (bonus), ditambah dengan Nur Reiki Salam dan perkongsian pengalaman dari mereka yang telah mendapat atau menempa kejayaan demi kejayaan yang begitu terfana apabila telinga saya ini mendengarkannya. Masyaallah..begitu hebat kuasaNya. Pada sesiapa yang meminta dan berusaha, pasti akan mendapatnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah hubungi IQBC untuk kursus KAMK-Kuasa Aura Magnet Kekayaan yang telah banyak membantu mereka yang telah turut serta. Insyaallah.. anda tidak akan rasa kerugian walau sedikit pun..

Turut serta adalah peserta atau Master2 Reiki dan juga perserta2 baru yang masih dalam pencarian. Semoga setelah berakhir kursus ini segala persoalan telah terjawab dan bermulalah suatu perjalanan baru buat anda. Sesungguhnya ilmu tanpa amal tiada gunanya.

Buat Master Hazil dan Coach Amar, sekali lagi ... Selamat Hari Guru....

Sunday 11 May 2008

11th May 2008, HAPPY MOTHER'S DAY




Selamat Hari Ibu!


Buat emak saya yang paling saya sayangi, Puan Fazilliah Ramli dan juga buat semua ibu-ibu di seluruh pelusuk dunia ini saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu.

Semoga hari ini menggembirakan semua kaum ibu dan sejuta penghargaan buat semua.

Sesungguhnya hormati lah ibu anda sekelian , (sebagai ingatan) sebagaimana yang telah diberitahu oleh Nabi Allah , Muhammad SAW, apabila ditanya siapakah yang paling perlu kita hormati di dunia ini.. Nabi Muhammad memberi jawapan 'ibu' sebagai orang yang perlu kita hormati, sanjungi dan sayangi dari yang lain di dunia ini sebanyak 3 kali sebelum menyebut 'bapa' sebagai org kedua.

Sesungguhnya kasih sayang dan doa seorang ibu tiada tandingnya. Teringat saya kisah di TV3 semalam bagaimana seorang anak malu untuk mengaku dan berdamping dgn ibunya hanya kerana ibunya tidak mempunyai sebelah mata. Namun sungguhpun demikian, kejayaan dan kecemerlangan tetap ditempuhi setiap saban. Tiada yang menghairankan kerana si ibu tidak jemu2 mendoakan keselamatan dan kejayaan anak kesayangannya itu walau tidak dihormati dan dihargai si anak. Hanya setelah pemergian si ibu barulah diketahui bahawa ketiadaan sebelah mata si ibu kerana didermakan pada si anak tika kemalangan waktu kecil. Justeru kehilangan si ibu , kegagalan demi kegagalan mendatang pada si anak.

Subhanallah..sesungguhnya doa seorang ibu umpama suatu kuasa yang mampu memungkinkan segalanya di dunia ini atas keizinanNya. Maka pada semua ibu-ibu, tuturkanlah, madahkanlah dan doakanlah yang baik dan yang positif sahaja pada anak-anak anda sekelian. Terapkanlah rasa hormat pada diri anda , pada orang lain, pada rezeki dan mengucapkan kesyukuran agar si anak tidak malu atau lupa pada kesenangan yang dinikmati. Marah jika perlu , namun doakan kejayaan pada mereka.
Sungguhpun berada di kejauhan, pada emak saya... i love so much!! Muuuaah!!!



Kisah Aku dan Mereka

Malam itu seperti biasa
Makan malam di tempat indah
Rasa sunyi sungut satu antara nya
Mungkin sedikit alunan bisa diamati kemudian
Ya ...apa salahnya..
Mengiya tanpa usul
Lalu terus menyusul
Ku lewati ruang itu
Ku cuba bersahaja pabila mata-mata mula menikam kelibat ku
Yang litup menutupi diri
Sungguh berbeda berbanding mereka
Hati mula gusar, anggota mula gelisah
Argh mereka ini mungkin sekejap sahaja
Namun detik berlalu tiada mereka rasa
Pendengaran kian kelu dek bunyian yang lantang
Dentuman alunan bagai meroboh degup jantung ini
Goyangan dan ayunan kian rancak
Tenggelam dalam fana yang asing
Ku lihat si adik begitu manja dalam helaian yang sekadar
Ku lihat si abang begitu mempersona dalam tegukan
Ku lihat si bapa begitu waja dalam keghairahan
Si datuk? oh ku lupa si datuk juga turut serta bagai senada sejiwa
Sesungguhnya ini bukan alunan yang ku teka
Kepala ku mula pusing dengan hiruk sekeliling
Bauan yang kurang enak mula ku rasa
Mereka seolah tidak peka pada diri ini
Satu demi satu mereka hirup dan seterusnya
hingga tiada lagi saksama
Ya Tuhan begitu hebat dugaan ini
bagai mencabut hormat diri dan peribadi
Aku tidak sanggup lagi
Lalu kaki ini melangkah deras
Menuruni anak-anak tangga yang terhampar
Biarkan sahaja mereka
Aku tidak mahu masuk campur
Walau jika urusan ku dgn mereka tidak berjaya kelak
Aku redha
Ku mohon hanyalah pembersihan diri
Dari pengalaman ini..

Wednesday 7 May 2008

Kerja oh Kerja!

Salam buat semua.

Nampaknya makin lama makin saya ni tak berkesempatan nak update blog.. kadang2 masa ada tapi otak ni beku la pulak. Bukan apa..busy dek kerja kerja kerja.. saya amat tertarik dari tulisan di blog kenalan baik saya

"For me it is nothing but the truth! What sane woman who would want to climb up and down water tanks, in and out sewerage plants, sweating like a p!g, put on a macho disguise, pull up her sleeves and try to figure out which part of that rotating equipment that is actually wearing and tearing off. What sane woman who would want to be shouted at by a stupid man who happened to be a CEO of one hot shot water company?. What sane woman who would want to be flown over thousand miles away from home all alone just to accompany some idiots who were actually trying to have some shaking-ass-experiences thousand miles away from home (from the wives that is!!)? I had enough! I guess at 32, my maternal clock is ticking very loudly.

Mmmm part pompuan siuman tu yang menarik hati.Memang betul..perempuan siuman manalah yang nak kerja susah2, bergaul dgn lelaki2 semua tak kira siang dan malam, bersoal jawab dan membicarakan perkara2 teknikal yang susah nak faham... macam ala2 bagus sahaja.

Saya pun begitu juga..sampai adakalanya terfikir..semata kerana apakah yang aku dok buat kerja ni?? Duit? Org tgk mcm gaya senang sgt tapi hakikatnya biasa saja..saya tetap bersyukur namun menjadi persoalan..adakah tersilap langkah saya menjerumuskan diri dan melonjakkan diri hingga ke peringkat sekarang ini? Terlalu pandaikah ? Terlalu berkaliber sgtkah saya ini?

Apa kesudahan kisah ini jika tanggungjawab dan kesukaran makin bertambah? Apa yang patut dibuat jika hati sudah tidak bersatu dengan gembira? Kalau ku pilih jalan melakukan tugasan yang biasa sahaja dan bersahaja yang hanya duduk kat ofis dan balik bila cukup waktu..adakah mengundang bahagia? Mmmm saya letih..cukup letih..

Agaknya betullah kata org2 tua dahulu...perempuan ni akhirnya ke dapur juga...kini saya faham..bukanlah bermaksud menidakkan kepimpinan dan kepandaian wanita..tapi jika difikir lebih dalam..ia juga membawa maksud bahawa setinggi mana sekalipun kedudukan atau pangkat..namun kesesuaian, fitrah dan nalurinya adalah untuk melakukan kerja yang mudah2 sahaja dan ringan2 sahaja..iaitu yang paling sesuai umpamanya di dapurlah..

Entahlah..mungkin ada yang tidak bersetuju dgn saya..tapi ini hanyalah sekadar luahan rasa saya.. bagi saya kini yang saya idam2kan adalah untuk buat kerja senang saja..rasa tak larat dah nak bersusah2 ... nak buat kerja yang buat saya gembira dan puas...

Hehe...memang kusutlah saya ni...