Alhamdulilah tahun ini bakal menyaksikan perjalanan saya yang akan lebih aktif dan bakal ke sana dan ke mari kerana tuntutan kerja. Kini bersiaran dari Bintulu. Setibanya dari KL smlm, terus kesibukan perlu menyelesaikan beberapa perkara utk agenda lawatan ke tapak bina dari pihak client. Tapak bina adalah beberapa blok tambahan sekolah.
Setibanya ke kawasan sekolah, saya merasa sungguh terpesona dan kagum kerana keperihatinan dan daya usaha dari pihak sekolah sendiri dlm menyediakan persiapan yang sungguh 'grand' bagi saya semata-mata menyambut ketibaan pegawai dari pihak client. Siapa kata seorang guru tidak boleh menyumbang banyak pada bangsa dan negara? Siapa kata pekerjaan seorang guru hanya terbatas di sekolah saja.. saya menyaksikan usaha dari pihak sekolah yang berjaya mengutip dana puluhan ribu ringgit demi menambahbaikkan perkhidmatan sekolah dan keperluan pelajar, saya menyaksikan 'presentation' melalui 'slide' yang begitu hebat mengalahkan seorang pereka grafik.. dan pelbagai lagi usaha-usaha hebat yang dilaksanakan.
Pun begitu , tidak semua pelajar mengalami nasib bertuah seperti sekolah di kawasan bandar. Masih ada sekolah di luar bandar yang memerlukan pihak pelajar dalam usia muda seawal umur 7 tahun untuk tinggal di asrama kerana lokasi dan kekurangan pelajar. Dan saya diberitakan, ada malam-malam yang pihak guru dan murid sama-sama menangis dan bersedih kerana pelajar yang masih muda ini terkenangkan keluarga masing-masing. Bayangkan adik-adik dan anak-anak kita di usia 7 tahun sudah berpisah dan mengharungi hidup berdikari sendirian bersama rakan-rakan. Dan oleh sebab ini juga ramai yang tidak meneruskan pelajaran.. sungguh tersentuh atas cerita yang diberitakan dari guru-guru ini.
Kemudian tiba waktu lawatan dari tetamu VIP yang ditunggu-tunggu. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Semua berpuas hati dan senyum sepanjang waktu itu.. Syukur ke HadratNya....
Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk berangkat ke Kuching. Malangnya diberitakan semua penerbangan dibatalkan akibat airport Kuching ditutup atas sebab berlaku kemalangan, Kapal Terbang Air Asia tergelincir ketika melakukan pendaratan pada malam sebelumnya. Syukur tiada kemalangan jiwa cuma beberapa kes kecederaan ringan sahaja.
No comments:
Post a Comment