Friday 24 April 2009

Terkenang semasa dulu...



Salam...

Hari ni rasa macam terkenang-kenang pulak zaman masa kecik-kecik dulu. Tau tak dulu saya ni mcm tomboy sikit , seluar pendek, rambut pendek , berkawan dgn kawan2 lelaki saja especially kawan2 abang la. Tak cukup dgn tu join lagi depa main bola, gasing, capteh? .. ish ish.. anak sapa tu..hehe..

Dah besar sikit , baru pakai skirt , tu pun jalan tak ayu langsung.. hehe.. masih main tembak2, panjat2 sampai jatuh patah tangan..., belajar naik basikal. Teringat satu hari main basikal, basikal terbalik handle basikal termasuk dalam mulut adik yang masih kecil dok kat sebelah..aduh... kaget! terus berkejar ke klinik..kasihan adik masa tu..berjahit lah mulut tu... itu tak termasuk masa dia baby.. pernah saya jatuhkan sekeping papan plywood atas dia sampai terdiam sekejap semua org panik.Ditepuk2 beberapa kali baru lah menangis balik dan selak la..apa lagi kan..saya? hehe..lari sembunyi bawah tangga.. takuttt!!

Saya ada sorang best friend ni , lelaki, tapi dia pekak dan bisu. So bila main hanyalah bahasa isyarat saja. Dulu tinggal kat belakang rumah tokwan saya.Hanya mak dia dan saya saja yang biasanya faham apa katanya. Nama dia 'F'.Hehe...apalah khabar dia sekarang ni.. di mana pun saya tak tau..kami terputus hubungan bila keluarga saya mula berpindah randah..agaknya kalau jumpa pun dah tak kenal...Where ever you are, i wish you happy F!

Nasiblah dalam keadaan pindah randah dan saya yang buas dan lasak tu , pelajaran tetap dapat saya catch up dgn baik. Hampir setiap tahun dari darjah 1 sampai darjah 6 dapat no 1 dan naik pentas ambik hadiah ceh wah.. saya pandai?? mmm mungkin masa tu la hehe.. sekarang ? cam ala2 mengong jugak kekadang haha...

Lepas tu ke sekolah menengah.. sebelum saya lupa,..saya ada 4 sekolah rendah! bayangkan keadaan nomad ku mcm mana hehe...

Ke sekolah menengah...mmmm kita sambung lain kali la ....
wassalam sekian dulu...

Thursday 23 April 2009

Ice Cream Personality

Salam...mari kita relax sekejap dan makan aiskrimmm!!!
Kalau anda penggemar aiskrim , ini untuk anda hahaha... no no no..bukan utk yang tengah diet tu yeee....

What does your favorite ice cream flavor reveal about you? More than you think!


Vanilla
You love vanilla ice cream, but you're definitely not plain! Lively and outgoing, you're always on the go or hanging out with friends.


Strawberry
You can be on the quiet side, but that's because you're a dreamer. You have a great imagination that makes you rock at anything creative!


Chocolate Chip Cookie Dough
You're a natural leader, and always aim high. A total go-getter, you won't give up until you've achieved all that you wanted to do!


Chocolate
Chocolate-lover, you are a total flirt --- you love attention! But at heart, you're really a hopeless romantic waiting for your prince/princess to come along.


-------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday 14 April 2009

Pengalaman Bersedekahkan Al Fatihah

Suatu petikan email yang saya terima ;

Assalamualaikum wbkt.

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua
sentiasa... AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila
dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa
insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg
sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya
meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak
bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah
bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami
minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah
kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya
tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal
saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya
sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah
dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur
kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital. Saya tak
berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau
wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu.
Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan
bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita
sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.




UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim .... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Dirikanlah solat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat
itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam
begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis
disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.

Wallahualam.

Sunday 12 April 2009

Emosi/Atitud Mencemar Tubuh

Tahukah anda bagaimana emosi dan atitud boleh mencemar tubuh badan anda?

Begitu senang untuk anda buat anda sakit. Kita mengetahui tentang sakit sejak kita kecil lagi. Kita lihat org jatuh sakit dan kita dengar mengapa.

Contoh : "Jgn main hujan, nanti demam"

Itu adalah program minda. Nueron otak menerima sebagai arahan yang harus dipatuhi.Dan ianya menjadi satu sistem atau software yang auto dlm otak kita.

Kita lihat org demam atau sakit, dan kita bayangkan kita juga boleh jatuh sakit. Itu adalah 'kerisauan'. Risau juga satu program.Gambaran yang kita bayangkan atau visualkan diminda kita juga bertindak sbg arahan utk dipatuhi.

Kita juga ada beberapa koman suara atau arahan yang kita lontarkan sebagai program diminda kita tanpa kita sedari'

Contoh :
1)Dia buat aku sakit jantunglah
2)Dia patahkan hati ku
3)Meloya aku dengar dia cakap macam tu
4)Kalau tak berjaya ni, matilah aku
5)Sakit perut aku ketawa kuat2
6)Kecut perut aku ingat bos marah tadi
7)Bodoh betullah aku apasal tak terfikir tadi
dan lain-lain lagi.

Setiap pernyataan bagaikan afirmasi dan jika diulang dalam satu jangka yang cukup untuk menjadi satu program maka perlahan2 kesannya anda akan rasa.Perhatikan perkataan yang boleh dikaitkan dgn tubuh fizikal mahupun minda anda yang menjadi subjek negatif dalam tiap ayat di atas. Seperti juga gambaran pada minda, afirmasi atau perkataan yang menggambarkan subjek juga merupakan program atau arahan minda.

Pemikiran dan ekspresi negatif menjadi program yang tidak diperlukan, manakala pemikiran dan ekspresi positif menjadi program yang kita amat perlukan. Ini adalah kerana program yang negatif menghasilkan kesedihan, kegagalan dan mengakibatkan kesakitan pd tubuh fizikal. Manakala program yg positif menghasilkan kegembiran,kejayaan dan memberi kesihatan yang baik.

Jadi hati2 terhadap program yg telh kita setkan pada minda kita samaada kita mahu mengekalkan program lama yang mengundang negatif atau mulalah utk memprogramkan semula arahan yang sepatutnya diterima oleh minda dan otak anda.

Wednesday 8 April 2009

Kau Berpura

Hidup satu putaran roda...
Itu semua org seakan tahu akan fenomenanya
Kadang di atas kadang di bawah
Tapi setengah org seakan tak faham atau
sengaja tak mau faham
Ada yang sengaja fikir diri akan kekal di atas
Ada yang sengaja nak buat org fikir diri hebat dan bagus
Untuk apa? Untuk apa nak org fikir
Untuk apa kepura-puraan yang hanya palsu lagi plastik
Sedarlah wahai mereka yang masih alpa
Jika kau lemah dan jatuh, kau akui kelemahan dan kejatuhan mu
Jika kau kecewa dan hancur, kau terimalah kekecewaan dan kehancuran itu
Jgn sekali kau berpura yang kau ok, kau tidak ada apa2.. kau biasa saja
Kerana disebabkan itu kau tidak bisa bangun semula
Kau tidak bisa memaksa seluruh tenaga dan keupayaan mu utk ke mercu jaya
Kerana kau kaburi ia
Kau purai dia
Kau letakkan di dasar paling dalam
dan kau bekukan semua rasa yang kononnya kau kata kau rasa
Kau terbitkan rasa yang kurang selesa
pada mereka yang kononnya kau suka
Kau tidak hirau rasa hormat pada mereka
Kau hanya berpura
Putaran roda mu akan kecundang jua akhirnya
Kiranya kau masih sama
Kau yang berpura