Monday 16 March 2009

Hari Yang Suram

Hari ini seawal jam 2pagi saya telah menerima satu perkhabaran yang agak menyedihkan. Panggilan pemberitahuan perginya allahyarhamah Puan Mahwamazuri atau dikenali sebagai Julie ke Rahmahtullah...

Sejak panggilan tersebut saya sudah tidak bisa melelapkan mata, hati begitu gundah dan hiba. Saya imbas kembali beberapa jam sebelum melelapkan mata. Saya belek dan merenung handphone dan saya tatapi sms terakhir beliau kira-kira jam 9.45malam meminta saya membuat distant healing dan extra energy. Tika itu hati ini yang merasa gelisah dgn perjalanan hari tetap melaksanakannya tanpa keraguan dan berbelah hati lagi...

Imbas lagi pada awal paginya, beliau telah menghubungi saya dan bertanya tentang beberapa soalan tentang keadaan diri beliau...dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ditimba, walau masih byk kekurangan pada diri ini, saya tetap memberi serba sedikit penerangan , yang akan saya ingat sampai bila2... antara kata saya " denyutan jantung u agak lemah"...

Beliau mengiyakan dan mengatakan akan pergi mendapat rawatan dan check up doktor pada esok hari , iaitu pada hari ini.Namun apakan daya... nafas terhenti jua...

Imbas lagi...saya mengenali beliau pada tahun lepas dan perkenalan kami agak rapat kerana beliau org yang tak jemu2 ingin mendapatkan rawatan utk menyihatkan tubuh badan beliau... dan untuk seberapa ketika setelah beberapa sesi intensif, beliau bearansur sihat malah turut mengambil kelas dan mempelajari ilmu perawatan Reiki. Dari masa ke masa beliau sering bertanya itu ini dan cuba utk mendalami dgn lebih dalam lagi.

Sesungguhnya semangat beliau amat kental dan tidak kenal putus asa.Namun KuasaNya mengatasi segalanya. Saya turut merasa kehilangan dan sedikit kecewa kerana tidak mampu berbuat apa.. benarlah rahsia Tuhan akan ajal maut yang tidak membenarkan kita utk menyangkal akan ketibaannya yang entahkan bila2 masa sahaja...

Semoga roh beliau dicucuri RahmatNya dan ditempatkan di tempat org2 yang Soleh. Amin.
Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.


Kringg..…dimana bunyi?
Aku telah bangun dari tidur, rasanya igau sekali.
Seharian ku berjalan-jalan bersama keluarga
Begitu indah, tapi
Tiba-tiba genggaman pertalianmu terlepas dariku,
Terdengar suara bising,membuatku lupa
Apakah engkau meninggalkanku jua?
Aku disini
Aku sudah bangun, ternyata aku tidak bermimpi!
Mereka lelap sekali
dimana engkau
Kenapa engkau tidak melihatku disini,
Aku disini bersama mereka,
Aku kedinginan,
Aku mencarimu ,
Dimana engkau?

Ohhh….
ternyata engkau mencariku
kenapa diam,
Tak terdengarkan jeritku memanggilmu?
Apa itu? Oh, engkau menangis..
Mengapa engkau menangis?
Baru kali ini melihatmu menangis,
Engkau selalu tertawa bersamaku,
Meski aku bising,
Meski aku senyum,
Tetap ceria.

Tapi mengapa engkau menatap kaku?
Siapakah itu?

Jangan menangis,
Jangan bersedih,
Lihat! Lihatlah senyumku!
aku tersenyum, untukmu

Senyumlah
Aku kan pergi dengan mereka,
Meski mereka bukan sesiapa dgn ku
Titip rindu untuk mu
Penggalan gelombang itu tak memutuskan cinta,
Meski harus berbeda alam.

Friday 13 March 2009

SPM 2009

"NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.".....
begitulah petikan dari Utusan Malaysia hari ini... sekalung tahniah kepada adik Nik Nur Madihah... 20As??? u kidding me!!!

Sebelum saya teruskan, tahniah juga pada mereka yang lain...sama ada yang berjaya dgn cemerlang atau kurang cemerlang... tahniah kerana berjaya mengharungi salah satu ujian yang membuahkan satu pengalaman dalam meniti perjalanan hidup ini...

