Wednesday, 21 May 2008
Langkawi The Magical Island
Salam... sudah dua hari selamat kembali ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari bermaustatin di bumi kelahiran Mahsuri. Alhamdulilah program Retreat dan Recharge berjalan dengan sempurna bermula pada 16hb Mei 2008 bertolak pada jam kira-kira 10.30malam dan tiba semula di Shah Alam (IQBC centre) pada kira-kira juga jam 10.30malam 19hb Mei 2008.
Keletihan masih terasa kerana dah lama tak naik bas untuk long distance ni.. tapi menarik jugak sekali sekala ramai2 dalam bas. Semasa di Pulau Langkawi walaupun tak semua tempat dapat dilawati namun saya tetap berbangga kerana menjejakkan kaki ke sana. Penuh dengan pelbagai rahsia dan ceriata tersendiri. Energi yang begitu menenangkan dan melegakan.
Samalah juga dengan program retreat dan recharge yang dilaksanakan. Bermula dengan kursus Resq 56 dan Resq HU (bonus), ditambah dengan Nur Reiki Salam dan perkongsian pengalaman dari mereka yang telah mendapat atau menempa kejayaan demi kejayaan yang begitu terfana apabila telinga saya ini mendengarkannya. Masyaallah..begitu hebat kuasaNya. Pada sesiapa yang meminta dan berusaha, pasti akan mendapatnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah hubungi IQBC untuk kursus KAMK-Kuasa Aura Magnet Kekayaan yang telah banyak membantu mereka yang telah turut serta. Insyaallah.. anda tidak akan rasa kerugian walau sedikit pun..
Turut serta adalah peserta atau Master2 Reiki dan juga perserta2 baru yang masih dalam pencarian. Semoga setelah berakhir kursus ini segala persoalan telah terjawab dan bermulalah suatu perjalanan baru buat anda. Sesungguhnya ilmu tanpa amal tiada gunanya.
Buat Master Hazil dan Coach Amar, sekali lagi ... Selamat Hari Guru....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment