Monday, 16 March 2009

Hari Yang Suram

Hari ini seawal jam 2pagi saya telah menerima satu perkhabaran yang agak menyedihkan. Panggilan pemberitahuan perginya allahyarhamah Puan Mahwamazuri atau dikenali sebagai Julie ke Rahmahtullah...

Sejak panggilan tersebut saya sudah tidak bisa melelapkan mata, hati begitu gundah dan hiba. Saya imbas kembali beberapa jam sebelum melelapkan mata. Saya belek dan merenung handphone dan saya tatapi sms terakhir beliau kira-kira jam 9.45malam meminta saya membuat distant healing dan extra energy. Tika itu hati ini yang merasa gelisah dgn perjalanan hari tetap melaksanakannya tanpa keraguan dan berbelah hati lagi...

Imbas lagi pada awal paginya, beliau telah menghubungi saya dan bertanya tentang beberapa soalan tentang keadaan diri beliau...dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ditimba, walau masih byk kekurangan pada diri ini, saya tetap memberi serba sedikit penerangan , yang akan saya ingat sampai bila2... antara kata saya " denyutan jantung u agak lemah"...

Beliau mengiyakan dan mengatakan akan pergi mendapat rawatan dan check up doktor pada esok hari , iaitu pada hari ini.Namun apakan daya... nafas terhenti jua...

Imbas lagi...saya mengenali beliau pada tahun lepas dan perkenalan kami agak rapat kerana beliau org yang tak jemu2 ingin mendapatkan rawatan utk menyihatkan tubuh badan beliau... dan untuk seberapa ketika setelah beberapa sesi intensif, beliau bearansur sihat malah turut mengambil kelas dan mempelajari ilmu perawatan Reiki. Dari masa ke masa beliau sering bertanya itu ini dan cuba utk mendalami dgn lebih dalam lagi.

Sesungguhnya semangat beliau amat kental dan tidak kenal putus asa.Namun KuasaNya mengatasi segalanya. Saya turut merasa kehilangan dan sedikit kecewa kerana tidak mampu berbuat apa.. benarlah rahsia Tuhan akan ajal maut yang tidak membenarkan kita utk menyangkal akan ketibaannya yang entahkan bila2 masa sahaja...

Semoga roh beliau dicucuri RahmatNya dan ditempatkan di tempat org2 yang Soleh. Amin.
Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.


Kringg..…dimana bunyi?
Aku telah bangun dari tidur, rasanya igau sekali.
Seharian ku berjalan-jalan bersama keluarga
Begitu indah, tapi
Tiba-tiba genggaman pertalianmu terlepas dariku,
Terdengar suara bising,membuatku lupa
Apakah engkau meninggalkanku jua?
Aku disini
Aku sudah bangun, ternyata aku tidak bermimpi!
Mereka lelap sekali
dimana engkau
Kenapa engkau tidak melihatku disini,
Aku disini bersama mereka,
Aku kedinginan,
Aku mencarimu ,
Dimana engkau?

Ohhh….
ternyata engkau mencariku
kenapa diam,
Tak terdengarkan jeritku memanggilmu?
Apa itu? Oh, engkau menangis..
Mengapa engkau menangis?
Baru kali ini melihatmu menangis,
Engkau selalu tertawa bersamaku,
Meski aku bising,
Meski aku senyum,
Tetap ceria.

Tapi mengapa engkau menatap kaku?
Siapakah itu?

Jangan menangis,
Jangan bersedih,
Lihat! Lihatlah senyumku!
aku tersenyum, untukmu

Senyumlah
Aku kan pergi dengan mereka,
Meski mereka bukan sesiapa dgn ku
Titip rindu untuk mu
Penggalan gelombang itu tak memutuskan cinta,
Meski harus berbeda alam.

2 comments:

Anonymous said...

Al Fatihah
Semoga allahyarham dicucuri rahmat.
Amat mengejutkan apabila menerima berita ini, beliau adalah coursemate kami semasa di Universiti.
Dalam mencari kebenaran berita yang kami terima di dalam internet terjumpalah blog ini.

HUda said...

Memang mengejutkan ramai...Semoga bersemadi dgn aman hendaknya... arwah seorg yang kuat semangat...