Wednesday, 8 April 2009

Kau Berpura

Hidup satu putaran roda...
Itu semua org seakan tahu akan fenomenanya
Kadang di atas kadang di bawah
Tapi setengah org seakan tak faham atau
sengaja tak mau faham
Ada yang sengaja fikir diri akan kekal di atas
Ada yang sengaja nak buat org fikir diri hebat dan bagus
Untuk apa? Untuk apa nak org fikir
Untuk apa kepura-puraan yang hanya palsu lagi plastik
Sedarlah wahai mereka yang masih alpa
Jika kau lemah dan jatuh, kau akui kelemahan dan kejatuhan mu
Jika kau kecewa dan hancur, kau terimalah kekecewaan dan kehancuran itu
Jgn sekali kau berpura yang kau ok, kau tidak ada apa2.. kau biasa saja
Kerana disebabkan itu kau tidak bisa bangun semula
Kau tidak bisa memaksa seluruh tenaga dan keupayaan mu utk ke mercu jaya
Kerana kau kaburi ia
Kau purai dia
Kau letakkan di dasar paling dalam
dan kau bekukan semua rasa yang kononnya kau kata kau rasa
Kau terbitkan rasa yang kurang selesa
pada mereka yang kononnya kau suka
Kau tidak hirau rasa hormat pada mereka
Kau hanya berpura
Putaran roda mu akan kecundang jua akhirnya
Kiranya kau masih sama
Kau yang berpura

No comments: