Suatu petikan email yang saya terima ;
Assalamualaikum wbkt.
Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua
sentiasa... AMIN
Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila
dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa
insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg
sedang sakit atau sudah meninggal.
Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya
meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak
bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah
bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami
minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah
kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya
tak disentuh pun.
Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal
saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya
sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah
dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur
kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.
Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital. Saya tak
berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau
wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu.
Saya yakin.
Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan
bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita
sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim .... Bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Dirikanlah solat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat
itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam
begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis
disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment