Friday, 1 October 2010

111

Hari ini hari 111, iaitu tarikh yang jika disusun menjadi 01-10-10... hari yang aku harapkan menjadi permulaan yang baik bagi bulan yang baru ini.. umpama pasak, umpama tiang..menjadi penahan buat aku lebih tegak, lebih kukuh, lebih kuat meniti hari-hari di bulan ini.

Makin hari terasa makin pantas masa berlalu. Makin nak di kejar, makin berlari pantas. Makin banyak episod yang mendatang tanpa sempat menghabiskan episod lama. Aku harus lebih gigih..lebih fokus dan lebih tenang.

Moga di hari 1, di bulannya pun satu, terlahirlah sesuatu yang unggul, di tempat teratas, no 1!

2 comments:

knv said...

oh then tepatlah decision aku nak start work on 1st october! :D

HUda said...

hehe..apa pun bermula dari 1! huwa awal...semoga mencurah2 rejeki knv dipermulaan hari 1 ni....insyaallah..