Monday 30 January 2012

HD!

Salam..

:)

Kenapa aku senyum? sbb mmg aku tersenyum tika tangan ini merayap di atas keyboard laptop ku ni..

Entah apa sudah jadi kebelakangan ini bagai terbuai..bagai berbunga bunga segalanya...

Bertemu seseorang? hmmm not really... bertemu sebuah buku sebenarnya...
Nak dijadikan cerita, ketika aku outstation baru-baru ini, seperti biasa bila boring melanda kala lepas waktu kerja tambahan pula masa tu weekend..aku suka merayap di kedai buku, bertemu pula MPH...hmm apalagi...

Aku ni mmg suka membaca sejak kecil dan dulu kala mmg suka sgt baca novel melayu jiwang jiwang karat lepas tu berangan...mcm biasalah kan... tapi dah lama dah tabiat tu aku tak buat...kalau beli buku pun banyak yang ilmiah cehwah.. self help la... motivasi la... english novel ala ala cerita yang lebih dewasa konon..hehe... cuma hari tu itu ketika aku melangkah ke bahagian novel malayu ada satu buku ini yang tajuknya begitu mendorong aku utk membeli..

Kalau ikut umur selalunya aku tak layan dah novel novel mcm ni..cuma tajuknya tu agak sgt menarik hati ini lalu aku pun beli bersama beberapa buah buku lain.Ambik kau.. yang masih belum baca pun berderet kat rumah ni..sungguh tak sedar diri...

Apa pun sejak aku membaca novel tersebut sampai tido lewat, nangislah, gelak la, suka la, berangan la...rasa macam ada suatu rasa yang lain dlm diri ini...

Gelagatku seolah kembali remaja.. perasaan ku seolah kembali berbunga... hilang semua keseriusan ku selama ini dan mood kerja teknikal semua hanyut..adusss

Dah aku asyik menatap novel dan ralit membaca saja sekarang ini di samping mendengar lagu lagu jiwang...apa sudah jadi? hehe

Namun ku perhati dan ku teliti tiap detik kembali..satu persatu..ku temui beberapa clue.. bersangkutan... HD! apa kau sudah buat ni hah? novel tersebut oleh seorang novelis menggelarkan diri HD! dahla selama ini aku asyik dengan kempen Hijrah Diri atau ringkasannya HD! OH sungguhla aku yg terHD ni!

Apa pun aku gembira akan segala pembacaan ku.. aku gembira kerana rasanya yg rapat dalam diri ini sudah ada ruang sedikit utk cahaya senyum...cahaya gembira...cahaya angan angan hehe.... mungkin itu yang aku perlukan...

Buat adik ku HD, TERIMA KASIH.. aku sanjung tiap usaha mu...aku akan terus menyokong usaha murni dan isi hati mu itu...

No comments: