Salam.
Semalam berlangsung satu lagi Program Reiki Retreat di Centre IQBC, Shah Alam setelah pulang dari Pulau Langkawi. Alhamdulilah kedatangan student , reiki masters dan juga warga luar yang turut serta untuk mengenal reiki tidak mengecewakan walaupun di musim cuti sekolah ini.
Seperti biasa kami akan melakukan aktiviti self healing, meditasi ringkas, sesi perkongsian pengalaman, sedikit tazkirah, melakukan rawatan jarak jauh bagi yang tidak dapat menghadirkan diri dan pelbagai lagi termasuklah perancangan majlis pelancaran buku pertama Dr.Mir Hazil Azran bertajuk 'Aura Penyembuhan Reiki' dan sambutan graduasi bagi para juruterapi IQBC pada 28hb Jun 2008 bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.
Berkenaan sesi retreat, saya agak bangga kerana para hadirin yang datang adalah dari pelbagai golongan latarbelakang. Ada yang dari bidang katering, pembekal kanopi, pengusaha atau pengedar kereta, bidang pembinaan, pelajar IPT, pengusaha spa dan salon, guru agama @ ustazah (yang agak sporting dan byk perkongsian yang diberi) , dan pelbagai lagi.
Umumnya yang datang dgn satu niat iaitu untuk menyelami dan mendalami ilmu perubatan atau penyembuhan reiki. Namun yang berlaku adalah lebih dari itu. Perkongsian dan perbincangan melewati hal2 kehidupan seharian dari urusan kendalian dan permasalahan keluarga dan anak2 sampailah kepada cara2 dan bagaimana mengecap impian dan cita2 masing tak kiralah dalam bidang perniagaan, pekerjaan mahupun bidang pelajaran.
Kami bagaikan sebuah keluarga yang meluahkan isi hati masing2 untuk didengari oleh ahli keluarga yang lain dan membantu bagaimana jalan penyelesaian boleh dicapai. Dan melalui sesi sebegini juga, amat jelas bahawa bidang perawatan energi ini bukan sahaja terbatas pada permasalahan penyakit fizikal tetapi lebih dari itu. Jika diselami lebih dalam ia juga merangkumi seluruh aspek kehidupan dan yang paling utamanya ia mengajar dan mendedahkan diri kepada belajar mengenal diri dan penciptaanNya.
Ada yang membangkitkan mengenai bagaimana untuk menguruskan pendapatan, mencipta keinginan untuk sukses, mengendalikan anak yang nakal, dan antara kes yang menarik dan pengalaman baru ialah bagaimana pengendalian permasalahan berkaitan energi atau soul dari masa lampau yang tidak bebas atau mengalami masalah untuk ke destinasi seterusnya. Ha sikit sajalah saya cerita nanti ada yang kerut dahi pulak apa pulak saya mengarut ni.
Apa pun syabas pada yang ikhlas dan menghormati ilmu itu sendiri dan harapan saya agar ianya disampaikan pada yang ingin mengetahui dengan sejujurnya dan dgn fakta yang benar dan bukannya atas dasar percaturan anda sendiri. Kebiasaannya ilmu2 sebegini meningkatkan lagi kerohanian dalam diri andai ianya dihayati sepenuhnya.
*Untuk yang ingin mengetahui tentang Ilmu Penyembuhan Reiki atau terapi energi ini bolehlah menghubungi saya atau IQBC sendiri.
Master Huda
019-2762006 /03-58804349
No comments:
Post a Comment