Wednesday, 24 December 2008

Cerita Akhir Tahun

Salam hujung tahun dan salam tahun baru buat semua...

Rasanya hampir sebulan sudah tak update blog ini.. almaklum aktiviti dan kerja yang memerlukan masa ku di luar dan berjauhan dgn komputer hehe.. apa pun tak lupa saya ingin mengingatkan di penghujung tahun begini kembali semak segala perancangan dan apakah yang telah anda tulis dan hajatkan di awal tahun ini? Adakah sudah tercapai hajat yang dicita? Adakah anda telah menempa kejayaan demi kejayaan ? dari 10 hasrat dan cita2 berapakah yang telah tercapai? termeterai di alam nyata? atau harapan hanya tinggal harapan? impian hanya tinggi melangit tak tercapai dek tangan?

Check! cepat check balik segala buku rahsia atau nota impian anda!

Bagi saya alhamdulilah ..antara impian besar yang ingin saya capai telah pun terlaksana! Pembukaan Reiki i-Medic , Bangsar salah satunya yang telah saya catatkan dalam buku impian saya di awal tahun ini dan alhamdulilah , saya telah berjaya menggapainya pada bulan yang sama juga seperti yang saya impikan!!

Hebat bukan kuasa dalam diri kita dan kuasa pada minda kita..dan kuasa berserah dan kuasa doa dan kuasa bersyukur dan pelbagai kuasa anugerahNya yang ada pada kita..

Oleh itu , bagi impian yang belum tercapai, semak semula, tulis semula, teruskan impian utk mencapainya dan jgn sekali2 mudah putus asa. Ianya akan hadir tanpa anda sangka2 jadi usahlah bermuram durja dan berduka... pada waktu inilah yang terbaik utk anda tanamkan semula segala yang ingin anda capai pada tahun mendatang ini...

Semoga segala cita mendapat jalan yan gmudah dan terbaik untuk anda dan saya lalui di tahun hadapan ini!!!

5 comments:

Anonymous said...

AsSalam,

Betul ke kebaikan ilmu reiki dapat membantu kita mendapat bayangan ttg masa depan, atau yg seumpamanya?

HUda said...

Bayangan atau visi tentang masa depan hanyalah sebagai panduan..bukan suatu yang pasti..Hanya Dia yang Maha Mengetahui... kita hanya boleh berusaha dan berdoa ke arahnya..

Luth said...

Betul tu Master Huda, saya sokong..

Err.. yang tanpa nama tu pemalu ke orangnya?

HUda said...

Malu tapi mau luth hehe.. kata org, malu bertanya sesat jalan, malu perkenalkan diri apa sambungannya luth?

Luth said...

Malu memperkenalkan diri jawabnya sengal tak bertempat.. kwang kwang kwang..