Salam... di sini saya nak berkongsi sedikit artikel yang saya copy dari seorang tenaga pengajar yang di usia muda telah menempa beberapa kejayaan dan rasanya boleh lah kita jadikan contoh dan idol...
Sila lah baca ok..dan moga sama2 kita dapat manfaatnya...
http://amarmahmood.com/2007/12/27/27122007-berkongsi-rahsia-kejayaan-kuasa-minda/
Selepas 34 tahun ini, saya melihat kejayaan yang saya telah lalui. Syukur saya dengan setiap detik dan saat terhadap peluang2 yang Allah telah berikan untuk saya nikmati kemakmuran-Nya.
Memang saya bersyukur..tetapi adalah cukup hanya di sini? Bersyukur dan meletakkan sasaran yang lebih tinggi adalah dua pekara yang berlainan. Bersyukur adalah kuasa positif yang memfokus kepada pekara2 kebaikan yang telah kita lalui. Dan kita perlu meletakkan sesuatu yang lebih baik pada esok hari.
Hari ini, saya ingin berkongsi satu rahsia BESAR yang mungkin anda tidak sedari. Satu rahsia kejayaan yang telah saya gunakan untuk mencapai pelbagai kejayaan yang kadang kala macam sukar tetapi telah berjaya.
Saya telah melalui pengalaman istimewa mempunyai 50-70 orang staff yang di bawah kendalian saya. Saya telah meniti jalan-jalan kejayaan untuk saya tiba pada sasaran tersebut. Pada masa itu, saya hanyalah seorang kaum Melayu yang duduk pada jawatan tersebut. Adakah itu nasib saya?
Saya tidak pernah “bayangkan” sebelum itu untuk dapat melawat ke Jepun dan bukan dengan hal2 kerja tetapi jalan-jalan “makan angin” tanpa mengeluarkan sesen pun segala perbelanjaan di sana termasuk mendapat belanja tambahan untuk ke berbelanja (kecuali mengunakan wang untuk membeli cenderahati).
Saya bukan seorang pakar memasak. Juga tidak cerewat dalam pemakanan. Tetapi sekarang saya mempunyai satu Restauran Makanan dan Minuman yang semakin berkembang dengan baik. (Insya Allah, tahun hadapan saya akan membuka satu lagi Restauran di tengah Bandar Melaka).
Saya juga bukan pakar kecantikan. Apatah lagi seorang yang tahu pasal herba-herba kesihatan. Tetapi, hari ini saya mempunyai sebuah perniagaan yang menjalankan bisnes tersebut. Insya Allah, sebulan dua ini akan bertukar menjadi sebuah butik kesihatan dan kecantikan.
Setahun yang lepas, saya berjaya menghasilkan satu buku yang sebelumnya saya tidak mempunyai sebarang “network” atau mereka yang saya kenali dalam penerbitan. Apatah lagi untuk menulis di sebuah Publising yang sangat ke depan dalam pengalamannya?
Setahun dahulu, saat ditanya oleh Managing Director saya (Mr Koroda), kenapa saya mahu berhenti pada post yang telah cukup selesa? Saya juga diasak dengan pujukan oleh General Manager saya (Mr Clearence Chai) supaya saya menarik semula surat peletakan jawatan saya. Tahukah anda apa jawapan yang saya berikan?
“Saya mahu jadi seorang coach yang berkaliber dan dihormati dalam bidang personal growth di Malaysia”
(walaupun saya masa itu adalah seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan)…pelik tak?
Tetapi itu lah kejayaan yang telah saya lalui. Saya telah melalui proses-proses untuk saya berjaya dalam perjalanan kehidupan saya. Tidak ada short-cut. Tidak ada alasan. Dan tidak ada perkataan kecewa. SAYA PASTI MELALUI PROSES KEJAYAAN tersebut!!!
Rahsia besar saya adalah PROSES. Kita tidak boleh lari dari melalui satu PROSES utk berjaya. TETAPI ramai orang tidak sanggup melalui proses tersebut. Mereka mencari short cut. Mereka mencari jalan pintas. Mereka mencari formula-formula yang boleh mempercepatkan mereka mencapai kejayaan. Nanti dulu…sebentar lagi saya akan memberikan anda satu FORMULA untuk anda berjaya dengan mempercepatkan PROSES tersebut..sabar.
Tahukah anda , manusia gagal kerana mereka kata belum bersedia? Mereka selalu menangguh-nagguhkan kejayaan yang sebenarnya mereka sudah sepatutnya meraikannya.
“Nanti bila aku dah tahu berniaga, aku mesti akan berniaga kedai”
“Nanti bila aku dah ada duit, aku akan membeli kereta idaman aku”
“Nanti bila aku dah ada masa menulis aku akan tulis sebuah buku yang hebat”
“Nanti bila aku ada masa, aku akan menulis setiap hari di Blog aku”
“Nanti bila aku dah kurus badan, aku akan pakai baju yang cantik-cantik”
Nanti…nanti….nanti dan nanti.
Jadi bila akan jadinya?
Anda sebenarnya menangguhkan kejayaan dan impian yang anda inginkan semata-mata tidak pasti dengan satu PROSES. Anda sebenarnya boleh berniaga sekarang tanpa perlu nanti-nantinya. Anda boleh memendekkan PROSES tersebut. Semenjak 5 tahun yang lepas, saya telah memendekkan proses tersebut.
Anda boleh menjadikannya hari ini. Ye.. hari ini. Saya menjadi penulis bukan tahun lepas tetapi dua tahun lepas. Jika saya NANTIkannya, mungkin hari ini saya masih belum ada buku “Rahsia Minda Jutawan”. Begitu juga restaurant saya, saya telah menjadi peniaga Restauran 3 tahun lepas. Walaupun saya belum mepunyai modal hingga 80 ke 100 ribu ringgit malaysia. Jika tidak saya mungkin belum mempunyai Restauran tersebut hari ini. Jadi apakah rahsianya?
Sebenarnya..RAHSIA BESAR itu adalah anda MESTI menjadi apa yang anda mahukan mulai HARI INI JUGA. Ia adalah dengan memasukkan PROSES perjalanan kejayaan itu ke dalam minda anda dahulu!!!!
Bila proses tersebut telah berlaku dalam minda anda, ia telah memendekkan tempoh kejayaan anda. Anda tidak menunda dan menangguhkan tempoh tersebut. Ingat buku “One minutes Millionaire”. Hanya dalam seminit anda telah menjadi seorang Jutawan. Bagaimanakah caranya? Dengan mejadikan diri anda jUtawan dalam Minda anda!!!
Moga anda berjaya…dan TERIMA KASIH dengan ucapan dan kata-kata RAngsangan dari teman2 di artikel lepas.
Love,Abundance&Prosperity
AMAR MAHMOODMind Power CoachYour coach for Success!!!
No comments:
Post a Comment