Sunday, 4 September 2011

Salam Aidilfitri

Senyum Di Pagi Raya..cehwah..

Salam Syawal 1432 dan salam lebaran buat semua. Sedar tak sedar sudah 6 hari berlalu sejak 1 Syawal yang lalu.. Alhamdulilah.. Ramadhan yang lalu berlalu dgn pelbagai kisah dan wajah.. moga ada sesuatu utk semua di sepanjang Ramadhan lalu...

Syawal tiba bagi saya dan keluarga yang tidak berapa besar, dalam keadaan serba sederhana. Alhamdulilah syukur kerana masih bersama keluarga dapat menyambut Aidilfitri tahun ini. Kami beraya hanya di kota tanpa pulang ke kampung halaman, kerana semua ahli keluarga berada di kota. Suasana sememangnya berbeza berbanding desa namun pengalaman baru dan tetap indah tatkala menziarah mereka yang beraya di kota. Penghayatan pada tahun ini lebih pada penghargaan dan kesyukuran dapat bertemu antara satu sama lain. Maklumlah jika di kampung, ramai sanak saudara berkumpul hingga kadang-kadang terlupa makna dan harga ziarah itu sendiri.

Alhamdulilah masih ramai kawan2 yang sudi menerima kunjungan dan ramai juga yang sudi berkunjungbalas. 


Ku mohon kemaafan di pagi Syawal
Tatkala menulis coretan ini, sambil mendengar dan mengikuti perkembangan berita tentang korban dan pemergian seorang wira negara iaitu allahyarham Noramfaizul, wartawan Bernama yang terbunuh di Mogadisu, Somalia dua hari lepas. Sungguh menggemparkan dan menghibakan seluruh rakyat di kala Aidilfitri masih dirayakan. Apatah lagi keluarga beliau yang menerima berita ini. Didoakan agar mereka redha dan tabah menghadapi segalanya. Namun semangat dan pengorbanan , keberanian beliau haruslah dicontohi dan menjadi tualadan buat kita semua.

Al Fatihah buat allahyarham.


No comments: