Salam ...alkisah ada suatu pagi sewaktu tengah siap2 nak pergi kerja sambil2 tu tv terpasang dan pagi2 biasanya ada motivasi pagi di tv3. Yang menarik topik hari tu tajuknya kenderaan soleh.
Haa bukan org saja soleh..kereta pun soleh jugak.. mcm mana nak jadikan kereta atau apa saja kenderaan kita soleh? Dan apa pula faedahnya?
Jadi dalam bicara pagi itu diulaskan bahawa kenderaan yang soleh adalah kenderaan yang menyenangkan pemiliknya dan membawa pemilik ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Pada masa dahulu, sewaktu Halimatun Saadiah ibu susuan junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW , sewaktu membawa pulang nabi untuk disusukan buat pertama kalinya , kenderaan tunggangannya iaitu seekor keldai tua yang pada masa datangnya amat uzur dan kurang bertenaga. Malah sentiasa tertinggal dibelakang gerombolan yang diikutnya. Akan tetapi sewaktu kembali bersama-sama Nabi Muhammad SAW yang masih bayi kecil ketika itu, keldai itu menjadi gagah perkasa dan berlari dengan kuat meninggalkan yang lain. Semua ini kerana ada manusia hebat di atasnya.
Oleh itu , untuk kita menjadikan kenderaan kita kenderaan soleh , maka kita terdahulu hendaklah menjadi soleh iaini sentiasalah berbuat kebaikan dan beringat2...sentiasa jugalah membelai dan menjaga kenderaan masing2 dengan baik. Jangan sesekali memaki atau memarahi kenderaan jika ada yang tidak kena. Kerana, sesudah kita memarahi atau melaknat kenderaan kita, adalah tidak wajar atau tidak layak bagi kita untuk menaikinya. Malah bukan sahaja pada kenderaan , pada barangan apa jua sekalipun. Jadikanlah semuanya barangan yang soleh dan kenderaan kita kenderaan yang soleh agar memudahkan dan menyenangkan kita jua akhirnya.
Sekian sekadar berkongsi...
No comments:
Post a Comment