Tuesday, 30 September 2008

Salam AidilFitri!!!



Kepada semua diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... Semoga semuanya bercuti dan berhari raya dalam keadaan yang gembira, harmoni dan sejahtera hendaknya...

Warga mula meninggalkan kota
Menuju destinasi utk bersua ayahanda bonda
Hari Raya hampirlah tiba
Sambutlah kita penuh syukur dan gembira

ikhlas,
Mstr.Nurul

Monday, 29 September 2008

Happy Birthday Kamal!


Reiki i-Kid, Mohamad Kamalhisham

Hari ini 29/09/2008 genaplah hari jadi anak saudara bujang saya mohd.Kamalhisham yang ke dua belas tahun.. mmm dah boleh buat i/c ni..tak lama lagi jalan pun kena bawa wallet, dan mcm2 lagi. Sempena menempuh alam remaja ini, mak ngah nak ucapkan selamat maju jaya dan semoga segala pengalaman yang dilalui mematangkan kamal.. All the best and good luck for your upsr result!!!

Jgn lupa praktis reiki selalu....

Love u always,

Mak Ngah Huda

Friday, 26 September 2008

Reiki i-Medic, Bangsar

Salam Warisan....

Bagi meneruskan wawasan dan warisan... pada 25/09/2008 , Reiki i-Medic, Bangsar telah menerima kunjungan kasih hormat oleh sekali lagi MasterG dan MamaG, namun kali ini lebih istimewa apabila turut bersama yang dihormati dan disegani Tuan GrandMaster.

Kunjugan berbuka puasa kunjungan penuh bermakna... kunjungan membawa sinar permulaan ... bagi RiM, Bangsar... kini telah bersiap sedia utk dilancarkan dan dilepaskan bak roket ingin menuju ke puncak , bak ferrari ingin berlumba ke garisan penamat, bak anak2 kecil tersenyum girang mendapat duit raya.... maka itulah harapan dan perasaan pihak RiM, Bangsar malah lebih dari itu , apabila mendapat syarat perlepasan di garisan mula...apabila mendapat doa dan restu dgn hormatnya...

Kami amat berbangga dan berterima kasih...atas kesudian keberangkatan datang Tuan GrandMaster yang budiman, MasterG yang penuh keiltizaman...dan MamaG the MasterMind..
Doakan kami ini dan semoga warisan dapat diteruskan .....

Pada semua..kini secara 'unofficial rasminya' (hehe adakah term tu)Reiki i-Medic , Bangsar dibuka kepada umum!!!!

Silalah jemput beramai2 datang ke tempat kami ..jadilah antara mereka terawal berkunjung ke RiM di Bangsar, dan rasailah pengalaman anda bersama Reiki....

REIKI I-MEDIC,
2-0-1,KOMPLEKS NIAGA UTAMA,
JALAN BANGSAR UTAMA I,
59000 KUALA LUMPUR
TEL:03-22834567/016-2066708























MMG,GM & MN


MG,GM & MN


Perbincangan hangat GM,MG & MMG


Reiki Kid Affiq, hampir nyenyak di RiM, Bangsar

Monday, 22 September 2008

Sunday, 21 September 2008

Evidence of Abundance

Salam Lailatulqadar... semoga pencarian kan ketemu jua...

Dua hari lepas , tidak semena2 salah seorang sahabat baik dan sahabat karib lebih 10 tahun tiba2 menelefon saya dan bertanyakan sama ada saya free tak petang itu jika dia nak ajak saya berbuka puasa di salah sebuah hotel ni.. katanya ada kekosongan dan saya merupakan her next candidate sbb hubby nya tak dapat hadir... mmm bukan senang jugak tiba2 org nak ajak berbuka di hotel yang kena berbelanja hampir rm100 sekepala ni...kalau pergi sendiri bukannya tak boleh cuma biasanya org tak pergi hari2 lah kan ....paling tidak sekali dua saja memandangkan kos yang tinggi untuk jangkamasa waktu makan yang sekejap sgt...banyak mana sangatlah yang kita boleh makan kan...

Ok berbalik pada kisah saya dan kawan saya ni...kami pun bertemulah seperti yang dijanji..setelah meredah 'jam' yang agak dahsyat petang itu... tiba masa kami pun berbuka sambil menjamu juadah yang memang banyak sekali lah kan sambil2 berbual2 dancuba2 nak cari contact jugak kalau ada peluang..maklumlah ramai jugak korporatnya di situ... sesudah solat maghrib, kami pun pulang... habis cerita... so apa yang nak saya cerita ni sebenarnya??

