Salam.
Sejak awal tahun, lama pulak rasanya tak menulis di sini. Saya perasan ramai yang melawat blog ini pada artikel majalah MIDI. Artikel yang berkenaan dgn terapi Reiki yang saya tekankan tentang rawatan atau terapi bagi stress. Atau mungkinkah saya yang perasan sebab sebenarnya mungkin orang tertarik pada Majalah MIDI itu sendiri hehe.. tak kisahlah apa pun ianya telah menarik mereka untuk singgah sebentar di sini.
Buat yang masih baru atau pertama kali mendengar tentang Reiki, saya ceritakan serba sedikit di sini. Reiki merupakan salah satu cabang dalam terapi komplementari, yang asalnya dipraktikan di Jepun setelah dipercayai ditemui semula oleh Dr.Mikao Usui. Dari Jepun ianya berkembang kemudiannya ke Eropah dan kini hampir seluruh dunia mengetahui dan mengaplikasikan teknik penyembuhan ini.
Reiki itu sendiri bermaksud REI - semulajadi , KI- tenaga (atau chi- dlm bahasa cina, kudrah-dlm Islam, prana - dalam Sanskrit dan sebagainya). Keseluruhan maksud membawa erti Teknik atau Kaedah Terapi Reiki adalah dengan Tenaga Alam Semulajadi.
Kaedah Terapi Reiki adalah mudah dan selamat untuk semua golongan. Ianya secara konsepsual adalah dengan mengalirkan tenaga penyembuhan alam oleh juruterapi Reiki kepada tubuh pesakit. Ini boleh dilakukan dengan cara berbaring, duduk mahupun secara jarak jauh.
Pesakit hanya perlu berbaring atau duduk dengan tenang sambil cuba mengamati tenaga penyembuhan ini. Biasanya juruterapi akan alirkan tenaga penyembuhan ini dengan cara sentuhan tangan iaitu meletakkan tangan kepada posisi-posisi tertentu tubuh selama beberapa minit bagi setiap posisi. Pesakit pada kebiasaannya akan mula merasai kehadiran tenaga ini dengan pelbagai sensasi bergantung pada deria rasa masing-masing. Ada yang merasakan seolah-olah seperti tenaga magnet mengililingi tubuh, ada yang merasakan sedikit kepanasan atau haba pada bahagian-bahagian tertentu, dan ada juga yang dapat merasakan suasana yang sejuk atau dingin pada tubuh mereka. Ini tidak terbatas pada rasa panas sejuk atau seperti magnet sahaja, kerana pelbagai sensasi lain yang pesakit berkemungkinan dapat merasainya atau mungkin juga tidak merasa apa-apa. Namun, jika tidak merasa apa-apa bukanlah bererti sesi tersebut gagal atau tidak ada peyembuhan berlaku, kerana ini semua bergantung pada deria sensasi masing-masing. Tenaga tetap dialirkan sama ada secara anda sedar atau tidak kehadirannya.
Pengaliran tenaga positif ini akan mula bertindak balas dengan sistem tubuh anda, dan mula menghambat atau memecah segala kekangan atau 'blockage' yang ada pada aliran tenaga anda. Anda akan mula merasa perubahan dari masa ke masa dan sekiranya perlu, ulangan sesi terapi boleh dilakukan untuk pembersihan tubuh atau mempertenagakannya semula dengan lebih efektif.
Penyembuhan juga berlaku pada setiap tingkatan tubuh merangkumi minda, kerohanian, emosi dan juga fizikal. Seharusnya anda akan lebih positif, lebih bertenaga, lebih tenang, lebih mensyukuri persekitaran anda, lebih fokus, dan pelbagai lagi perubahan positif yang boleh berlaku.
Tempahlah sesi rawatan anda dan rasakan pengalaman Reiki hari ini!
No comments:
Post a Comment