Selamat Hari Ibu!
Buat emak saya yang paling saya sayangi, Puan Fazilliah Ramli dan juga buat semua ibu-ibu di seluruh pelusuk dunia ini saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu.
Semoga hari ini menggembirakan semua kaum ibu dan sejuta penghargaan buat semua.
Sesungguhnya hormati lah ibu anda sekelian , (sebagai ingatan) sebagaimana yang telah diberitahu oleh Nabi Allah , Muhammad SAW, apabila ditanya siapakah yang paling perlu kita hormati di dunia ini.. Nabi Muhammad memberi jawapan 'ibu' sebagai orang yang perlu kita hormati, sanjungi dan sayangi dari yang lain di dunia ini sebanyak 3 kali sebelum menyebut 'bapa' sebagai org kedua.
Sesungguhnya kasih sayang dan doa seorang ibu tiada tandingnya. Teringat saya kisah di TV3 semalam bagaimana seorang anak malu untuk mengaku dan berdamping dgn ibunya hanya kerana ibunya tidak mempunyai sebelah mata. Namun sungguhpun demikian, kejayaan dan kecemerlangan tetap ditempuhi setiap saban. Tiada yang menghairankan kerana si ibu tidak jemu2 mendoakan keselamatan dan kejayaan anak kesayangannya itu walau tidak dihormati dan dihargai si anak. Hanya setelah pemergian si ibu barulah diketahui bahawa ketiadaan sebelah mata si ibu kerana didermakan pada si anak tika kemalangan waktu kecil. Justeru kehilangan si ibu , kegagalan demi kegagalan mendatang pada si anak.
Subhanallah..sesungguhnya doa seorang ibu umpama suatu kuasa yang mampu memungkinkan segalanya di dunia ini atas keizinanNya. Maka pada semua ibu-ibu, tuturkanlah, madahkanlah dan doakanlah yang baik dan yang positif sahaja pada anak-anak anda sekelian. Terapkanlah rasa hormat pada diri anda , pada orang lain, pada rezeki dan mengucapkan kesyukuran agar si anak tidak malu atau lupa pada kesenangan yang dinikmati. Marah jika perlu , namun doakan kejayaan pada mereka.
No comments:
Post a Comment