Salam damai buat semua..
Bagaimana kadangkala ingin saya ceritakan sesuatu yang saya rasa tapi tiada cara ..tiada perkataan mahupun ayat sesuai mencorakan rasa itu..lalu hanya ada coretan sedaya upaya saya moga anda mengerti..
Di laluan ini, adakalanya kita didatangi dengan ketika atau peristiwa atau perkara yang kita tak jangka.. kita ada pilihan.. kita terus lalu pada laluan itu.... atau kita buat pusingan ke laluan lain atau berpatah semula...
Andai kita terus lalu, ada masanya laluan tidak selalu rata, ada liku dan ada bonggol..memenatkan ..meletihkan.... kita mahu terus lalu atau kita mula merapu?
Andai kita laluinya juga... maka nescaya kita sampai... maka kelegaan setelah satu laluan itu amat lebih ketara rasanya.. dan minda mula menilai semula dari permulaan.. oh rupanya itu.. rupanya ini...
Ya kita masih penat... namun senyuman mula terukir... kerana laluan ini yang mula anda pilih dan laluan ini yang mula detik rasa bergetar... dan pastinya sesuatu untuk anda di laluan ini...
Andai kita berpatah arah atau memilih laluan lain?
Lencongan kan membawa pada detik yang getarannya berbeza..untuk anda kembali menilai pilihan..kembali mendengar pada getarannya..andai anda tidak menewaskan, anda akan tewas..
Wednesday, 6 July 2011
Saturday, 2 July 2011
Sedetik Doa...
Buat seorang kenalan...saudara..umpama sedarah ...
Moga dikau tabah atas segala ujian menimpa diri mu..
Moga dikau dibekalkan ketebalan cahaya dari dalam dan di sekeliling mu
Moga cahaya menyuluh jalan yang terbaik buat mu dan dia dari Nya...
Setiap yang berlaku ada penyebabnya
Tiap penyebab ada musababnya
Teruskan menggali tanpa jemu
Terus perjalanan mu dgn semangat jitu
Walau diri mu berada nun jauh di bawah sana
Walau kadangkala rasa dihina..dicerca...ditertawa
Walau kau hilang segala..
Pun kau teruskanlah langkah mu
Dengan menelan dan mengunyah tiap satunya
Tanpa dendam atau bisa
Kau lepaskanlah semua...
Aku bangga ada sebak jua
Dengan iman di dada..dgn fikiran di minda
Muhasabahlah di tiap detik laku
Berkata-katalah dan terus berkata
Biar secara bisu.. biar Dia tahu
Aku di sini sentiasa menadah dua telapak yang ada
Untuk mu kutitipkan doa
Agar sinar bahagia sejati menjelma
Buat mu... buatnya.. buat ku... buat dia...buat mereka...
Dari Nya....

Wednesday, 15 June 2011
Resonant Hidup
Benarlah kata orang 'jauh perjalanan luas pengalaman!'. 'Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China'.
Setelah meneliti perjalanan demi perjalanan, dalam dan luar negara.. walaupun tidaklah sekerap mana namun banyak sangat yang dapat disimpulkan. Pengalaman dan pemahaman amat berharga dan membuatkan minda lebih terbuka dan pemikiran lebih luas dan berbeza dari sebelumnya.
Dalam hidup ini yang penting bagaimana membawa atau menerajui diri kita terdiri dari tubuh fizikal dan kerohanian (roh) yang merangkumi minda, emosi dan keimanan (kepercayaan/pegangan). Kedua elemen ini harus harmoni , harus seimbang dan harus memenuhi fungsi yang telah ditetapkan bagi melengkapkan hayat. Seluruhnya bertanggungjawab pada Maha Pencipta. Segalanya berkisar tentang Maha Pencipta.
Apa yang berlaku di sekeliling kita umpama satu resonant yang berlaku pada masa itu, kemudian berlaku lagi resonant tersebut yang mempunyai makna masing-masing pada setiap resonant yang berbeza antara satu sama lain. Mempunyai episod tersendiri ekoran dari resonant sebelumnya. Punya bentuk cerita individual.
Apa yang saya cuba maksudkan bahawa, tiap detik ada sesuatu berlaku, tiap detik lain, sesuatu lain berlaku dan prosesnya berulang-ulang hinggalah usia kita dan semesta ke hujungnya. Maksudnya tiap saat dan ketika akan pasti ada sejarah yang diukir, akan ada momen atau peristiwa gembira dan akan juga berlaku kejadian sedih dan menyayat hati, contohnya kematian, perpisahan dan kegagalan.
Oleh sebab ini, jika kita ada peluang dan potensi hebat dalam sesuatu pada masa tertentu, sebolehnya cuba untuk kita penuhi peluang pada masa itu. Namun jika kita gagal, usah terlalu gusar, maka tunggulah pada kitaran peluang itu berlaku lagi walaupun mungkin agak berbeza kondisinya.
Begitu juga jika kita kecewa, bersedih atas apa saja sebab musabab, usahlah terlalu berputus asa dan berduka lara yang berpanjangan. Tidak akan kemana kalau kita asyik mengenang nasib lara, kerana fasa ini juga akan berlalu dan anda akan kembali bertemu kitaran gembira meninggalkan episod duka anda.
Jika kita jatuh, perlahan-lahan kita cuba untuk bangun semula. Jika kita masih di belakang, perlahan-lahan kita cuba mendepankan diri. Sekuat mana hati meronta, sekuat mana minda cuba memikirkan jawabnya, sesakit mana hati terluka, tiada apa pun yang boleh merubah kitaran yang telah berlaku.
Kita adalah hamba, yang meniti proses kehidupan, bernafas dengan udara yang sama, lalu terimalah segala kejadian dengan redha dan moderasi, tidak terlalu terlampau atau terjurus. Mulakan dengan bersyukur atas kehadiran nafas pada hari baru, minda sentiasa positif pada masa kini dan kehendak diri, perasaan sentiasa senyum dan hati yang sering bertasbih.
Andai anda faham, andai anda renungkan, andai anda ikut diam, andai anda hembuskan, andai anda rasa... kitakan bertemu pada titik itu.....
Salam damai dan sayang buat semua....
Saturday, 28 May 2011
Mendamai Kerja
Salam.
Kerja. Kerja. Kerja.. hmm mungkin ramai yang sering mendengar keluhan seperti ini..dan acapkali digunakan juga dalam lagu-lagu nyanyian artis-artis kita.
Ada yang rajin berkerja sampai malam pun masih gigih berkerja. Tak kurang jugak yang malas berkerja dan mengharap belas kasihan dan bantuan sepanjang zaman.
Ada yang terlalu sayang akan pekerjaan yang dilakukan hingga dicurahkan segala keringat, minat, pengetahuan, usaha, doa dan segalanya bagi menjayakan kerja yang dipertanggungjawabkan. Ada bermacam-macam kerja dan bermacam bidang pekerjaan yang boleh kita lakukan.
Namun apakah kita melakukan kerja yang sama? Kenapa perlu ada pilihan antara kita? Dan adakala berlaku pertembungan ego dan kemanusiaan dalam kita mendalami perkerjaan hingga tidak sedar ada hati yang terasa, terguris dan terkecewa seolah dipersenda.
Sering berlaku persendaan pekerjaan seseorang oleh seseorang mungkin kerana merasakan apa yang dilakukan lebih hebat, lebih gah dan lebih berhasil. Namun kita sendiri tak pernah nak mendalami sesuatu pekerjaan selain apa yang sering kita lakukan. Kita kadangnya rasa apa yang lain buat tu tak menarik dan kita tak mungkin dapat lakukannya walaupun pekerjaan itu mungkin pada peringkat agak profesional. Kalau pekerjaan yang bertaraf buruh apatah lagi , bermacam rasa yang keluar.
Sesungguhnya kita harus senantiasa hormat dan akur dengan tiap apa yang seseorang itu lakukan kerana sesungguhnya kita tiada ilmu dalam pekerjaan mereka dan mana mungkin kita dapat memahami apatah lagi merasai nikmat kerja itu.
Baru-baru ini saya sendiri bertemu dengan agen insuran saya dan entah bagaimana saya rajin untuk berbual dengan beliau akan selok belok perkerjaannya. Kalau dahulunya pandangan saya tentang bidang ini agak sempit dan cetek sekali. Namun setelah mendengar dari mulutnya, saya rasakan agak 'cool' di situ. Sesiapa saja boleh lakukan dan cemerlang andai anda mahu berbuat demikian dan andai anda mahu menjadikannya pekerjaan yang menarik!

