Tuesday, 15 April 2008

Bahasa Merubah Makna

Hari ni nak ckp pasal cerita tv lagi..hehe.. Semalam tertengok (ceh tertengok lagi hihi) satu drama yang tak pasti pulak apa tajuknya. Tapi yang menjadi perhatian kat sini ialah antara dialog atau ayat2nya..

Pertamanya " Asemekom" haa begitulah lebih kurang.

Kononnya nak bagi salam Assalamualaikum...
bukan nak bersyarah mcm ustaz..tapi kalau tak silap saya masa belajar kelas arab sekejap dulu katanya perkataan "Assalamualaikum" itu bermaksud "selamat dan sejahteralah keatas kamu" kerana perkataan salam itu bererti 'selamat'.
Tapi bila ditukar jadi perkataan "Asemekom" ia membawa makna sebaliknya. Jadi kita mendoakan yang tak baik pulak pada orang itu.
Saya rasa kerapkali jugak digunakan dalam dialog2 atau pertuturan orang kita sekarang ini.

Keduanya perkataan "La ila.." yang asalnya daripada perkataan "la ila ha illallah" bermaksud "tiada Tuhan melain Allah".

Tapi bila dah jadi pendek maknanya pun tinggal sekerat sajalah yang bermaksud "tiada Tuhan".

Jadi kita seharusnya lebih berhati-hati dalam tuturbahasa kita agar tidak merubah maksud sebenarnya dan yang membahawakan lagi kita mengucapkan sesuatu yang bermaksud buruk sama ada pada diri sendiri atau org lain.

Kalau nak diajarkan kepada golongan budak atau muda, maka ajarkanlah perkataan atau ayat yang penuh bukannya separuh jalan bagi menyedapkan rasa anda. Sesungguhnya , setiap pengucapan dan doa2 ada getaran dan tenaganya. Wallahualam.

4 comments:

knv said...

lek e lenn...

kahkahkahkahkah.. pernah dengar tak?

HUda said...

pernahhhh...tu la yang jadi perosak bahasa... kalau nada gurau takpa ni dah jadi mcm trend yang dibanggakan sgt...

DagangPutra said...

ada lagi..."Astaga".....

HUda said...

ya betul tu dagangputra dan bermcm2 lagi lah.. semoga ramai yang akan kembali menitik berat soal ini supaya yang dituturkan hanya menggetarkan energi yang baik-baik sahaja.