Friday, 24 August 2007

Amalan menulis surat pada Allah

Tajuk kali ini agak pelik tapi ia merupakan penyelesaian yang amat ajaib. Saya pun baru belajar sebentar tadi dan dah mula rasa keajaibannya. Bayangkan anda mempunyai seorang teman karib yang amat rapat dan sentiasa berada di sisi anda dan menolong anda setiap masa bila anda memerlukan pertolongan.
Apa-apa yang anda alami dan menghadapi jalan buntu tulis surat kepada Allah dengan sepenuh hati dan luahkan segala masalah anda. Allah bantu anda dengan segera.

Contoh surat kepada Allah,

Ya Allah,
Maafkan aku ya Allah, aku tengah teruk gile ketika ini. Aku dah tak mampu bayar bil-bil dan hutang-hutang aku. Rumah dan kereta ku pun dah dapat surat amaran bank.Aku dah tidak ade income yang tetap dan semua tidak mencukupi. Aku dah cuba banyak jalan dan cara tapi sehingga ini semuanya tidak menjadi. Buat niaga internet tak jadi. Buat jualan tiada orang nak beli. Walaupun semua tak jadi anak isteri masih nak makan. Saya malu lah Allah. Bantu lah aku ya Allah dan tunjukkan dan berikan jalan penyelesaian. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Terima kasih Ya Allah kerana telah membantu terlebih dahulu.

Yang Berharap,
Zahiruddin

Cara nak tulis surat kepada Allah:

Tulis dan luahkan masalah anda secara jujur dan penuh perasaan
Selepas tulis print atau hantar email ke mana-mana email kita yang lain lepas tu delete. Ini melatih kita “Detached” dari apa yg kita minta. Maksud kita serah pada Allah kerja Allah
Kerana tulis Terima Kasih in advance.
Kena letak tandatangan.
Inysaallah semua berjalan lancar

Itu lah secara ringkas cara anda boleh tulis luahkan masalah anda kepada Allah. Allah lebih faham kita dari kita faham diri kita sendiri. Allah boleh selesaikan segalah masalah kita. Mohon padaNYA setiap masa. Ingat Allah itu menguasai segala-galanya. Kita ini cuma pengurus sahaja yang di tugaskan oleh Allah menguruskan amanahnya. Maka buat yang terbaik dan yang lain Allah akan uruskan.
Wassalam

-petikan blog zahirudin (rezekihalal.com)

No comments: