Alhamdulillah.. 2010 selamat berlabuh...2011 mula mengangkat sauh ... 'kick off' yang penuh tenaga positif bagi diri ini. Bermula dengan perjalanan pulang ke kampung sambil menyedut udara nyaman dari pokok-pokok dan sawah padi yang menghijau. Bersama hembusan ku cuba untuk mengeluarkan yang batil dan menyedut yang positif , bersih lagi menyegarkan. Moga diri ini men'discharge'kan tenaga yg tidak sihat yang tak diperlukan... semoga diri ini lebih bertenaga dan kekal positif. Semoga kepergian ini tak sia-sia.
Sekembali ke ibu kota, seawal permulaan kalendar Januari.. kalendar bekerja mula berdetik dan terus rancak bergerak. Sederetan senarai kemahuan hati dlm wish list yg ditintakan , begitu jua langkah mula mengorak seiring. Ya Allah moga tahun ini lebih baraqah dan bermakna segala pengisian dan tuturcara. Insyaallah its gonna be a great year yeah! Itu kata hati.
Teruskan percaya itu. Teruskan pencarian itu. Teruskan kesabaran itu. Suatu hari kan dtg pemahaman itu. Rasa itu. Pengalaman itu. Bagai ingin dilaungkan... bagai ingin dicanangkan... agar sama2 dpt beramal bersama ilmu yang ada...apakah mereka mendengar? apakah mereka mahu? apalagi ikhlas hati? Diri kan tetap tekun..janji pada diri.....
2011... salam sayangku..sambut hadir ku...dalam hadir mu...
No comments:
Post a Comment