Saturday, 12 April 2008

Bawang Putih Bawang Merah

Ish ish cerita ni dtg lagi di tv3 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Entah kenapa setiap kali tertengok (ceh tertengok...sungguh tau).. mesti jadi sakit hati dan geram yang amat. Yang Si Bawang Merah dan maknya memanglah jahat yang amat tapi yang dok geram sgt ni watak Bawang Putih yang lemah, lembik, menangis, biar saja apa org buat kat dia...mmm memanglah lakonan berkesan tapi tak faham kenapa nak buat mcm tu dan kenapa ada org yang sanggup diperlakukan begini..ish sakit hati lah kesimpulannya. Mcm terover sgtlah kekejaman dan kelembikan yang ditonjolkan. Saya selalu tak suka mengomel pasal rancangan tv ni tapi cerita ni dari dulu lagi mmg saya tak tahan dan tak boleh tengok langsung..hati jadi panas dan dada jadi sakit..ish ish dahsyat betul. Dan cerita ini telah menarik begitu ramai penonton terutama golongan yang tidak bekerja kerana waktu tayangannya dulu pada waktu kerja. Macam terpukau saja semua org... mmm musykil musykil...

No comments: