Salam Rejab... Salam Jun... Salam bahagia ...
Sedar tak sedar sudah setengah tahun kita kembara di tahun ini, dan agak lama tak bercoret di sini. Pelbagai perkara sudah pastinya telah berlalu dan ada yang terpahat di minda dan jiwa dan ada yang masih berusaha utk memperbaiki.
1. Alhamdulilah kini pusat terapi bangsar masih bertahan hingga kini dan operasi diperhebatkan lagi dengan beberapa servis tambahan berbanding sebelum ini. Selain fokus kepada servis terapi kesihatan , elemen kecantikan juga ditawarkan dan bagi yang ingin mencuba amat dialukan.
2. Pada penghujung April, menjadi detik kesuraman bagi keluarga apabila perginya bapa saudara, Allahyarham Umar Mohd.Desa , adik kepada arwah ayah mengadap Yang Maha Esa setelah sebulan menjalani rawatan di hospital. Detik akhir beliau amat menyentuh hati . Beliau seakan tahu waktunya telah tiba, memanggil isteri beliau utk didakap dan mengajak bersamanya berzikir. Perginya allahyarham ketika beliau sedang berzikir. Subhanallah..moga rohnya dicucuri rahmatNya.
3. Aku masih dgn rutin dan tanggungjawab ku bekerja dan berusaha utk menjayakan , menukar 'cuaca' dan memberi lebih inspirasi kepada semua yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.. adakala terasa juga ingin undur diri dek keletihan... dan pelbagai lagi namun, utk masa ini usaha masih diteruskan...moga ada sinar kejayaan dan kekayaan nanti ....
4. Proses menjual rumah di kampung telah selesai kini menanti proses pembelian rumah baru pula...Ya Allah permudahkanlah bagi ku segala urusan yang terlibat..mudahkan segalanya agar ibu tersenyum bahagia.Amin.
No comments:
Post a Comment