Evidence of Abundance... bukti kekayaan dan kemakmuran yang melimpahi diri anda .. saya ada satu tabiat..iaitu saya akan catatkan setiap kejadian yang menginsafkan dan boleh saya syukuri walau sekecil2 kejadian sekalipun...semua ini saya catatkan dalam sebuah buku catatan saya...

Tujuannya adalah untuk saya lebih banyak mensyukuri dan sentiasa mengingati bertapa saya teramat banyak dilimpahi rahmat, keberkatan, kemakmuran dan kasih sayang dariNya... catatan itu adalah seperti contoh di bawah... dalam perenungan saya , lebih banyak mensyukuri, maka lebih banyak pertolongan dan rahmatNya datang melimpah..sesunguhnya saya amat bersyukur padaNya...

So pada kalian yang masih merasa kesempitan dan kekurangan..mungkin boleh mulakan juga langkah sebegini sebagai bukti bahawa kita sentiasa didalam rahmatNya dan kasih sayang yang melimpah.

Contoh :
Bukti Kekayaan dan Kemakmuran ku - Journal harian

Tarikh : 18/09/2008
Hari ini saya mensyukuri kemakmuran saya kerana:

1) sahabat baik saya mengajak saya berbuka puasa di hotel dgn percuma
2) ada org tolong saya angkat barang dari tingkat 2 hingga ke aras bawah
3) saya mudah dapat parking di bangunan yang saya lawati

Tarikh : 19/09/2008
Hari ini saya mensyukuri kemakmuran saya kerana :

1) pesakit saya ada improvement
2) saya dapat rm10! hehe
3) saya dapat idea utk penulisan saya

Dan begitulah seterusnya list atau catatan journal ini... cubalah selama 7hari berturut dan apa komen anda?

Selamat menanti kehadiran malam istimewa!

Saturday, 13 September 2008

Ceritera 11 Sept 2008




Salam... pada 11 Sept 08 yang lalu, seakan tercipta lembaran baru dalam pengembaraan ini. Biarpun belum mengorak langkah... biar pun belum berganjak dari garis mula... namun syukur kehadrat Illahi..segala perancangan seakan terestu...

Keberangkatan MasterG dan Isteri dan keluarga menjengah dan berbuka dan bersolat dan bersinergi di Bio Energy Therapy Centre yang dinamakan xxxx (masih belum diberitahu umum..maaf..nanti tak cukup syarat hehe) dibawah naungan Gold Maple Synergy melonjakkan dan menyemarakkan lagi semangat juang ke arah melahirkan satu wawasan dan vision ke alam realiti...

Segala tunjuk ajar akhir, segala petua dan garis panduan dititipkan dengan penuh kasih sayang atas satu tujuan... atas nama perjuangan ilmu penyembuhan ...atas nama memberi pada yang memerlukan.. terima kasih pada Mu, Tuhan yang menemukan...terima kasih pada mu , tuan penasihat yang budiman...terima kasih pada mu, puan penasihat yang berhati intan... terima kasih pada mu... dia yang dipertemu utk merealisasikan...

Sudah lama berita diwarwarkan...sudah panas telinga mungkin dah naik sejuk yang mendengar... tidak mengapa..bertatih hingga stabil..agar segera dapat mengukuhkan langkah berpijak dibumi nyata dan seterusnya berlari menyaingi kenyataan...akan tiba jua masa itu... tidak lama lagi... insyaallah...


Nantikan!!!! Tunggu Kelahirannnnyaaa!!!!!

Monday, 8 September 2008

Update Ramadhan

Alhamdulilah sudah seminggu kita berpuasa dan setakat ini suasana hari raya sudah pun bermula. Lagu2 raya sudah berkumandang seawal pada hari pertama puasa lagi. Ibu2 dan para jelita sibuk untuk membuat persiapan menyambut lebaran.

Bagi saya semenjak hari pertama, berlainan pula. Pada musim puasa ni lah makin kerja lebih kuat dan memerah keringat. Masa tak puasa ,tak pula begini... mungkin ini masanya untuk saya recharge energy dengan merelease kan yang berlebihan kot hehe.. apa pun alhamdulilah..busy saya adalah dalam usaha menyiapkan kerja-kerja akhir pusat terapi comel saya..kini hampir 90 peratus sudah..hanya memerlukan sentuhan magik terakhir untuk beroperasi... official opening mungkin lepas raya so jgn bimbang akan saya jemput pada siapa yang sudi...

