Sunday, 12 April 2009

Emosi/Atitud Mencemar Tubuh

Tahukah anda bagaimana emosi dan atitud boleh mencemar tubuh badan anda?

Begitu senang untuk anda buat anda sakit. Kita mengetahui tentang sakit sejak kita kecil lagi. Kita lihat org jatuh sakit dan kita dengar mengapa.

Contoh : "Jgn main hujan, nanti demam"

Itu adalah program minda. Nueron otak menerima sebagai arahan yang harus dipatuhi.Dan ianya menjadi satu sistem atau software yang auto dlm otak kita.

Kita lihat org demam atau sakit, dan kita bayangkan kita juga boleh jatuh sakit. Itu adalah 'kerisauan'. Risau juga satu program.Gambaran yang kita bayangkan atau visualkan diminda kita juga bertindak sbg arahan utk dipatuhi.

Kita juga ada beberapa koman suara atau arahan yang kita lontarkan sebagai program diminda kita tanpa kita sedari'

Contoh :
1)Dia buat aku sakit jantunglah
2)Dia patahkan hati ku
3)Meloya aku dengar dia cakap macam tu
4)Kalau tak berjaya ni, matilah aku
5)Sakit perut aku ketawa kuat2
6)Kecut perut aku ingat bos marah tadi
7)Bodoh betullah aku apasal tak terfikir tadi
dan lain-lain lagi.

Setiap pernyataan bagaikan afirmasi dan jika diulang dalam satu jangka yang cukup untuk menjadi satu program maka perlahan2 kesannya anda akan rasa.Perhatikan perkataan yang boleh dikaitkan dgn tubuh fizikal mahupun minda anda yang menjadi subjek negatif dalam tiap ayat di atas. Seperti juga gambaran pada minda, afirmasi atau perkataan yang menggambarkan subjek juga merupakan program atau arahan minda.

Pemikiran dan ekspresi negatif menjadi program yang tidak diperlukan, manakala pemikiran dan ekspresi positif menjadi program yang kita amat perlukan. Ini adalah kerana program yang negatif menghasilkan kesedihan, kegagalan dan mengakibatkan kesakitan pd tubuh fizikal. Manakala program yg positif menghasilkan kegembiran,kejayaan dan memberi kesihatan yang baik.

Jadi hati2 terhadap program yg telh kita setkan pada minda kita samaada kita mahu mengekalkan program lama yang mengundang negatif atau mulalah utk memprogramkan semula arahan yang sepatutnya diterima oleh minda dan otak anda.

3 comments:

Luth said...

Kahkahkah.. kenyang perut bila gelak besar ni.. Fuh.. bertambah bertenaga bila melayan karenah orang ni..

HUda said...

Ko gelak ngan sapa ni luth? ooo buat program ya...bila gelak besar je perut kenyang eh? hehe

Luth said...

ya..hahaha