Tuesday 22 January 2008

BENGKEL KA-MK

Salam perpisahan buat kesusahan, kepayahan, keperitan,kemiskinan dan semua yang berkaitan kesedihan!! Ya..aku kini lebih bersemangat kental dan waja demi mencapai impian dan kecemerlangan hidup! Semua ini ku rasakan dan ku dalami sejak dua hari lalu sewaktu menghadiri bengkel Kuasa Aura-Magnet Kekayaan(19-20Jan 2008) di Shah Alam. Ha bunyi macam hebat bukan? Ya sememangnya ia sungguh hebat dengan dibimbing oleh Coach2 yang hebat2 iaitu Coach Hazil yang memang tidak asing lagi bagi ku dan Coach Amar yang baru ku berjinak2 mendalami dan menyelami ilmunya. Apa yang dibimbing adalah lebih kepada mengenali kelemahan diri dan blockages yang menghalang diri daripada menggarap impian dan harapan yang terpendam.


Di samping itu yang istimewanya peserta juga diberikan tunjuk ajar menggunakan tools atau teknik bagi mengenalpasti permasalahan, merawat , mengeluarkan dan mengalirkan energi atau recharge semula sebagai rawatan kepada permasalahan tersebut melalui kaedah R'ESQ56. Apa itu R'ESQ56? Makanya kenalah anda sendiri menghadiri bengkel tersebut untuk mempelajari dan merasainya. Anda boleh lah menghubungi talian berikut untuk jadual bengkel dan kursus yang berikutnya : 03-58804349, 017-3332349 Innergy Quest Bio Concept (www.7chakra/reiki.com) .


"Sila baca tulisan ini"


"Cuba baca tulisan ini"


Apa hasilnya? Anda tetap baca bukan walaupun ada perkataan cuba di situ. Jadi samalah dalam kehidupan kita. Ramai yang masih gusar, was-was dan baru nak cuba-cuba melakukan sesuatu. Anda salah!! Usah cuba2. Ayuh terus lakukan segera dan lakukannya SEKARANG!!

Insyaallah anda pasti berjaya!


Anda pasti BAHAGIA!


Anda pasti KAYA!!!



2 comments:

knv said...

hmmm... tang "anda pasti kaya!!" yang tak tahan tuhh!!

hehehehehe.. bila hang nak balik ni weh??

HUda said...

ya pasti pasti... tiada yang lain melainkan kaya sahaja..hehe.. Insyaallah sabtu ni balik tapi tiket bos tak sign lagi huhu..