Bagi adik Nur Madihah, beliau telah mempunyai impian dan matlamat beliau sendiri untuk menjadi Pakar Fizik.. dan tentunya yang lain2 juga mula memasang impian utk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Mmmm tapi bagaimana bagi mereka yang kurang cemerlang dan gagal???

Ketahuilah wahai adik-adik ku sekalian... ini hanyalah tiket untuk anda sekelian meneruskan pendakian anda menuju ke puncak. Walau anda gagal di permulaan , tidak bermakna anda tidak dibenarkan untuk teruskan pendakian anda..tidakkan lari gunung dikejar, kan?

Bagi yang cemerlang, alhamdulilah...walaupun begitu sentiasalah membuat research dan ambik tahu akan dunia luar yang sebenar bagi menentukan arah tuju adik2 kelak... pastikan saranan ibu bapa keluarga diambil kira dan jua rujukan dibuat bagi memastikan anda benar2 pasti akan matlamat dan jalan yang bakal anda pilih kelak... pun begitu usah mengundang risau dalam pencarian... peringkat seterusnya masih jua peringkat memiliki tiket untuk level yang seterusnya... hei..kita mmg ada byk level dalam hidup ini :-)

Bagi yang kecundang, usah bermuram.... SPM bukan penentu segalanya... kiranya anda kecewa...ok..teruskan melayan perasaan itu ..tapi usah sekali2 anda terperangkap dibuai perasaan selamanya... sudahlah...biarkan ianya berlalu..kata sinis org usah pedulikan... diri harus bangun dan fokus semula pada masa depan yang bakal ditempuhi.

Mulalah menjadi lebih peka, lebih terbuka dan lebih kreatif, jika gagal dalam pelajaran atau akademik, kreatif dan bijak lah dalam hidup... kreatif lah dlm membawa bahtera diri melayari perjalanan hidup ini..

Yang penting hidup mesti diteruskan dan jgn putus asa...teruskan pencarian dan pendakian anda....

Ayuh, generasi muda Malaysia Boleh!!!

Tuesday 3 March 2009

Hati Kita



Salam sejahtera...

Saya begitu tersentuh apabila membaca tentang topik kerendahan hati dari blog shifoo saya.

Kadangkala kita rasa kita hebat dan tahu segalanya. Kadangkala kita rasa tanggungjawab kita untuk memperbetulkan segalanya.. namun hati kita terlalu sukar untuk kita sendiri fahami. Kadangkala kita tak berniat untuk bermegah-megah dan menunjukbelang namun bila tiba masa... bila kena waktu yang sesuai...bila yang diusaha membuahkan hasil..hati kita mula rasa keriangan...dan dalam keriangan adakalanya kepuasan menghasilkan sedikit kemegahan... atau keriakkan....

Berbeza apabila kita langsung tak tahu...langsung berserah ... langsung merendahkan hati kita walau kita tahu langkah dan tindakan terbaik bagi setiap permasalahan itu... namun bila hati menjadi rendah...bila hati hanya mampu berserah... maka kejayaan ... keputusan yang dinikmati sungguh lain rasanya...sungguh bukan milik kita sebenarnya...

Ada masanya bila saya lakukan reiki, untuk kes atau perkara yang menjadi kebiasaan, adakalanya hati saya tidak lagi rasa gusar kerana sudah biasa kononnya... sudah tahu apa yang hendak dilakukan...namun kadangkala ada tikanya keputusan agak tidak mendatangkan kepuasan walau kejayaan dan kemajuan dilihat...

Namun amat berbeza jika berhadapan dgn kes atau perkara yang langsung saya tidak bersedia atau langsung kosong minda tentang perkara itu... tatkala itu hanya jiwa, minda dan hati bersatu... berdoa dan terus berdoa agar yang tidak tahu ini menjadi tahu.... yang kurang yakin ini menjadi yakin ... dan acapkalinya yang sebeginilah lebih membuahkan rasa....menghasilkan hasil yang tidak dijangka...

Oleh itu harus kita sentiasa renungi... tenungi...fikir sedalam-dalamnya... hati kita adalah segalanya...

Hati riang... minda tenang
Hati kusut... minda berserabut
Renung2kan!