Dan pada bulan ni juga lah rawatan dan penyembuhan paling banyak saya lakukan... ada di centre shah alam dan ada juga di hospital. Saya amat bersyukur dan ingin berkongsi sedikit antara pesakit yang dirawat adalah baby berusia 5 bulan yang terlantar di wad icu kanak2 sudah hampir 2 bulan. Entah mcm mana ibunya teringat2 pada muka saya yang pernah dia jumpa sewaktu program bersama UITM beberapa bulan dahulu. Lantaas saya dihubungi dan saya pun pergilah menjenguk si ibu dan babynya. Terlantar akibat jangkitan paru2 dan kesukaran bernafas. Paru2 bernanah, salur pernafasan kecil..sungguh kasihan melihat si anak ..sana sini bertiub... susu pun terus ikut tube hingga ke perut. Alhamdulilah selepas 2 kali rawatan juga semangat serta doa si ibu yang bersungguh2 ingin melihat anaknya kembali sihat dan menyambut syawal di rumah, kini baby lebih stabil dan sudah bernafas sendiri dan dipindah ke wad biasa untuk pemerhatian. Sekiranya semakin pulih dan stabil maka besar kemungkinan, akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Si ibu masih menginginkan terapi lanjutan dan akan saya lawati kedua beranak ini nanti.

Dan seterusnya beberapa lagi kisah dalam siri terapi penyembuhan yang saya sedang usahakan sekarang ini. Mungkin juga persiapan untuk diri sendiri bila mengoperasikan pusat terapi sendiri. Apa pun saya sentiasa mengingatkan... saya dan juga pengamal reiki bio-energy yang lain hanya lah berusaha dan mengalirkan sahaja... kuasa penyembuhan bukanlah ditangan kami... hanya padaNya lah segala keputusan...

Semoga anda semua dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera di bulan mulia ini...

Monday, 1 September 2008

SALAM RAMADHAN 1/9/2008@1/9/1429




Salam Ramadhan... maaf kerana agak lewat untuk berkongsi beberapa fakta penting sempena Ramadhan tahun ini.. sedar atau tidak istimewanya pada tahun ini pada tarikh 1 hb 9 pada kalendar masehi bersamaan dgn tarikh 1 hb 9 juga pada kalendar hijrah..utk mengetahui lebih lanjut rahsia disebalik keajaiban yang jarang berlaku ini bolehlah anda rujuk petikan di bawah hasil tulisan Mir Master Hazil Azran dari blog 7chakra.com/blog. Semoga ada sesuatu utk anda...

"Salam Kedamaian…

RAMADHAN ALMUBARAK bakal menjelma lagi. Malam ini kita akan menyambut kehadiran BULAN MULIA penuh kemakmuran dan harapan untuk tahun 1429. Ramadhan bulan untuk setiap umat Islam menjalankan TUGASAN & KEWAJIBAN TAHUNAN iaitu ibadah PUASA. Suatu ibadah yang menyimpan berbagai khasiat, manfaat dan hikmah untuk mereka yang menekuninya dan pasrah akan anugerahnya. . Bergembiralah jiwa-jiwa yang RINDUKAN bulan mulia ini, kemuncak penantian sejak kehadiran Rejab (7) & Syaaban (8) akan berakhir tidak lama lagi.. debarannya kian kencang. Kesayuan jiwa-jiwa yang gersang kemarukkan ‘sentuhan ramadhan’ akan kembali mekar berkembang. Ramadhan juga menjanjikan ‘malam’ istimewa (Lailatul Qadr) yang dinanti-nantikan…

“SELAMAT KEMBALI RAMADHAN…”

Mungkin sekali pandang, tiada apa yang lain untuk kehadiran Ramadhan 1429 ini. NAMUN… RAMADHAN TAHUN INI AMAT ISTIMEWA!! Ramadhan tahun ini penuh RAHSIA KEHEBATANNYA!! Ramadhan tahun ini membawa HIKMAH dan PELUANG yang belum tentu BERULANG untuk mereka yang mengerti!!

01 RAMADHAN 1429 yang akan menjelang esok (bermula malam ini) AKAN JATUH BERSAMAAN engan 01 SEPTEMBER 2008. Ditulis sebagai : 01/09/2008 DAN 01/09/1429. Setelah sekian lama MASIHI & HIJRIAH silih berganti, kejar mengejar antara satu sama lain, ESOK TARIKH 01/09 ini akan BERTINDIH SAMA. PERISTIWA INI BUKAN AKAN BERLAKU SETIAP HARI.. PERISTTIWA INI JUGA HANYA BERKEMUNGKINAN DALAM KITARAN 31 atau 33 TAHUN sekali untuk berlaku!!!