Kita harus ingat kini bukan lagi sebab kita buat sesuatu itu kerana jurusan pelajaran yang telah kita ambik dahulu yang menjerumuskan bidang pekerjaan kita sekarang. Kini adalah berkisar tentang pilihan kita dan amat penting untuk kita tahu apa yang kita mahu. Andai itu dapat kita kenalpasti maka jalan mana yang dipilih akan kekal damai. Carilah sesuatu yang anda suka lakukan dan dari situ usahalah sejujur dan gigihnya bagi mendamai kerja dan hati anda!
Mudah dan tidak memeningkan. Apa saja pekerjaan kita, sentiasa redha, tawakal, usaha dan terus usaha untuk menaikan ke tahap yang lebih tinggi hingga sampai matlamat. Cepat atau lambat adalah bukan di tangan kita. Oleh itu bergembiralah dikau wahai golongan yang berkerja moga segala rezeki mendapat keberkatanNYA.
- Moga masih belum terlambat untuk mengucapkan Selama Hari Buruh! :)
Tuesday, 3 May 2011
Aku dan Alam
Untuk hari ini,
ku lepaskan segala resah gelisah ku....
Untuk hari ini,
ku lepaskan segala kemarahan ku....
Untuk hari ini,
ku ucap syukur atas segala nikmat dan rahmat Mu....
Untuk hari ini,
ku berlaku jujur atas setiap tugasan ku....
Untuk hari ini,
ku berlaku baik pada setiap insan dan makhluk....
-----------------------------------------------------------------------------
Sesuci dan sejernih air yang mengalir,
alirkanlah pada ku tenaga yang positif lagi memulihkan...
Sesungguhnya aku akur akan tiap kejadian...
Akan tiap kuasa yang dititipkan.....
Seindah sejuta permandangan... hati tetap pesona...
Keindahan tiada mungkin dijadikan oleh tangan-tangan yang sering membinasakan..
Kuasa hanya pada Yang Menjadikan....
Sebening senja menuju warna dasar ....
Sesyahdu detik dalam kalbu...
Tuju ku hanya pada Satu...
Sambutlah dengan Kasih dan Rahmat Mu....
Friday, 15 April 2011
The New Look!
Salam ceria dan salam sihat buat semua!
Berikut adalah hasil ubahsuai sikit-sikit pada Bilik Terapi di Bangsar....
Harapnya dapat memberi lebih keselesaan kepada client yang datang untuk mendapatkan terapi...
MARI MARI MARI...SILA JEMPUT DATANG SEMUA.... :)
Warna biru lembut untuk lebih tenang dan membantu dalam terapi.
Tuesday, 12 April 2011
Papan Visi: Selangkah Di Benua Eropah...
Salam penuh kesyukuran ke atas limpah rahmat dan kurniaNya. Pertamanya atas segala yang dinikmati oleh hari ini... syukur atas usia, nafas, rasa, bahagia, pahit, segalanya... Syukur juga atas beberapa agenda yang telah terlaksana dengan penuh hikmahnya. Jua turut mensyukuri kepulangan sifu saya dari tanah suci...alhamdulilah.
Awal tahun lalu saya telah membayangkan bahawa akan lebih banyak merantau dan tidak berada di rumah kerana andaian saya bahawa kerja akan membawa melangkah sini dan sana. Namun bukan atas dasar kerja sahaja , rupanya percutian jugak akan membawa saya ke tempat-tempat yang saya tidak sangka langsung akan menjejakkan kaki dalam waktu singkat di tahun 2011 ini.Syukur alhamdulilah.
Baru-baru ini saya telah bercuti dan membawa ibu tercinta bersama ke benua Eropah. Alhamdulilah rezeki kami sampai ke sana. Seketika saya teringatkan akan sesuatu. Tentang vision board saya yang saya buat di awal tahun.. satu utk urusan kerja dan syarikat, satu lagi untuk peribadi. Dan bercuti di Eropah ni termasuklah dlm perancangan kehendak hati saya bersama perancangan yang lain-lainnya.
Vision Board saya :)
Alhamdulilah kini tiap kali saya melihatnya saya akan terus tersenyum dan berdoa agar lain2 hajat saya tercapai.
Naik Gondola di Venice
Di hadapan Leeds Castle
Di kota London
Rome
Stonehenge
Paris
Subscribe to:
Posts (Atom)