Wednesday, 15 June 2011

Resonant Hidup

Benarlah kata orang 'jauh perjalanan luas pengalaman!'. 'Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China'.

Setelah meneliti perjalanan demi perjalanan, dalam dan luar negara.. walaupun tidaklah sekerap mana namun banyak sangat yang dapat disimpulkan. Pengalaman dan pemahaman amat berharga dan membuatkan minda lebih terbuka dan pemikiran lebih luas dan berbeza dari sebelumnya.

Dalam hidup ini yang penting bagaimana membawa atau menerajui diri kita terdiri dari tubuh fizikal dan kerohanian (roh) yang merangkumi minda, emosi dan keimanan (kepercayaan/pegangan). Kedua elemen ini harus harmoni , harus seimbang dan harus memenuhi fungsi yang telah ditetapkan bagi melengkapkan hayat. Seluruhnya bertanggungjawab pada Maha Pencipta. Segalanya berkisar tentang Maha Pencipta.


Apa yang berlaku di sekeliling kita umpama satu resonant yang berlaku pada masa itu, kemudian berlaku lagi resonant tersebut yang mempunyai makna masing-masing pada setiap resonant yang berbeza antara satu sama lain. Mempunyai episod tersendiri ekoran dari resonant sebelumnya. Punya bentuk cerita individual.

Apa yang saya cuba maksudkan bahawa, tiap detik ada sesuatu berlaku, tiap detik lain, sesuatu lain berlaku dan prosesnya berulang-ulang hinggalah usia kita dan semesta ke hujungnya. Maksudnya tiap saat dan ketika akan pasti ada sejarah yang diukir, akan ada momen atau peristiwa gembira dan akan juga berlaku kejadian sedih dan menyayat hati, contohnya kematian, perpisahan dan kegagalan.

Oleh sebab ini, jika kita ada peluang dan potensi hebat dalam sesuatu pada masa tertentu, sebolehnya cuba untuk kita penuhi peluang pada masa itu. Namun jika kita gagal, usah terlalu gusar, maka tunggulah pada kitaran peluang itu berlaku lagi walaupun mungkin agak berbeza kondisinya.

Begitu juga jika kita kecewa, bersedih atas apa saja sebab musabab, usahlah terlalu berputus asa dan berduka lara yang berpanjangan. Tidak akan kemana kalau kita asyik mengenang nasib lara, kerana fasa ini juga akan berlalu dan anda akan kembali bertemu kitaran gembira meninggalkan episod duka anda.

Jika kita jatuh, perlahan-lahan kita cuba untuk bangun semula. Jika kita masih di belakang, perlahan-lahan kita cuba mendepankan diri. Sekuat mana hati meronta, sekuat mana minda cuba memikirkan jawabnya, sesakit mana hati terluka, tiada apa pun yang boleh merubah kitaran yang telah berlaku.

Kita adalah hamba, yang meniti proses kehidupan, bernafas dengan udara yang sama, lalu terimalah segala kejadian dengan redha dan moderasi, tidak terlalu terlampau atau terjurus. Mulakan dengan bersyukur atas kehadiran nafas pada hari baru, minda sentiasa positif pada masa kini dan kehendak diri, perasaan sentiasa senyum dan hati yang sering bertasbih.

Andai anda faham, andai anda renungkan, andai anda ikut diam, andai anda hembuskan, andai anda rasa... kitakan bertemu pada titik itu.....


Salam damai dan sayang buat semua....

2 comments:

knv said...

resonant yeayyy!

yerr.. pi china cecepat!

HUda said...

China...tungguuuu....aku dtggg... :)