FAKTA: 0109 KALENDAR MASIHI bertemu 0109 KALENDAR HIJRIAH pada HARI YANG SAMA.

Setelah menjalankan sedikit semakan dan kajian, saya mendapat maklumat-maklumat ini (kemungkinan penemuan saya silap atau tidak begitu tepat dimana ada kebarangkalian terdapat perbezaan 1 hari bagi setiap tarikh):

KALI TERAKHIR FENOMENA INI BERLAKU ADALAH 65 TAHUN DULU IAITU PADA 01SEPT 1943 DIMANA hari tersebut JATUH BERSAMAAN DENGAN hari RABU, 01 RAMADHAN 1362.

Manakala jika disemak untuk tahun-tahun yang akan datang, peristiwa 01 Ramadhan & 01 September ini HANYA akan berulang KIRA-KIRA 326 TAHUN LAGI IAITU PADA hari SABTU, 01 SEPTEMBER 2334 YANG AKAN BERSAMAAN DENGAN 01 RAMADHAN 1765.
Untuk lebih memahami & melihat keajaiban ini, kita perlu melihat beberapa sejarah & fakta tentang kalendar atau takwim hijrah. Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari (bulan) dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.


Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebagaimana yang kita alami sekarang. Contohnya Ramadhan yang berasal daripada ‘a l - Ra m a d a ‘ bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun ‘J a m a d’ bermaksud beku. Muharam pula dinamakan demikian kerana ia merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang dan Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam. Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi’) waktu nama tersebut diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati, kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan, oleh itu ia termasuk di dalam salah satu bulan haram. Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang setelah duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata sy ala (meng angkat). Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha’ dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya. Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau bagaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. pada tahun 1855 S.M. dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M. Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.

Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l - Wa d a ‘ iaitu tahun haji al- Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam. Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin Rabiulawal, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.

Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.
Contohnya seperti berikut: (1980-622)/32 x33 = 1400H


Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi dengan 33 kemudian ditambah dengan 622.

Contoh seperti berikut: (1100×32/33) + 622 = 1688M
Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Du- nia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Takwim Hijrah.


Secara NUMEROLOGI pula tarikh 01/09/2008 dan 01/09/1429 membawa pertembungan DUA UNSUR UTAMA dalam kehidupan iaitu AIR DAN API!!
01092008 = 1+9+2+8 = 20 @ 2 (elemen AIR)
01091429 = 1+9+1+4+2+9 = 26 @ 2+6 = 8 (elemen API)


Gabungan tarikh ini akan menghasilkan : 2+8=1. Membentuk keSATUan yang MUTLAK atau UTAMA. Bertembungan dari HUKUM KESEIMBANGAN iaitu SEJUK (air) dan PANAS (api) umpama MELENGKAPKAN ciri kehidupan yang sememangnya dianugerahkan lengkap dengan BERPASANG-PASANGAN. Umpama Siang berpasang dengan Malam, lelaki & perempuan, dosa & pahala, hitam & putih dan sebagainya.

Manakala ANGKA 9 (untuk bulan ini) merupakan ANGKA TERTINGGI di dalam kerangka ilmu numerologi. Jika 1 itu angka yang AWAL… 9 adalah angka yang AKHIR. Tentunya RAMADHAN yang diletakkan sebagai BULAN KESEMBILAN ini mengandungi banyak RAHSIA & HIKMAH yang tersembunyi malah telah ditulis berbagai KELEBIHAN untuk mereka yang mengejar kerahmatan ALLAH melalui ibadah PUASA & amalan solat tarawih, tasbih, zikir & sedekah. PELUANG untuk MEMBAKAR (kata arab ramadha) DOSA-DOSA kecil & besar haruslah tidak dipersia-siakan. APATAH LAGI TAHUN INI ADALAH RAMADHAN YANG ISTIMEWA!!

Mulakan malam ini.. tepat jam 01:09 min 01092008 @ 01091429; mulakan langkah penuh istiqamah menyambut ALMUBARAQ dengan ILTIZAM & DAYA JUANG untuk mendapat KERAHMATANNYA di dunia & akhirat.


SELAMAT BERPUASA..
Mir Hazil Azran Ramli"