UPDATE: YOGA DIHARAMKAN!!!
2 hari lepas seperti yang dijadualkan saya berada di set rancangan nasi lemak kopi o,di tv9 bersama dr.mir hazil dan pn.Su. Pengalaman menarik kerana rancangan yang sungguh santai tapi padat dgn berita hangat.Apalagi kalau bukan berita berkenaan isu Yoga. Berikut adalah petikan dari akhbar mengenai pengumuman oleh majlis fatwa negara sejurus selepas rancangan tersebut selesai dan setelah bebrapa pandangan dari org ramai diterima:
"Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Susulan daripada itu, beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.
Bagi NGO tersebut, amalan yoga yang disifatkan mereka sebagai senaman menyihatkan tidak pernah menyebabkan pengamalnya menukar agama daripada Islam kepada Hindu atau mengancam kedudukan Islam."
Dan antara reaksi pengusaha studio yoga :
"KUALA LUMPUR 23 Nov. - Beberapa pengusaha kelab yoga menafikan amalan senaman itu mempunyai unsur-unsur agama Hindu, sebaliknya dilakukan untuk kesihatan yang kesannya dibuktikan menerusi kajian saintifik.
Pengusaha Moya Yoga Studio, Datin Suleiha Merican berkata, senaman yoga yang dilakukan di studio miliknya tidak mempunyai bacaan mantera dan berzikir tetapi semata-mata amalan senaman.
Menurutnya, ramai pelajar di studionya itu yang menghidap sakit kepala, migrain, asma, sakit belakang, tekanan darah tinggi dan rendah mengamalkan senaman ini dan merasai keberkesanannya.
''Banyak artikel mengenai kebaikan amalan yoga untuk memulihkan beberapa penyakit dan turut disokong oleh pakar perubatan telah dihasilkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Suleiha, 57, seterusnya memberitahu, beliau yang telah 40 tahun menjadi guru yoga tidak pernah merasa akidah dan keimanannya terhadap Islam dan Allah terjejas.
Malahan, katanya, kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga sejak berusia lima tahun membuatkan dirinya lebih mendekati Allah dengan membaca al-Quran beserta tafsirannya.
Sebelum ini, katanya, beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang menghasilkan tujuh siri video cakera padat senaman yoga yang dilancarkan pada Festival Filem Cannes, Perancis pada 1996."
Seperti yang dibualkan semasa rancangan dikeudarakan, kita tidak menolak bahawa yoga adalah aktiviti berunsur ketuhanan bagi agama hindu namun harus kita pelajari dan fahami secara menyeluruh peringkat2 atau tahap amalan yoga ini. Tahap pertama atau yoga yang dikomersilkan hanyalah bertumpu kepada kesihatan dan energi tubuh manusia. Pada saya umat islam di negara ini tidak bodoh utk membabi buta mengikut amalan yoga yang mengundang getaran dan goyah pada akidah masing2. Kalau dah menyeru tuhan lain, maka wajarlah bertaubat dan insaf.. namun bagaimana pula yang hanya membabitkan gerakan2 utk kecergasan dan kesihatan tubuh badan? yang berunsur riadah seperti tai chi, ciqong dan lain2 lagi? bagaimana pula guru2 yoga yg beragama islam sekarang?apakah harus mereka bertukar profesion?
Apa pun , nasi lemak dan kopi o yang dihindangkan sedap...syukur :)
** Bagaimana pula gerakan tarian atau sesetengah seni mempertahankan diri sehingga adakalanya memnyebabkan pelakunya seakan tidak sedar diri dan dirasuk seperti kuda kepang , mak yong , silat dan lain2... mmmm renung2kan.....!
.....................................................................................
SAKSIKAN ESOK DI TV9 , RANCANGAN NASI LEMAK KOPI O PADA JAM 8AM. BAKAL MEMAPARKAN TOPIK PERBICANGAN YOGA YANG DIWAR-WARKAN AKAN DIHARAMKAN.
SAKSIKAN SEDIKIT TEMUBUAL DAN DEMO SENAMAN AURA OLEH PARA JURUTERAPI REIKI I-MEDIC!!!
NANTIKAN ESOK!!!
2 comments:
lepas ni pemandu wanita juga akan diharamkan.
Salam hafiz... baguih jugak kalau ada driver wajib sorang satu hehe... amacam?
Post a Comment