Friday, 13 March 2009

SPM 2009

"NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.".....
begitulah petikan dari Utusan Malaysia hari ini... sekalung tahniah kepada adik Nik Nur Madihah... 20As??? u kidding me!!!

Sebelum saya teruskan, tahniah juga pada mereka yang lain...sama ada yang berjaya dgn cemerlang atau kurang cemerlang... tahniah kerana berjaya mengharungi salah satu ujian yang membuahkan satu pengalaman dalam meniti perjalanan hidup ini...

Bagi adik Nur Madihah, beliau telah mempunyai impian dan matlamat beliau sendiri untuk menjadi Pakar Fizik.. dan tentunya yang lain2 juga mula memasang impian utk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Mmmm tapi bagaimana bagi mereka yang kurang cemerlang dan gagal???

Ketahuilah wahai adik-adik ku sekalian... ini hanyalah tiket untuk anda sekelian meneruskan pendakian anda menuju ke puncak. Walau anda gagal di permulaan , tidak bermakna anda tidak dibenarkan untuk teruskan pendakian anda..tidakkan lari gunung dikejar, kan?

Bagi yang cemerlang, alhamdulilah...walaupun begitu sentiasalah membuat research dan ambik tahu akan dunia luar yang sebenar bagi menentukan arah tuju adik2 kelak... pastikan saranan ibu bapa keluarga diambil kira dan jua rujukan dibuat bagi memastikan anda benar2 pasti akan matlamat dan jalan yang bakal anda pilih kelak... pun begitu usah mengundang risau dalam pencarian... peringkat seterusnya masih jua peringkat memiliki tiket untuk level yang seterusnya... hei..kita mmg ada byk level dalam hidup ini :-)

Bagi yang kecundang, usah bermuram.... SPM bukan penentu segalanya... kiranya anda kecewa...ok..teruskan melayan perasaan itu ..tapi usah sekali2 anda terperangkap dibuai perasaan selamanya... sudahlah...biarkan ianya berlalu..kata sinis org usah pedulikan... diri harus bangun dan fokus semula pada masa depan yang bakal ditempuhi.

Mulalah menjadi lebih peka, lebih terbuka dan lebih kreatif, jika gagal dalam pelajaran atau akademik, kreatif dan bijak lah dalam hidup... kreatif lah dlm membawa bahtera diri melayari perjalanan hidup ini..

Yang penting hidup mesti diteruskan dan jgn putus asa...teruskan pencarian dan pendakian anda....

Ayuh, generasi muda Malaysia Boleh!!!

No comments: