Hari ini 29/11/10 merupakan ulangtahun kelahiran Puan Fazilliah Binti Ramli...yang juga merupakan insan tercinta yang paling ku sayang. Mak, seorang yang penuh kasih sayang dan cekal hati. Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya hinggakan tumpah dan melimpah pada insan-insan yang hadir dalam hidupnya.. Sejak kecil aku melihat mak membesarkan aku adik beradik dengan tidak pernah sekalipun meninggi suara, apatah lagi merotan atau memukul. Tutur kata yang lembut sering membuatkan ramai yang ingin bermanja dengannya hehe :)
Masa kecil dulu aku masih ingat, kalau bercakap, guna perkataan 'aku' pun dianggap kasar dan pasti kena marah. Apatah lagi kalau nak bercakap yang bukan-bukan seperti kabanyakan budak-budak sekarang yang makin luas tatabahasa walau di usia muda namun yang sedihnya tatabahasa yang kurang enak didengar.
Keramahan mak juga sering mengundang ramai org untuk sering berkunjung dan melawat tak kira di mana saja mak berada. Antara satu lagi tarikan mak ialah masakannya. Pergh! Memang tidak ada tolok bandingnya. Pada ku semuanya sedap-sedap belaka.. masakan yang penuh perasaan, penuh 'hadir' , penuh dgn kerelaan... aku tidak tahu entahkan bila akan menjadi seperti itu.. masak? hmm 'jarang-jarang'..bak kata pak belalang hehe...
Dan aku amat bersyukur di kala ini aku berkesempatan untuk hidup, tinggal bersama mak, menemaninya, berbual dengannya, cuba untuk sentiasa menggembirakan hatinya, menjaganya, cuba membeli apa saja yang dihajatinya malah kadang-kadang tidur dengan mak!!
Tiap hari aku berdoa agar dapat membahagiakan dan menggembirakan mak sehabis daya ku kerana aku tau aku pasti tidak dapat membalas segala jasa dan kebaikannya padaku selama hayat ku walau pun ku lambakkan segunung emas permata maupun wang berjuta.
Mak, ketahui lah, kau amat istimewa dan aku amat menyayangi mu. Selamat Ulangtahun Kelahiran!!!
No comments:
Post a Comment