Thursday, 29 May 2008

Terang Dalam Gelap

Dua hari lepas saya ada teman kawan saya pergi shopping. Pergh mcm best je bunyi ..shopping! Heaven je rasa hihi. Sebenarnya dia baru pindah rumah so banyaklah barang2 keperluan nak kena beli..

Saya pun saja lah ambil kesempatan pusing-pusing, belek-belek barang-barang yang tak perlu pun tapi syok tengok..pompuan biasalah.. Bukan selalu nak ke Mid Valley tu yang penuh sesak musim cuti sekolah ni.. Sambil saya asyik dok tengok kasut2 kat satu kedai ni.. datanglah seorang perempuan dengan dua org anaknya..

Saya terdengar yang perempuan iaitu si ibu bertanya pada anaknya..

"kasut apa ni? jenama apa?"

Lepas tu dgrlah anaknya mengeja jenama kasut tersebut.. maklumlah budak tu baru berumur 7 atau 8 tahun rasanya.

Tiba2 terdengar bunyi bising sebab ada beberapa kasut jatuh dari tempat yang disusun. Saya menoleh..

Baru lah saya perasan yang si ibu dan anaknya yang besar dalam lingkungan belasan tahun tu buta! Hanya tangan mereka saja yang dok meraba2 bagi membelek bentuk kasut yang mereka pegang.

Cuma yang adik tu yang dapat melihat dan dialah yang mengeja dan jadi mata pada ibu dan kakaknya. Saya beristigfar. Rasa kasihan pun ada dan rasa kagum pun ada. Saya kasihan kerana saya perasan si sales girl yang ada tu mcm rasa tak puas hati je dgn kehadiran mereka. Patutnya dia datang dan tolong golongan org yang mcm ini lebih daripada org yang celik. Beri bantuan dan penerangan akan jenis kasut yang sesuai, size kasut dan lain2 lah.

Tapi saya kagum kerana mereka tidak malu dgn keadaan diri mereka dan masih keluar untuk bertemu dunia luar dgn cara mereka sendiri. Tidak seperti sesetengah dari kita yang malu akan diri sendiri walau pun sempurna anggota.

Mulanya saya sendiri nak bergerak dan menyapa mereka tapi tidak sempat, mereka telah berlalu. Dalam hati saya mendoakan mereka sentiasa bahagia dan dapat merasai nikmat bershopping macam org lain juga.

Setiap kita mempunyai naluri dan kehendak. Tak kiralah si celik atau si buta. Yang penting kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan pada kita. Syukur dan yakin pada diri sendiri tidak kiralah kita ni putih ke, hitam ke, gemuk ke, kurus ke... kerana setiap kekurangan kan pasti ada kelebihannya.. setiap kelemahan kan pasti ada kekuatannya.

5 comments:

knv said...

ya allah insafnya aku. terasa sungguh aku ni lagi banyak komplen dari bersyukur dengan apa yang ada..

hhmmm... ni nak kena paradigm shift!

HUda said...

tu la sekali sekala ditemukan peristiwa mcm ni, memang insaf jadinya.. apalah sgt masalah kita dibanding dgn golongan yang kurang sempurna anggota tubuh mereka..

FAZA @ IMA said...

VERY TOUCHING..

--;-@

lynndaanilyn said...

CELIK MATA TANPA CELIKNYA HATI
IBARAT BUTA HATI.....

AMIINN KERNA CELIKNYA HATI KAMU HUDAZ....

PENGALAMAN ITU SUDAH CUKUP MENGINSAFKAN KITA....WALAU TANPA KITA LALUI DAN ALAMI...

HUda said...

ello fatimah,
pelik kan bagi org yang tak mudah tersentuh dek peristiwa begini? semoga kita sentiasa mengambil iktibar atas segala kejadian.

Hai k.lynnda,
thks. marilah kita laksanakan program yg kita rancangkan utk aktiviti2 amal secepat mungkin ya?..masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuan dan sokongan kita yang tidak semestinya dgn wang ringgit.. semangat dan keikhlasan kita boleh memberi kekuatan pada mereka..insyaallah.