Sunday, 11 May 2008

Kisah Aku dan Mereka

Malam itu seperti biasa
Makan malam di tempat indah
Rasa sunyi sungut satu antara nya
Mungkin sedikit alunan bisa diamati kemudian
Ya ...apa salahnya..
Mengiya tanpa usul
Lalu terus menyusul
Ku lewati ruang itu
Ku cuba bersahaja pabila mata-mata mula menikam kelibat ku
Yang litup menutupi diri
Sungguh berbeda berbanding mereka
Hati mula gusar, anggota mula gelisah
Argh mereka ini mungkin sekejap sahaja
Namun detik berlalu tiada mereka rasa
Pendengaran kian kelu dek bunyian yang lantang
Dentuman alunan bagai meroboh degup jantung ini
Goyangan dan ayunan kian rancak
Tenggelam dalam fana yang asing
Ku lihat si adik begitu manja dalam helaian yang sekadar
Ku lihat si abang begitu mempersona dalam tegukan
Ku lihat si bapa begitu waja dalam keghairahan
Si datuk? oh ku lupa si datuk juga turut serta bagai senada sejiwa
Sesungguhnya ini bukan alunan yang ku teka
Kepala ku mula pusing dengan hiruk sekeliling
Bauan yang kurang enak mula ku rasa
Mereka seolah tidak peka pada diri ini
Satu demi satu mereka hirup dan seterusnya
hingga tiada lagi saksama
Ya Tuhan begitu hebat dugaan ini
bagai mencabut hormat diri dan peribadi
Aku tidak sanggup lagi
Lalu kaki ini melangkah deras
Menuruni anak-anak tangga yang terhampar
Biarkan sahaja mereka
Aku tidak mahu masuk campur
Walau jika urusan ku dgn mereka tidak berjaya kelak
Aku redha
Ku mohon hanyalah pembersihan diri
Dari pengalaman ini..

No comments: