Semalam saya jelajah satu daerah agak jauh dari bandar di kuching ini, bernama Sampadi. Tujuan ke sana untuk melawat site bagi tender baru, iaitu upgrade sekolah rendah. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih daripada satu jam. Sepanjang jalan memanglah tak ada apa hanya kawasan pokok2, bukit dan jalan sempit sahaja. Yang menarik lagi untuk ke site saya tu kena menaiki feri. Mungkin satu fenomena baru bagi org2 di Malaysia barat macam saya, walaupun sebelum ini saya pernah menaikinya beberapa kali dah tapi masih lagi merasa kelainannya. Feri taklah seperti feri di Penang tu, boleh muat beberapa buah kereta sahaja sekali jalan dan sungai yang nak di seberangi tu hanya lebih kurang 100 ke 200meter saja. Namun tidak ada jalan darat yang menghubungi dua daerah ini.
Setelah tunggu hampir 20minit feri yang ditunggu pun sampai. Kena bayar rm1 untuk tambang feri. Setelah itu saya teruskan lagi perjalanan ke sana. Hampir 15minit kemudian sampai lah di sekolah yang dituju betul2 dalam kampung yang sungguh tenang dan aman berdekatan dgn laut.
Sekolah yang sedia ada kecil sahaja. 1 darjah 1 kelas sahaja so ada 6 kelas sahaja untuk darjah 1 hingga darjah 6. Cadangan baru ini adalah untuk membina blok baru dan termasuk asrama. Maknanya sekolah baru ini utnuk menempatkan pelajar2 dari perkampungan yang lain yang mana kalau jauh terpaksalah menginap di asrama. Bekalan air pun masih menggunakan ground water, bukanlah bekalan elok dan bersih mcm kita di rumah.
Bukanlah keadaan di sana terlalu daif tapi masih lagi serba kekurangan. Bayangkan budak kecil semuda umur 7 tahun terpaksa menginap di asrama untuk mendapatkan pendidikan awal mereka. Bertapa bertuahnya kita dengan segala kemudahan yang ada dan dinikmati sejak kecil lagi. Dan bagi guru2 yang mengajar dan sanggup bermaustatin di situ memang amat saya kagumi dan hormati. Memanglah pekerjaan guru ini suatu yang mulia dan harus kita sanjungi. Gurulah yang mencorakkan dan memberikan pendedahan awal pada mereka ini. Semoga para guru di sana menjalankan tugas sebaik mungkin dan penuh tanggungjawab.
Selesai melawat persekitaran, saya singgah di kedai berhampiran untuk membeli air. Hauslah pulak tekak ni maklumlah panas terik. Tuan kedai itu menyapa sambil berbual2 menyatakan kegembiraan bila projek ini berjalan kelak. Saya pun melayan dan berlalu sambil tersenyum.Belum minum pun dah hilang penat dek layanan dan keperamahan tuan kedai itu. Begitulah masyarakat kampung yang masih mendukung teguh adat dan ciri2 ketimuran , berbuat baik pada siapa sahaja.
Selepas itu saya pun berlalu menuju pulang ke ofis saya yang sedia menanti kerja yang banyak... Begitulah serba sedikit pengalaman saya semalam di perantauan ini...
1 comment:
Tempay menarik,
Post a Comment